TEBINGAN Sungai Sarawak di Kuching bakal mempunyai tarikan terbaharu jika cadangan membina jambatan pejalan kaki dan basikal dilaksanakan kelak. - Gambar hiasan |
KUCHING - Sebuah jambatan pejalan kaki dan basikal dirancang dibina merentasi Sungai Sarawak di bandaraya Kuching, kata Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Beliau berkata, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) telah diminta melakukan kajian kemungkinan pembinaan jambatan tersebut dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).
Berucap pada pelancaran serentak sambutan ulang tahun ke-24 bandaraya Kuching dan Pesta Kuching di sini, Taib berkata, jambatan tersebut akan menjadi satu lagi tarikan perlancongan di bandaraya itu.
"Kemungkinan beberapa gerai termasuk gerai makanan ringan boleh dibina di atas jambatan itu bagi kemudahan orang ramai menikmati suasana," katanya.
Menurutnya, sebuah muzium dan taman botani juga boleh dibangunkan di bahagian utara tebing Sungai Sarawak yang di bawah bidang kuasa DBKU. - Bernama
Good Blog with good Pictures, i really like it.We provides
BalasPadamTempo traveller in faridabad
Tempo traveller in gurgaon
Tempo traveller in noida
Tempo traveller in delhi
Tempo traveller in ballabgarh
Tempo traveller in greater noida
Tempo traveller in greater faridabad
Tempo traveller
Tempo traveller on rent
Tempo traveller hire
for easy travel call us +91-9560075009