Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Jumaat, 23 Mei 2014

‘I Luv Kuching City’ dan Pesta Air BandarayaKU pada 24 dan 25 May 2014.

KUCHING: Warga kota dialu- alukan menyertai acara ‘I Luv Kuching City’ dan Pesta Air BandarayaKU yang akan berlangsung hujung minggu ini, 24 dan 25 Mei.

“Acara ‘I Luv Kuching City’ akan diadakan di Padang Merdeka dan pada hari acara itu juga, DBKU akan mengagihkan 200 unit Beg Sampah Kereta kepada warga kota sebagai galakan kepada mereka untuk menguruskan sampah di dalam kereta dengan betul.

“Manakala bagi acara Pesta Air BandarayaKU pula, ia akan diadakan di Esplanade Kuching Jalan Gambier dengan pelbagai pengisian program bertemakan air bagi menggantikan Regata BandarayaKU yang pernah diadakan dua tahun lalu,” tambahnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media acara ‘I Luv Kuching City’ dan Pesta Air BandarayaKU di Perpustakaan Bandaraya DBKU, Kompleks Islam Sarawak (KIS), di sini semalam.
Pelbagai aktiviti menarik menanti setiap pengunjung yang hadir ke Padang Merdeka mahupun ke Esplanade Kuching pada hujung minggu ini.

Bagi acara ‘I Luv Kuching City’, antara program yang akan diadakan ialah senamrobik, cabutan bertuah, pertandingan memasak (bapa dan anak), pertunjukan autoshow dan papan selaju, senaman zumba, ekspo pameran kraf tangan, pasar lambak serta persembahan buskers dan band tempatan.

Bagi acara Pesta Air BandarayaKU, orang ramai akan disajikan dengan pertandingan memancing udang galah, pertandingan menangkap itik, pertandingan tarik tali perahu, pertandingan kayak beregu serta pertandingan lumba perahu penambang.

Aktiviti anjuran DBKU itu juga mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Penerangan serta Jabatan Kesihatan dan Perubatan Kuching.

Untuk keterangan lanjut mengenai acara ‘I Luv Kuching City’ dan Pesta Air BandarayaKU, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Perhubungan Awam DBKU di talian 082-446688 sambungan 314 atau 317 atau 130 atau 131 atau 132.

Rabu, 7 Mei 2014

MOSTI ambil langkah penting pastikan kemapanan empurau

Empurau RM750 sekilogram
ASAJAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengambil langkah penting bagi memastikan kemapanan ‘Raja Ikan di Sungai Sarawak’, empurau.
Kerjasama rapat dengan Perbadanan Bioteknologi Malaysia Sdn Bhd, di bawah program perdana tiga tahun, memperuntukkan RM1.5 juta kepada LTT Akuakultur Sdn Bhd pada 2012 untuk menjadi penternak terbesar empurau di Malaysia.

“Kami memberi sokongan penuh dalam industri (empurau) ini kerana ia mampu meraih keuntungan yang tinggi dan menambah pendapatan ekonomi negara kita ke arah Wawasan 2020,” kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Diah kepada pemberita di LTT Akuakultur Sdn Bhd di Sungai Subi, Jalan Asajaya semalam. Empurau yang berharga RM750 sekilogram untuk saiz melebihi 2kg dan RM650 bagi berat antara 1kg dan 1.5kg menjadi hidangan makanan istimewa di restoran utama di Malaysia, Singapura, Hong Kong dan China. Beliau juga berkata LTT Akuakultur adalah perintis dalam bidang ternakan Empurau dalam tangki serta memperbaiki kaedah yang digunakan untuk mengeksport ikan segar keluar dari negara ini bagi memenuhi permintaan pembeli.

“Ini adalah jenis inovasi yang kita mahu lihat, satu inovasi dapat memastikan ikan air tawar dapat hidup dalam penerbangan 18 jam dan tidak beku,” katanya.

Satu lagi inovasi dengan LTT Akuakultur katanya, kolam konkrit untuk membiak empurau yang merupakan gabungan sistem kolam Jepun dan Inggeris yang membuat pembiakan.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Biotechnology Corporation Sdn Bhd Datuk Dr Nazlee Kamal berkata lebih banyak kajian diperlukan untuk memastikan kemapanan dan kualiti ikan.

“Kami agak bimbang kemapanan empurau kerana terlebih menangkap ikan…kerana ini boleh membawa kepada penduduk semakin kekurangan ikan di dalam sungai,” katanya. Beliau juga mendedahkan bahawa diet empurau ini terdiri daripada buah-buahan engkabang yang dicampur dengan ikan-ikan kecil lain.
Projek-projek mega lain di negeri ini adalah projek akuakultur di Tanjung Manis yang dikendalikan oleh pelabur Taiwan yang telah membelanjakan RM2 bilion bagi projek itu di hab halal utama Sarawak.

Turut hadir dalam lawatan itu Pengarah Urusan LTT Akuakultur Sdn Bhd Bill Lu Thian Tack

Read more: http://www.theborneopost.com/2014/05/06/mosti-ambil-langkah-penting-pastikan-kemapanan-empurau/#ixzz3124hdIn5
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...