Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Selasa, 7 Ogos 2012

Jambatan Pejalan Kaki Rentas Sungai Sarawak

TEBINGAN Sungai Sarawak di Kuching bakal mempunyai tarikan terbaharu jika cadangan membina jambatan pejalan kaki dan basikal dilaksanakan kelak. - Gambar hiasan

KUCHING - Sebuah jambatan pejalan kaki dan basikal dirancang dibina merentasi Sungai Sarawak di bandaraya Kuching, kata Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) telah diminta melakukan kajian kemungkinan pembinaan jambatan tersebut dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).



Berucap pada pelancaran serentak sambutan ulang tahun ke-24  bandaraya  Kuching dan Pesta Kuching di sini, Taib berkata, jambatan tersebut akan menjadi satu lagi tarikan perlancongan di  bandaraya  itu.

"Kemungkinan beberapa gerai termasuk gerai makanan ringan boleh dibina di atas jambatan itu bagi kemudahan orang ramai menikmati suasana," katanya.

Menurutnya, sebuah muzium dan taman botani juga boleh dibangunkan di bahagian utara tebing Sungai Sarawak yang di bawah bidang kuasa DBKU. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...