Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Khamis, 17 Jun 2010

Jong’s Crocodile Farm






Antara tempat menarik di Bandaraya Kuching yang wajip dilawati adalah  Jong’s Crocodile Farm, atau Taman Buaya Jong di Sarawak adalah adalah sebuah kawasan persendirian yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai jenis dan saiz. Ia terletak di sekitar daerah Padawan (sepanjang jalan Kuching-Serian) dan boleh dilawati dengan perjalanan kira kira 45 minit dari bandar Kuching.












Memandangkan Sarawak memang begitu sinonim buaya maka lawatan ke Jong’ Crocodile Farm ini seolah olah menjadi kemestian kepada pelancong dari luar Sarawak.


Jong’s Crocodile Farm juga adalah kawasan penternakan, pembiakan dan pemuliharaan buaya yang terbesar di Malaysia. Pada awal penubuhan taman buaya Jong ini pada tahun 1963, pembukaannya adalah untuk tujuan komersial iaitu untuk memperdagangkan kulit buaya, tetapi kemudiannya ditukar kepada mini zoo yang ada hingga sekarang. Ia diberi nama sempena pemilik dan pembuka taman ini sendiri iaitu Johnson John. Johnson John juga adalah penulis bersama buku ‘Man-eating Crocodiles of Borneo’ bersama James Ricthie. Harga masuk ialah RM8 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak kanak di bawah 12 tahun.
Buaya buaya di sini ditempatkan mengikut saiz, spesies/jenis dan umur. Buaya yang masih kecil ditempatkan bersama di dalam sangkar yang lebih kecil. Begitu juga buaya yang masih diperingkat ‘remaja’. Manakala buaya dewasa dibiarkan hidup berkumpulan dalam kawasan teritori yang lebih besar.




Walaupun dikenali sebagai taman buaya, Jong’s Crocodile Farm juga menempatkan spesies unggas, burung, beruang dan binatang eksotik yang lain yang hanya boleh didapati di kepulauan Borneo.






Waktu yang paling sesuai untuk melawat Jong’s Crocodile Farm ialah pukul 9 pagi dan juga 3 petang kerana waktu ini demonstrasi memberi makan kepada buaya akan diadakan.

Jong's Crocodile Farm
Siburan, 29 Km Kuching-Serian Road
93250 Kuching, Sarawak
Tel: 082 242 2790
Fax: 082-254 436














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...