Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Ahad, 30 Disember 2012

Kubah Ria

Satu lagi tempat makan popular di Kuching iaitu Kubah Ria terletak di Jalan Matang. Berhampiran dengan Medan Niaga Satok sememangnya memerlukan pengunjung meluangkan masa berjam-jam mencuci mata.

Pengunjung dari luar kawasan Kuching jika hendak kesini bolehlah menaiki teksi untuk kesini. Saya pasti kesemua pemandu teksi sudah tahu dan sedia maklum lokasi Kubah Ria yang baru saja dirasmikan pada awal 2012 yang lalu. Kubah Ria ini berhadapan tebingan Sungai Sarawak dan sudah pasti suasana nyaman angin malam akan membuai perasaan pengunjung yang bertandang.

Sekiranya menjejakkan kaki kesini saya syorkan anda cuci mata dahulu di kedai-kedai kraftangan dan cenderahati. Terdapat 2 tingkat deretan kedai menjual barang-barang kraftangan, Kek Lapis Sarawak, kuih kuih tempatan seperti Kuih Cincin, Tempeyek Sarawak, Kuih Jala serta Lada Hitam. Terdapat juga kedai yang menjual Biskut Raya Sarawak. Kepada peminat-peminat tekstil Sarawak disini juga terdapat beberapa Butik dari pereka fashion terkenal tempatan. Gedung beli-belah ini buka setiap hari dari jam 10pagi hingga 6 petang, malah ada diantara pengusaha kedai beroperasi sehingga lewat malam bergantung kepada permintaan pelanggan yang tak pernah sunyi.

Di bahagian bawah bangunan ini terdapat sebanyak 40 buah gerai makanan dan minuman menyajikan pelbagai menu memenuhi citarasa 1 Malaysia yang diibarat seperti syurga makanan.

Menu popular Sarawak seperti Mee Kolok, Nasi Ayam Penyet, Laksa Sarawak, Sayur Midin menjadi salah satu tarikkan pengunjung. Juga terdapat gerai makanan yang menjual beraneka jenis makanan barat seperti Pizza, Lasagna dan Spagethi disebelah kanan deretan gerai. Dihujung sebelah kiri deretan gerai terdapat pula Ayam Panggang Berempah yang amat popular dan sememangnya sedap.Dijual pada harga RM16 seekor dan anda pasti berpuashati dengan kelazatan rempah ratus yang ori. Dari segi harga pula rata-rata gerai disini memberikan harga yang amat berpatutan. Buka seawal jam 6 petang hingga 11 malam setiap hari.



 Di hadapan deretan gerai ini terdapat Pasar Malam yang menjual barang keperluan muslimah seperti tudung, selendang, batu permata, keronsang dan barangan lain seperti T-shirt, barang mainan kanak-kanak serta koleksi kerepek tempatan.

2 ulasan:

  1. ha??? knp Chenta tak tau pun tempat ni ???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Penempatan baru ni baru dibuka tahun 2012. Sebelum tu cuma deretan gerai tepi jalan je.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...