Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Sabtu, 28 Mei 2011

Nasi Ayam Penyet Raja





Kat Kuching ni ada special menu dari Indonesia iaitu Nasi Ayam Penyet ataupun Nasi Lelapan. Nasi Ayam Penyet ni memang sedap. Ayam nya dipanggang/goreng dan ada sambal cecah ulam lagi.
Banyak kedai dan restoran kat Kuching yang jual nasi ni.. Memang popular lah..

Antara kedai Nasi Ayam Penyet popular adalah cawangan yang berdekatan dengan Kopi O Corner. Kat area Padungan pun ada juga (bersebelahan dengan Pejabat Air Asia). Kat sini memang rasanya sedap dan power. Cawangan Padungan ini buka setiap hari, buka seawal jam, 10 pagi dan tutup pada jam 3 pagi.

Tempat tempat lain pun ok juga seperti Nasi Ayam Penyet Ratu yang terletak di kawasan Matang. Satay Ceko Cafe. Lain kedai lainlah resipinya kan?.. Boleh cuba semua kalau nak.


Mengenai harga nya pula ada mahal lah sikit, bergantung pada saiz ayam tu.. Ada kedai yang jual RM6 dan ada juga yang sampai RM8 sepinggan. Tapi memang puas hati lah.. sedap... rugi kalau tak cuba..

8 ulasan:

  1. hmm dah pergi sini..betul betul betul sedap :D

    BalasPadam
  2. Terima Kasih El Nadz sebab guna servis kami. Kalau ada saudara mara tu yang nak bertandang ke Kuching bolehlah rekomen kat kami ya.. Tq

    BalasPadam
  3. nak tnya..location baru tuk restoran RAja Ayam penyet dkat mna?

    BalasPadam
  4. lokasi baru kedai nasi ayam penyet raja adalah dibelakang bangunan Mara jalan satok. tq

    BalasPadam
  5. Hi Zamtransportation.

    Boleh bagi alamat penuh restoran ini?
    Nak cuba masa di Kuching minggu depan.

    Terima Kasih.

    BalasPadam
  6. Restoran Nasi Ayam Penyet Raja ni dah ada banyak cawangan dibandaraya Kuching. Tuan bolah cuba cawangan di jalan satok atau di padungan. Sebut sahaja Restoran Nasi Ayam Penyet Raja pasti penduduk sekitar Kuching membantu anda. TQ

    BalasPadam
  7. nasi ayam penyet raja jauh tak dari kuching waterfront?

    BalasPadam
  8. salam, thn lepas bcuti ke s'wak merasa makan di rest ayam penget raja sebelah kopi o corner ni :D tp x dpt menikmati keenakkannya sgt sbb hujan lebat masa tu, tempias! lg satu perut pun masih kenyang.baru lepas makan nasi ayam johari d serikin :D my hubby try ikan bawal instead of ayam.boleh tahan :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...