Kebiasaannya, pelawat-pelawat amat suka untuk mengabadikan kenangan bergambar bersama Kucing Statue. Terdapat 2 lokasi Kuching Statue di tengah bandaraya Kuching. Tidak kira siang atau malam ada saja pelawat yang datang memotretkan kenangan mereka.
Pemandangan waktu malam adalah yang terbaik kerana di hiasi dengan suluhan spotlight menerangi dari sudut yang berbeza. Berlatar belakangkan 3 penjuru Shopping Kompleks utama serta beberapa bangunan pencakar langit kebanggaan penduduk bandaraya Kuching.
Tidak perlu risau tentang traffik yang sibuk kerana disediakan 3 lintasan pejalan kaki berlampu isyarat yang menghubungkan pengguna dari arah yang berbeza. Syabas untuk DBKU (Dewan Bandaraya Kuching Utara) di atas keperihatinan menjaga keselamatan semua pihak.
Kuching Siam Statue ini di bina oleh MBKS ( Majlis Bandaraya Kuching Selatan) tidak kurang hebatnya. Walaupun cuma seekor namun tetap menjadi tarikkan pengunjung untuk datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan