Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Rabu, 12 Ogos 2009

Bazaar Ramadhan



Semua sedia maklum bahawasanya Negeri Sarawak mempunyai suku kaum yang pelbagai dengan perpaduan rakyatnya. Malah boleh dikatakan perkahwinan campur antara kaum telah lama wujud serta kekal jitu.

Perkahwinan campur antara kaum boleh didapati disetiap institusi keluarga di Sarawak. Maka dengan itu lahirlah pelbagai masakan dan kuih muih tradisi dari segenap suku kaum yang tidak lokek berkongsi resepi. Lahirlah ribuan resepi baru yang menepati citarasa penduduk tempatan yang lazat dan semestinya HALAL.




Pada setiap tahun dalam bulan Puasa, Bazaar Ramadhan di bandaraya Kuching sememangnya menjadi tempat wajip untuk pelancong bertandang. Ini kerana kelainan juadah serta lauk-pauk yang hanya terdapat di Kuching sahaja. Maka tidak hairanlah setiap Bazaar Ramadhan yang ada sentiasa penuh dengan kedatangan pengunjung.









Antara menu tradisi yang dimaksudkan adalah seperti;
  • Ayam Pansuh yang merupakan masakan tradisi kaum Dayak, 
  • Mee Hoon Belacan, Ayam Masak Kacang Ma, Mee Kolok, Mee Sapi (masakan tradisi kaum Cina), 
  • Umai Ikan/Udang/Obor-obor, Sagu, Kuih Tabaloi (makanan tradisi kaum Melanau), 
  • Bubur Pedas Sarawak (masakan tradisi kaum Melayu), 


Antara Bazaar Ramadhan Popular adalah;

  •     Synergy Square, Taman Matang Jaya (MP Padawan)
  •     Jalan Lorong 1 Matang Jaya, Taman Matang Jaya (MP Padawan)
  •     Taman Malihah (MP Padawan)
  •     Kota Sentosa (MP Padawan)
  •     Satok (DBKU)
  •     Bandar Baru Semariang (DBKU)
  •     Semarak, Gita (DBKU)
  •     Sukma Ria (DBKU)
  •     Stutong Market (MBKS)
  •     Kem Penrissen (ATM / MP Padawan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...