Jika anda berkunjung ke Kuching, Sarawak, antara tarikan menarik di sekitar bandaraya tersebut adalah Sarawak River Cruise, di mana anda boleh menaiki bot yang menyusuri sepanjang Sungai Sarawak sambil menikmati pemandangan menarik di sekitarnya.
Ada beberapa syarikat yang boleh dipilih oleh anda, dan bergantung kepada syarikat, saiz bot dan harga yang ditawarkan adalah berbeza.
Sebagai contoh, syarikat Harbour Cruise menawarkan pakej perjalanan menyusuri sungai selama satu jam, pada harga antara RM60 seorang. Harga ini termasuk dengan makanan ringan yang akan disediakan sepanjang perjalanan, serta persembahan tarian yang akan dipertunjukkan oleh sekumpulan penari tempatan. Pengunjung akan disajikan dengan FREE FLOW kuih muih tradisional seperti kek lapis sarawak serta minuman berupa jus oren.

Pelancong Malaysia yang bukan berasal dari Sarawak yang nak beli tiket kena beli harga RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun. Kadar harga tersebut adalah sama dengan pelancong luar negara.
Untuk membeli tiket, sila buat tempahan awal sebab kemasukkan penumpang adalah terhad. Jika tempahan dalam kuantiti yang banyak saya akan cuba usaha minta diskaun dari Pihak Pengurusan
Untuk membeli tiket, sila buat tempahan awal sebab kemasukkan penumpang adalah terhad. Jika tempahan dalam kuantiti yang banyak saya akan cuba usaha minta diskaun dari Pihak Pengurusan
Harbour Cruise menawarkan beberapa trip perjalanan dalam masa sehari, namun yang seringkali mendapat sambutan adalah trip yang diadakan pada sebelah petang (5.00 petang hingga 7.00 malam dan tiket boleh dibayar sewaktu menaiki Cruise) di mana penumpang Cruise akan dapat menikmati pemandangan di pinggir sungai serta dalam masa yang sama boleh juga merasai pengalaman melihat matahari tenggelam jauh di horizon.
Antara pemandangan yang boleh dilihat sewaktu bot dikemudi adalah Brooke’s Dockyard, bekas masjid negeri, Astana (tempat gabenor Sarawak bertugas), Fort (Kubu) Margherita, Waterfront, gunung Santubong, Kampung Boyan dan lain lain termasuk kediaman salah seorang ahli keluarga terdekat Ketua Menteri, YAB Pehin Sri Haji Taib Mahmud yang tersergam indah seperti istana.

0 comments:
Post a Comment