Antara tempat menarik di Bandaraya Kuching yang wajip dilawati adalah Serikin.
Serikin merupakan sebuah pekan besar yang terletak kira kira 50 kilometer dari Bandaraya Kuching.
Ianya terletak berdekatan sempadan Daerah Bau Sarawak dan Kalimantan Indonesia. Mengambil masa 1 setengah jam perjalanan dari pusat Bandaraya Kuching. Sistem pengangkutan yang baik menjadikan Serikin sering dikunjungi pelawat untuk membeli-belah yang terdiri daripada warga tempatan dan pelancong asing. Permaisuri Agong turut pernah ber'shopping' di Serikin pada tahun 2004.
Memang murah topi, helmet (non SIRIM approved la semestinya!), tudung, telekung di sini. workmanship yg bertepatan dgn harga yg dibayar. Setengah telekung tu, kalau kat Semenanjung memang sebijon, harga Rm80...kat sini Rm30-40 boleh dapat, bergantung cara kita tawar-menawar. Yang pastinya, memang murah
amat sesuai di kunjungi pada pagi sabtu dan ahad sahaja (7pagi-4ptg)

0 comments:
Post a Comment