Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Ahad, 20 September 2015

Kampung Telaga Air

Kampung Telaga Air ini merupakan perkampungan melayu yang terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari pusat bandaraya Kuching. Ianya merupakan salah satu tempat menarik di Kuching yang hebat untuk dikunjungi.

Jika anda berada di kawasan Petra Jaya ataupun Matang, agak moleklah untuk singgah ke sini untuk cuci-cuci mata. Lokasi yang amat popular kepada kaki-kaki pancing ini memang menjadi tarikkan kepada penduduk tempatan sekitarnya untuk beriadah. Di Kampung Telaga Air ini juga anda berpeluang untuk melihat kediaman Yang di Pertua Negeri Sarawak ke-6 iaitu Tun Abang Muhammad Salahuddin.
 


Perjalanan dari bandaraya Kuching untuk ke Telaga Air akan melepasi beberapa buah kampung seperti kampung Matang, Kampung Temenggong, Kampung Temedak, dan Kampung Selang Laut.

 Kampung Telaga Air kini pesat membangun sebagai kawasan tarikan pelancong dalam dan luar Negara, oleh itu pelbagai aktiviti selalunya diadakan di tebingan Telaga Air setiap hujung minggu atau setiap bulan. Disamping itu juga Pulau Satang adalah salah satu pulau yang sering menjadi tarikan pelancong untuk disinggahi, ianya terletak lebih kurang 30 minit perjalanan menaiki bot air.

    
 Di tebingan sungai Telaga Air selalunya mengadakan acara-acara seperti pertandingan karaoke, memancing, sukan air, dan pelbagai lagi. Disamping itu pelbagai hasil tangan samada makanan atau kraftangan boleh didapati di tebingan Telaga Air setiap hari dari jam 8 pagi hingga lewat petang.
Di Medan Selera Telaga Air ini terdapat banyak deretan kedai makan yang menyajikan makanan laut.




Saya juga berpeluang merasai kesegaran ketam masak cili ala-ala kampung yang berharga RM8 untuk 2 ekor. Ada pula kedai makan di sini yang akan memasak mengikut selera pelanggan.

Dihadapan Medan Selera Telaga Air terdapat sebuah taman kanak-kanak. Memang riuh mendengar hiruk-pikuk laungan keseronokkan kanak-kanak bersukaria.

Yang paling penting, di Kampung Telaga Air ini  ada percuma Wifi.



Perpustakaan


Terima kasih.

Jumaat, 24 Julai 2015

Kampung Panchor Dayak Hot Spring


Kampung Panchor Dayak terletak kira-kira 45 minit perjalanan dari Bandaraya Kuching iaitu sejauh 45 kilometer di jalan Kuching-Serian. Kolam air panas semulajadi ini pastinya telah menjadi tumpuan orang ramai setiap hari yang terdiri dari penduduk tempatan ataupun pelancong asing.

Terdapat sebuah cafe di sini yang menjual air minuman dan makanan ringan. Juga disediakan bilik persalinan dan toilet untuk kemudahan pelanggan.

Ianya beroperasi setiap hari dari jam 7pagi hingga 10malam. 

Bayaran masuk cuma RM4 seorang. 
Kanak-kanak bawah 12 tahun tiada dikenakan cas masuk.






Jumaat, 27 Mac 2015

Satok Uptown Market

Satok Uptown Market yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial ini baru saja beroperasi sejak 27 Feb. Diadakan di perkarangan Dewan Suarah Kuching bermula jam 9 malam hingga 3 pagi pada setiap hari Jumaat dan Sabtu setiap minggu merupakan salah satu tempat menarik untuk dilawati pada hujung minggu.














Kewujudan Satok Uptown Market telah memberi warna kepada penduduk tempatan serta pelancong luar untuk mengisi masa terluang bersantai dan membeli belah bersama kenalan ataupun keluarga.

Terdapat pelbagai gerai-gerai yang menjual barangan kraftangan, pakaian, makanan serta bermacam-macam lagi dengan harga yang amat berpatutan.

Saya sendiri setakat artikel ini ditulis telah 4 kali bertandang ke Satok Uptown Market dan pastinya ada sahaja barang keperluan yang dibawa balik. Hasil tinjauan saya mendapati, bilangan gerai serta bilangan pengunjung pada setiap minggu semakin bertambah, kawalan keselamatan sentiasa diawasi oleh Polis Peronda yang berkampung sepanjang operasi.




