Ariva Gateway merupakan pangsapuri servis serba mewah yang terletak di
Kuching, Sarawak. Jadi ianya sangat sesuai untuk didiami oleh pelancong
yang ingin bercuti panjang di sini. Segala kelengkapan disediakan
bagaikan berada di rumah sendiri dari ruang dapur yang luas sehinggalah
ruang makan yang cukup selesa. Jika tidak mahu memasak, bolehlah memilih
untuk menjamu selera di beberapa buah restoran yang berdekatan
pangsapuri ini atau pun bersantai di bar-bar yang sentiasa meriah.
Apabila menginap di Ariva Gateway, jangan lepaskan peluang untuk
mengunjungi tempat menarik berdekatan seperti Muzium Sarawak, Galeri M
dan juga kompleks-kompleks membeli belah. Apa yang menariknya tentang
hotel ini ialah kolam renangnya yang terletak di tingkat paling atas
pangsapuri ini. Bersantai di kolam renang ini pasti memberi pengalaman
yang berbeza. Para tetamu yang menginap di sini pasti akan mengalami
satu percutian yang sangat bermakna.
Maklumat berguna
Daftar keluar:12:00 PM
Jarak dari pusat bandar:1.00 Km
Jarak ke lapangan terbang:12.00 Km
Daftar masuk paling awal: 2:00 PM
Bilik / tingkat tidak merokok: Yes
Bilangan tingkat: 11
Bilangan bilik: 70
Masa ke lapangan terbang (minit): 20
Daftar keluar:12:00 PM
Jarak dari pusat bandar:1.00 Km
Jarak ke lapangan terbang:12.00 Km
Daftar masuk paling awal: 2:00 PM
Bilik / tingkat tidak merokok: Yes
Bilangan tingkat: 11
Bilangan bilik: 70
Masa ke lapangan terbang (minit): 20
Hotel dibina pada: 2001
Tiada ulasan:
Catat Ulasan