Kuching Waterfront terletak di pusat Bandaraya kuching. Anda boleh menikmati pemandangan indah Sungai Sarawak sambil menyaksikan persembahan pancutan air berirama. Anda juga boleh menaiki sampan jika mahu keseberang menuju ke Barok Bistro untuk makan malam
Bot peranginan berbayar juga boleh di-carter di sini. Sememangnya Kuching Waterfront adalah tempat wajip lawat bagi semua pelancong pada waktu siang mahupun malam
Di sekitar Waterfront ini juga ada terjual barang kraftangan dan cenderamata berkualiti tinggi buatan tempatan seperti pua kumbu, tikar rotan dan macam- macam lagi. Anda juga boleh membeli beranika kek lapis Sarawak dan bermacam lagi kerepek tradisional. Mengabadikan kenangan indah bergambar dengan Maskot bandaraya Kuching..



0 comments:
Post a Comment