Bangunan sembilan tingkat ini berharga RM300 juta dengan bumbung berbentuk "terendak" . Di dalamnya terdapat dewan konvensyen dan dewan jamuan, yang masing-masing boleh memuatkan 5,000 orang dan 800 orang . Seni bina serta reka bentuk dalaman hasil kerja tangan para tukang dari Uzbekistan, yang mencerminkan kepelbagaian budaya yang wujud di Sarawak.
Ia dibina di atas bukit berhampiran Sungai Sarawak dengan panorama
Astana Sarawak di sebelah kiri dan Kota Margherita di sebelah kanannya.
Dewan ini menjadi mercu tanda unik seperti Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Eiffel Tower di Paris, Perancis dan Sydney Opera House di Australia.Luasnya 760 meter persegi dengan ketinggian 27.7 meter dan garis pusat 30.9 meter serta dikelilingi kawasan hijau seluas 50 hektar, termasuk taman orkid.
tak adakh maklumat yang lebih terperinci
BalasPadam