Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Ahad, 26 Disember 2010

Rumah Panjang Anah Rais



Dari Kuching ke Anah Rais mengambil masa 1 jam 45 minit perjalanan. Ianya terletak kira-kira 45 kilometer dari pusat bandaraya Kuching. Rumah panjang ini merupakan yang tertua kira-kira dah lebih 200 tahun.

Kalau nak ke sini jangan lah pakai kasut tumit tinggi.Di Rumah panjang Anah Rais ni ada lebih kurang 150 buah rumah dengan penghuni lebih kurang 350-400 orang. Hidup mereka memang aman. Pelancong luar negeri suka datang ke sini untuk merasai cara hidup yang berlainan. Kehidupan disini masih lagi kekal dengan nilai-nilai tradisional. Mereka masih lagi memburu, bertani, memancing dan membuat barang kraf dan manik. Jangan tak tahu disini pun ada disediakan 'homestay'.


Menjadi kebiasaan di Rumah Panjang mereka menyambut ketibaan tetamu dengan memberi minuman tuak. Walaupun kita tak minum tetapi ada cara untuk menolaknya.

Pengunjung yang tak boleh minum hanya diminta menghormati amalan itu dengan sekadar meletakkan hujung jari di bibir cawan dan menyentuh bibir mulut. Biasaanya tetamu yang datang akan disambut dengan adat tradisi iaitu bunyi-bunyian dan persembahan tarian.


Banyak deretan rumah dan didepannya terhampar tikar Sarawak yang digunakan untuk duduk-duduk dan menjemur padi.

Teruja juga dapat melihat sendiri lada hitam yang baru dipetik. Hijau warnanya. Pokok lada yang dapat dilihat ditanam dilereng-lereng bukit adalah jenis memanjat. Bila ada pelancong yang datang, akan datanglah seorang makcik yang akan jual gelang yang dibuat daripada rotan. Cantik dan murah harga. Bolehlah beli cenderahati untuk kawan kawan.

Bayaran Masuk;
RM8.00 dewasa
RM4.00 kanak-kanak

1 ulasan:

  1. sya nak tanya kadar sewa homestay rumah anah rais untuk sehari berapa???

    terima kasih

    mismei

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...