Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Khamis, 30 Disember 2010

Perahu Tambang



Kepada pengunjung yang teringin menaiki perahu tambang boleh lah datang ke Tebingan Kuching.

Terdapat beberapa buah jeti berada di sepanjang tebingan. Ke semua jeti mempunyai destinasi masing-masing.  Penggunaan perahu tambang sebagai pengangkutan awam masih lagi menjadi keperluan harian penduduk sekitar.

Penduduk-penduduk kampung seberang seperti Kampung Sungai Bedil dan Kampung Lintang terutama pelajar sekolah menjadikan perahu tambang sebagai rutin perjalanan mereka.

Ianya menjimatkan masa berbanding menggunakan kereta. Hanya 15 minit masa diperlukan untuk sampai ke seberang. Kadar tambang pula adalah RM0.50 sahaja pada siang hari dan RM1.00 pada waktu malam. Jika mempunyai masa terluang pada waktu siang dan berada di sekitar Kuching Waterfront, pengunjung bolehlah menyeberangi Sungai Sarawak menuju ke Kilang Kek Lapis Sarawak yang berdekatan. Terdapat juga peniaga-peniaga kecil yang menjual produk kraftangan tempatan. Banyak juga deretan-deretan gerai makanan tersusun disini. 



Pada malamnya pula, pengunjung akan dapat menikmati suasana angin malam menuju ke tempat makan popular di Kampung Boyan iaitu Barok Bistro dan Permaidani Kampung.  Anda boleh pilih untuk menikmati juadah di tempat tertutup ataupun dibawah cahaya bulan di tepi sungai. Kawasan persisiran kampung yang telah dinaiktaraf oleh kerajaan kini menjanjikan riadah yang selesa seterusnya meningkatkan industri perlancongan dan ekonomi semua pihak.



Selain itu juga pengunjung berkesempatan menjejakkan kaki serta mengambil foto dari jarak dekat di kediaman Rasmi Yang Di Pertua Negeri Sarawak iaitu ASTANA dan Kubu Pertahanan Fort Magherita yang kini dijadikan sebagai Muzium Polis


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...