Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Friday, February 3, 2012

Sinar Serapi Eco Theme Park









Sebuah Taman Rekreasi Air yang terletak dikawasan Matang, Petra Jaya. 
Saya sendiri terkejut apabila mengetahui tentang wujudnya Taman Rekreasi yang berdekatan bandar. 
Anda tidak perlu lagi kepantai untuk bermain jet ski dan aktiviti air lain. 
Hanya perlu datang kesini bersama rombongan dan anda dijanjikan dengan layanan istimewa.









Buat pengetahuan semua, Sinar Serapi Eco Theme Park juga di kenali sebagai Sinar Serapi Home Resort. 
Ianya terletak di Jalan Sungai Tengah, Batu 71/2 off Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak..

Walaupun pembinaan belum sepenuhnya siap (di katakan baru 80%) tetapi Sinar Serapi Eco Theme Park rasanya mampu memberikan kepuasan kepada setiap pengunjungnya..

Saya difahamkan Eco Theme Park ini akan dibuka secara rasmi menjelang tahun 2013.  Kelapangan tanah yang amat luas yang masih dalam proses pembinaan amat membuatkan saya tidak sabar-sabar menunggu kedatangan tahun 2013. 










Ianya beroperasi 9:00am - 10:30pm setiap hari..




Bayaran masuk bagi dewasa adalah rm10 seorang. Kanak-kanak atau remaja 6 tahun keatas pula rm5 seorang manakala kanak- kanak bawah 5 tahun adalah percuma.


Jangan risau dengan kadar bayaran masuk yang mahal, apa yang perlu anda lakukan adalah tukar sahaja kupon bayaran masuk itu untuk membeli makanan Ala-Carte, Steamboat ataupun bermain kayak/jet ski dan sebagainya.


Sebagai contoh; Jika anda hanya mahu cuci mata sambil menikmati makan istimewa, anda boleh menukar kupon bayaran masuk bernilai RM10 untuk menikmati hidangan Kway Teow atau Bee Hoon (goreng atau sup) yang bernilai RM6. Bukan itu sahaja anda boleh memesan Cofee O dan 1 paket Pop Corn yang masing-masingnya berharga RM2.








Pelbagai menu barat disediakan.  Harga pula amatlah berpatutan bersesuaian dengan kemudahan yang telah tersedia.










Jika anda menginginkan untuk merasai kesegaran makanan laut anda bolehlah mencuba Lake Side Buffet Steamboat yang berharga RM25 seorang pada sebelah petangnya. 
  Gold Bar akan dibuka se awal jam 6 petang memeriahkan makan malam anda sambil didendangkan dengan hiasan nyanyian pemuzik tempatan.










Ruang duduk yang selesa sekaligus merehatkan badan dengan bunyi-bunyian semulajadi dari kicauan unggas sekeliling benar-benar membuatkan anda terlupa perkara lain.




Disini menyediakan aktiviti air yang bersesuaian dengan pelbagai peringkat umur.  Terdapat beberapa kolam yang dikhaskan untuk kanak-kanak bermain dengan selamat. Ibubapa boleh memantau dari Cafe ataupun bermain sekali dengan mereka.


Terdapat 75 buah rumah Double Storey yang dijadikan sebagai Homestay bagi yang berminat untuk bermalam. Rumah dua tingkat yang mempunyai 4 buah bilik semestinya memberikan penginapan yang selesa dan kebebasan untuk melakukan aktiviti riadah lain. Kadar sewa buat masa sekarang adalah RM550 sehari. Saya difahamkan kadar sewa akan dinaikkan kepada RM750 menjelang pembukaan secara rasmi pada tahun 2013


  


Cuba aktiviti kayak dan jet ski. kadar sewa serendah RM20 sejam amatlah berbaloi untuk mereka ingin mencuba buat pertama kali. Disediakan beberapa buah bot dan perahu kecil sebagai option bagi mereka yang takut jatuh air.




Untuk reservation steamboat and homestay
Antonio 0138112848
Ambrose 0128862014

Saturday, October 22, 2011

The Spring Mall


The Spring Mall adalah Pusat Beli Belah terbesar dibandaraya Kuching. Ianya terletak dibahagian Timur bandaraya. Pada mulanya keengganan untuk membuat sebarang posting mengenai Shopping Complex di Kuching akhirnya berubah kerana majority para pelawat amat berminat terutamanya pelancong dari negara jiran iaiu Brunei Darrulsalam untuk ber-shopping di dalam bangunan megah berhawa dingin ini


Mengambil masa selama 20 minit perjalanan sememangnya mudah untuk menjejakkan kaki kesana. 

Ianya tempat favourite bagi penduduk tempatan berkunjung samada untuk menjamu selera, bersantai ataupun berhibur.





Gedung Beli Belah Parkson Grand adalah outlet terbesar didalam The Spring Mall ini. Seperti yang kita telah maklum, Parkson Grand terkenal dengan jualan produk berkualiti dengan harga diskaun.

Bagi penggemar hiburan, level 3 dan 4 adalah tempat wajip untuk dijejakkan kaki kerana terdapatnya sebuah Pawagam Canggih iaitu MBO - Box Office Cinema dan Pusat Karaoke.

