Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Sunday, December 19, 2010

India Street Kuching





Bandaraya Kuching juga mempunyai Lebuh India seperti di Semenanjung. Terletak berdekatan dengan Kuching Waterfront. Boleh dilawati pada waktu siang sahaja (8 pagi ~5ptg).









 Hari sabtu merupakan hari paling sibuk di India Street. Berbagai macam barang ada di sini. Anda boleh menawar harga pada harga yang lebih murah. Kedai kain/tekstil banyak di sini. harga sememangnya berpatutan dan anda semestinya berpuashati dengan pilihan yang ada.



Koleksi tudung memang menjadi perhatian banyak pengunjung. Kedai-kedai kasut, cenderamata, sandal, baju melayu dan koleksi rantai tangan serta kain kain ela menggamit perasaan.Terdapat juga gerai-gerai kecil di kaki lima menjual barang perhiasan seperti kalung kristal dan hasil kraftangan tempatan.

Terdapat sebuah Masjid India di tengah-tengah India Street. Silalah bertanya dengan orang-orang sekeliling anda jika perlu.

Jika lapar atau haus, terdapat beberapa deretan restoran Mamak tersedia menanti anda.

0 comments:

Post a Comment

Event

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...