Sabtu, 28 Februari 2015

Ajun Homestay

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Jika anda sedang mencari tempat penginapan budget sekitar bandaraya Kuching, saya syorkan untuk menginap di Ajun Homestay yang terletak di kawasan perumahan Taman Surabaya Indah, Petra Jaya.
Kawasan perumahan yang selesa ini dihuni oleh 100% orang melayu.

Ajun Homestay ini merupakan rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 2 bilik tidur yang lengkap berhawa dingin di aras bawahnya. Manakala ditingkat atasnya pula adalah ruang santai / sembahyang berjemaah yang juga turut dilengkapi dengan alat penghawa dingin.




ruang dapur yang lengkap


Kemudahan yang disediakan:

Set kelengkapan dapur yang lengkap seperti peti sejuk, cerek elektrik dan pinggan mangkuk.
Washing Machine.
Water Heater.
Tempat parking kenderaan yang luas.




ruang santai / sembahyang berjemaah yang berhawa dingin



Harga cukup murah iaitu RM160 sehari.

Pemilik Ajun Homestay adalah kawan saya sendiri iaitu Saudara Hamdani Fauzi. Beliau merupakan seorang Usahawan Muda yang peramah, senang diajak berunding serta baik-hati. Jika anda bijak membuat tawaran, pasti anda akan diberikan harga murah.

Kepada sesiapa yang berhasrat untuk menginap di Ajun Homestay sama ada untuk party dan BBQ bolehlah menghubungi Mohd Zambri ditalian 0168620967 ataupun melalui email zambriapen@gmail.com serta whatsapp.


set bilik tidur berhawa dingin










 



Isnin, 26 Januari 2015

Warisan Layered Cake And Bakery

Salam sejahtera.

Kali ini saya nak promote sebuah lagi kedai Kek Lapis Sarawak yang kini menjadi salah satu tempat menarik untuk di terjah dan merupakan kedai faveret saya. 
Kedai kek lapis yang saya maksudkan adalah Warisan Layered Cake and Bakery yang terletak di Kampung Boyan. Berdekatan dengan surau dan tempat menjamu selera. Kedainya berwarna hijau serta berhawa dingin. Setiap pelanggan yang nak masuk kenalah buka kasut/selipar/sandal untuk menjaga kebersihan kedai.


Masuk sahaja ke dalam kedai, pelanggan akan disajikan dengan pelbagai jenis kek lapis. Kesemua kek lapis di kedai ini menggunakan butter yang bermutu tinggi untuk mengekal kan keaslian rasa setiap kek yang dijual. Usah risau, saya dah cuba semuanya, memang ternyata sedap. Dari segi harga pula memang berbaloi. Tak sangka pula kedai kek Warisan ini menjual kek dengan harga yang begitu berpatutan. 

Banyak jenis kek lapis yang dijual. Kesemuanya terdiri daripada kek lapis popular yang laris dipasaran.
Nama-nama yang gah seperti Kek Lapis India hanya dijual dengan harga RM20 se-loaf. Kek lapis popular yang lain seperti Kek Lapis Masam Manis, Kek Lapis Sisik Ikan, Kek Lapis Jasmine, Kek Lapis Idola hanya dijual dengan harga RM10 se-loaf. Selain kek lapis, Kedai Kek Warisan juga ada menjual beberapa produk makannan lain seperti Tart Nenas, Kuih Cincin, Kuih Tabaloi (sagu) dan bermacam-macam lagi. Saya pun dah cuba Tart Nenas nya, memang enak, sedap dan hancur didalam mulut. 






Swiss Roll juga ada dijual. Hanya RM10 sebiji dengan corak-corak cantik yang menyelerakan.


Kedai Kek Warisan ini juga menyediakan khidmat pembungkusan. Anda pilih saya kek yang anda suka dan pekerja disini akan membantu mengkotakkan untuk kemudahan pelanggan.


Di hadapan Kedai Kek Warisan ini terdapat beberapa gerai yang menjual ikan terubuk masin. Jadi tidak ada masalah lah bagi pengunjung yang kesuntukkan masa untuk memborong.

 Kedai Kek Warisan buka seawal jam 8.30pagi hingga 11.00malam setiap hari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...