Terdapat pelbagai outlet menjamu selera yang disediakan. Big Apple Donuts, Starbucks, Secret Recipe, Kennie Roggers, Pizza Hut & KFC dan berbagai restoran francais ada disini. Bagi penggemar makanan-makanan menu Sarawak silalah menuju ke Food Bazaar dimana beratus menu lazat dari dalam dan luar negeri dijual dengan harga yang berpatutan.

Juga terdapat Watson dan Ta Kiong Supermarket jika mahu membeli toiletries.


kemudahan lain;
ATM dari pelbagai Bank.
Surau
Free Wifi

Saturday, October 15, 2011

Kopi O Corner

Sudah menjadi kebiasaan dan menjadi satu kemestian bagi pelawat-pelawat dari semenanjung menjamu selera di Kopi O Corner sama ada untuk bersarapan ataupun makan tengahari.
 

Restoran yang buka seawal jam 7pagi ini terletak di jalan Satok dan berhampiran dengan Balai Polis menyajikan pelbagai juadah tempatan terutamanya makan eksotik Sarawak seperti Laksa Sarawak, Mee Kolok, Mee Sapi, Mee Jawa dan macam- macam lagi.




 Beberapa menu popular untuk sarapan pagi. Antaranya adalah Mee Kolok. Mee Kolok merupakan mee yang popular di bandaraya Kuching. Selain dihidangkan secara kering namun menu mee kolok telahpun dipelbagaikan.
Antaranya adalah Mee Kolok Goreng dan Mee Sapi serta Mee Kolok Sup.

Terdapat juga satu menu lama yang telah diinovatifkan iaitu Roti Canai Golong. Digoreng bersama isi ayam atau daging yang disaluti sos lada hitam dan chili bermayonis.


Selain itu menu eksotik lain seperti Laksa Sarawak, Mee Jawa, Nasi Lemak, Satay Sarawak juga ada.
Antara menu sampingan yang lazat adalah Rojak Tambi. Rojak Tambi adalah campuran cucur sayuran serta pelbagai jenis sayuran lain seperti taugeh, mentimun dan sengkuang saerta isi ayam yang dimakan bersama kuah ubi keledek.

Menu tengahari pula adalah yang terbaik. Deretan lauk pauk kampung disajikan beserta ulam-ulaman dihidangkan menanti pelanggan untuk dinikmati.


Lauk pauk kampung seperti umai dan ayam pansuh serta sayur midin menarik perhatian sesiapa sahaja yang datang.

 
Selain daripada Nasi Campur, terdapat beberapa menu makanan tengahari  yang diperkenalkan. Antaranya Nasi Ikan Talapia dan Nasi Ayam Penyet versi Kopi O Corner.


Semestinya kelazatan serta 'Power' sambal penyet menjanjikan kepuasan dihati penggemar makanan pedas.





Sila-silalah berkunjung ke Restoran Kopi O Corner.
Keadaan persekitaran yang bersih menjanjikan kepuasan pengunjung yang datang menjamu selera.

Saya jamin menu-menu yang disediakan InsyaAllah menepati selera 1 Malaysia.

Terima Kasih kerana membaca..



Wednesday, September 7, 2011

My Village Barok Lodge

 Kepada pengunjung yang sukakan suasana semulajadi  dan sentuhan kepulauan Borneo, pemilik tempat menjamu selera Barok Bistro menyediakan pakej penginapan yang istimewa kepada pelancong yang berminat.


Terletak diperkampungan Melayu dan besebelahan dengan Surau untuk kemudahan pelanggan menunaikan solat. Selain itu Barok Homestay ini juga amat dekat dengat persisiran Kuching Waterfront. Pelancong boleh menaiki perahu tambang yang berdekatan menuju keseberang.


Kadar pakej yang berpatutan serendah RM60 untuk single bed dan RM80 untuk double bed serta RM150 untuk Family Room (2 double bed + 1 single bed)


Setiap bilik dilengkapi
1. kemudahan penghawa dingin serta dekorasi etnik.
2. bilik mandi yang lengkap dengan alat pemanas air.
3. water dispenser untuk membuat kopi dan teh.
4. sarapan pagi percuma (kuih muih traditional Sarawak , nasi lemak dan sebagainya)
5. peti keselamatan untuk simpan barangan beharga.
6. kemudahan internet.
7. satelite TV.
8. kemudahan gym
9. bicycle ride
Setiap pelanggan akan diberi 10% diskaun untuk Makan Malam di Barok Bistro.

Sila hubungi Tuan Sofian Japar 0143957576

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya 2011

Di kesempatan ini Zamtransportation mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada pelanggan-pelanggan serta pembaca-pembaca laman blog Zamtransportation. Jika ada tersalah kata terlanjur bicara, Zamtransportation sepenuh hati menyusun jari memohon ampun dan maaf. 


Zamtransportation mendoakan agar anda semua bergembira menyambut Hari Raya.!!  
Maaf Zahir Batin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila klik untuk bagi ikan makan..