Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Friday, May 7, 2010

Kampung Budaya Sarawak.


Kampung Budaya Sarawak terletak di Pantai Damai, Santubong hanya 32 km dari bandar Kuching merupakan tempat yang terbaik untuk mengenali budaya dan cara hidup masyarakat setempat. Kampung Budaya ini juga digelari ‘Museum Kehidupan’ dibangunkan untuk memelihara dan mempamerkan warisan kebudayaan dan kesenian Negeri Sarawak. 
Rumah Melanau
Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian suku kaum negeri Sarawak seperti aktiviti memproses sagu dan menghasilkan kraftangan. Mereka berpakaian tradisional dan mengadakan persembahan tarian tradisional untuk para pengunjung. 

Rumah Penan
Tarian Iban

















Pengunjung juga boleh melihat replika bangunan yang mewakili setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak; rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah-tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina. Kampung Budaya Sarawak yang dibuka secara rasmi pada tahun 1990 dan dibangunkan di atas tanah seluas 17 ekar diharap
mampu memberikan pengalaman terindah kepada
Rumah Penan
pengunjung yang mahu merasai sendiri gayahidup serta kediaman sebenar masyarakat unik tersebut.
Rumah Melayu
Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas dimana pengunjung boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional berbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan. Anda juga boleh melangsungkan perkahwinan anda di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikuti gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.Rumah panjang yang terdapat disini mempunyai deretan bilik-bilik


yang bersebelahan yang disambungkan dengan sebuah ruang serambi yang panjang yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti seperti mengukir kayu dan menganyam bakul.
Pembuatan Kuih Bahulu @ Rumah Melayu
Pengunjung sering dijemput menghadiri kegiatan majlis pada waktu malam dan dihidangkan minuman tuak yang dibuat sendiri oleh penduduk kaum Iban dengan menggunakan beras.

Rumah tumpangan yang lengkap juga ada disediakan untuk pengunjung. 




Terdapat 7 rumah etnik utama penduduk Sarawak iaitu Bidayuh, Iban, Orang Ulu, Melanau, Melayu, Penan dan Cina.Disetiap rumah ada disediakan pakaian 
tradisional utk disewa dengan harga RM10.. 

Ada juga rumah suku kaum yang menjual hasil kraftangan & makanan tradisional masing masing.
Tenunan Pua Kumbu @ Rumah Iban

Tarian Melanau


Kuih Sepit @ Rumah Melayu

Keranda Pahlawan Melanau
Walaupun dikenakan bayaran sebanyak RM60 untuk golongan dewasa dan RM30 untuk kanak- kanak, namun saya rasa ianya cukup berbaloi kerana pengalaman sebegini sukar untuk didapati di tempat lain. Apatah lagi kaum-kaum minoriti di Sarawak seperti kaum Bidayuh, Iban, Penan, Orang Ulu dan Melanau juga kini sedang dilanda era kemodenan. Jadi mereka sudah tidak tinggal di dalam rumah yang bercirikan tradisional seperti ini. 

Tenunan Keringkam @ Rumah Melayu


Di sini anda boleh mengenali semua suku kaum yang terdapat di Sarawak. Banyak rumah rumah suku kaum yang boleh dilawati dan anda juga digalakkan terlibat dengan aktiviti kebudayaan. Anda boleh merasai kemeriahan tradisional suku kaum, cara tenunan pua kumbu dan manik serta aktiviti harian suku kaum seperti menyumpit dan memburu. Ramai artis kebudayaan bersedia menghibur dan memberi penerangan kepada anda.

Di Kampung Budaya Sarawak ini, dipaparkan dengan gaya hidup sebenar masyarakat tersebut termasuklah kuih muih, pakaian tradisional serta tarian yang dipersembahkan di dalam persembahan kebudayaan selama 45 minit yang diadakan khusus untuk pengunjung.Pendek kata Kampung Budaya Sarawak ibarat sebuah 'muzium hidup' yang penuh warna warni kehidupan masyarakat desa, Berlatar belakangkan hutan hujan tropika yang masih elok terpelihara serta Gunung Santubong yang tinggi melangit, saya yakin Kampung Budaya Sarawak akan terus dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa.
Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.15 petang, manakala persembahan Tarian Kebudayaan berlangsung 2 kali sehari iaitu pada pukul 11.30 hingga 12.15 tengahari dan 4.30petang hingga 5.15 petang. 
Kampung Budaya Sarawak yang telah menerima pelbagai anugerah dari dalam luar negara itu 
diharapkan akan terus terpelihara serta menjadi daya tarikan utama buat para pelancong yang mahu berkunjung ke Sarawak.

Terdapat beberapa buah resort bertaraf bintang 3 dan 4 berdekatan Kampung Budaya Sarawak iaitu Damai Beach Resort dan Santubong Resort. 

P. 0. Box 2632, 93752 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Tel: 082-846411 Fax: 082-846988
URL: www.scv.com.my
E-mail: info@scv.com.my

Bayaran masuk;
RM60.00 Dewasa
RM30.00 kanak-kanak



1 comment:

  1. maklumat ini terlalu sediki.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...