
Medan Niaga Satok kini semakin digemari orang ramai bukan sahaja penduduk setempat, bahkan pelancong asing yang tertarik dengan persekitarannya yang bersih dan susun atur gerai-gerai yang kemas, selain dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk sistem pembuangan sisa dapur yang lebih sistematik.

Sebanyak 1,444 ruang niaga tetap yang disediakan diberi keutamaan kepada peniaga sedia ada di Pasar Tamu Satok, termasuk 600 ruang untuk peniaga hasil hutan yang sebelum ini berniaga di Pasar Minggu Satok.
Medan Niaga Satok dibahagi kepada lima blok dengan blok pertama dikhaskan untuk menempatkan pusat khidmat sokongan FAMA. Blok B pula menempatkan pasar tani kekal, Blok C menempatkan pasar tani separa basah dan kering, Blok D pula menempatkan plaza dan kafeteria manakala Blok E menempatkan gerai makanan.

Apa lagi yang menarik di Medan Niaga Satok? Hah, kat sini juga ada bermacam-macam makanan. Ada yang biasa, ada yang luar biasa. Ada jugak yang tak pernah jumpa kat tempat-tempat lain. Antaranya, lemang Bertawi dan Popia Canai. Kalau nak diikutkan, banyak lagi makanan-makanan lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan