Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Rabu, 26 Disember 2012

Kuching bakal syurga beli-belah

Kuching: Kewujudan pusat beli-belah yang semakin banyak bandar raya Kuching mampu menjadikan bandar raya ini sebagai syurga beli-belah kepada negara-negara jiran.


CityOne Mall di Jalan Song
Menteri Muda Pelancongan Datuk Talib Zulpilip berkata dahulu ramai kalangan masyarakat sentiasa menjadikan Singapura sebagai tempat membeli-belah.

“Namun kini ia berbeza dengan tukaran wang antara kita dan Singapura agak tinggi, sewa kedai dan gaji pekerja di Singapura semakin tinggi yang membawa kepada barang dijual semakin mahal,” katanya.

Beliau yang juga pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) berkata demikian kepada pemberita selepas majlis SEDC meraikan penghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) di Damai Beach Resort di sini, semalam.


The Spring Mall

Talib berkata, membeli-belah merupakan perkara penting kepada pelancong dari negara luar, yang akan memilih tempat senang bagi mereka untuk membeli-belah.

“Kita merasakan di sini (Kuching), bakal menjadi tarikan pelancong dari negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Brunei selain Semenanjung Malaysia dan Sabah.

“Kita berharap Kuching mampu juga menjadi syurga membeli-belah kepada orang ramai. Jika semakin ramai pelancong membeli barang ia menjana pendapatan,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai Halaman Warisan yang bakal dilaksanakan di negeri ini seperti yang dinyatakan Ketua Menteri semasa majlis perasmian kompleks beli-belah Plaza Merdeka 12 Disember lepas, Talib berkata ia akan dilaksanakan pada tahun depan.

Merdeka Plaza

Bagaimanapun kos untuk pelaksanaan laman berkena-an masih belum diluluskan kerajaan negeri.

Halaman Warisan itu me-rangkumi kawasan kira-kira setengah kilometer persegi mengelilingi Plaza Merdeka termasuk Lebuh Carpenter dan Jalan Tun Haji Openg.

Talib menjelaskan, keba-nyakan kawasan yang dikelilingi rumah serta Padang Merdeka merupakan tempat bersejarah kerana ia merupakan tinggalan keluarga Brooke selain membabitkan banyak program merdeka diadakan di padang itu.

“Ia menjadi tempat menarik jika di sekelilingnya dijadikan Halaman Warisan atau Jejak Warisan atau Segi Tiga Warisan di tengah bandar raya ini,” katanya.

Sumber dari Borneo Post. 20/12/2012

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...