Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Ahad, 20 September 2015

Kampung Telaga Air

Kampung Telaga Air ini merupakan perkampungan melayu yang terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari pusat bandaraya Kuching. Ianya merupakan salah satu tempat menarik di Kuching yang hebat untuk dikunjungi.

Jika anda berada di kawasan Petra Jaya ataupun Matang, agak moleklah untuk singgah ke sini untuk cuci-cuci mata. Lokasi yang amat popular kepada kaki-kaki pancing ini memang menjadi tarikkan kepada penduduk tempatan sekitarnya untuk beriadah. Di Kampung Telaga Air ini juga anda berpeluang untuk melihat kediaman Yang di Pertua Negeri Sarawak ke-6 iaitu Tun Abang Muhammad Salahuddin.
 


Perjalanan dari bandaraya Kuching untuk ke Telaga Air akan melepasi beberapa buah kampung seperti kampung Matang, Kampung Temenggong, Kampung Temedak, dan Kampung Selang Laut.

 Kampung Telaga Air kini pesat membangun sebagai kawasan tarikan pelancong dalam dan luar Negara, oleh itu pelbagai aktiviti selalunya diadakan di tebingan Telaga Air setiap hujung minggu atau setiap bulan. Disamping itu juga Pulau Satang adalah salah satu pulau yang sering menjadi tarikan pelancong untuk disinggahi, ianya terletak lebih kurang 30 minit perjalanan menaiki bot air.

    
 Di tebingan sungai Telaga Air selalunya mengadakan acara-acara seperti pertandingan karaoke, memancing, sukan air, dan pelbagai lagi. Disamping itu pelbagai hasil tangan samada makanan atau kraftangan boleh didapati di tebingan Telaga Air setiap hari dari jam 8 pagi hingga lewat petang.
Di Medan Selera Telaga Air ini terdapat banyak deretan kedai makan yang menyajikan makanan laut.




Saya juga berpeluang merasai kesegaran ketam masak cili ala-ala kampung yang berharga RM8 untuk 2 ekor. Ada pula kedai makan di sini yang akan memasak mengikut selera pelanggan.

Dihadapan Medan Selera Telaga Air terdapat sebuah taman kanak-kanak. Memang riuh mendengar hiruk-pikuk laungan keseronokkan kanak-kanak bersukaria.

Yang paling penting, di Kampung Telaga Air ini  ada percuma Wifi.



Perpustakaan


Terima kasih.

2 ulasan:

  1. Sedapnya ketam!!...teringin la pulak..hehe

    BalasPadam
  2. https://youtu.be/IP6oQniw3VI

    Atas tu Link Video Telaga Air.. Tq^^

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...