Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Isnin, 25 Ogos 2014

Mom's Laksa Kopitiam



Jika bertandang ke Kuching, adalah menjadi kewajipan kepada semua untuk mencuba keenakkan Laksa Sarawak yang menjadi satu 'signature dish' di Bumi Kenyalang, Laksa Sarawak boleh ditemui di dalam buku menu mana-mana restoran ataupun gerai makan di seluruh negeri Sarawak.

Namun apabila memperkatakan mengenai Laksa Sarawak yang terbaik, nama Mom's Laksa acap kali disebut-sebut oleh penduduk tempatan, khususnya di Bandaraya Kuching.

Mom' Laksa mempunyai beberapa cawangan yang terletak dikawasan Petra Jaya. Jika berhasrat untuk melawat Muzium Kucing, Kampung Budaya Sarawak dan Pantai Damai, apa kata kita singgah sekejap ke Mom' Laksa.

Ya, memang benar masih terdapat Laksa Sarawak lain yang tidak kurang hebatnya tetapi Mom's Laksa telah berjaya meletakkan jenamanya dalam kelas tersendiri apabila menggondol tempat kedua dalam anugerah Fabulous Food 1Malaysia anjuran Kementerian Pelancongan dalam kategori laksa pada 2009.


Laksa Udang King






Jadi, tidak peliklah kenapa ruang letak kereta di deretan bangunan kedai dan pejabat yang baru disiapkan bersebelahan stesen Petronas, Jalan Astana, Kuching, dipenuhi kenderaan bermula pukul 7 pagi hingga 11 malam, walhal Mom's Laksa pada masa ini merupakan premis tunggal yang beroperasi. Memang, Mom's Laksa adalah diantara penyedia Laksa yang terbaik disekitar Kuching.




Mee Hoon Belacan
Sehingga kini terdapat beberapa cawangan baru Mom's Laksa di Kuching Antaranya adalah seperti Mom's Laksa Kopitiam Matang Jaya, Mom's Laksa Kopitiam Jalan Merdeka, Mom's Laksa Kopitiam Astana. Diantara kesemua cawangan ini hanya cawangan di Jalan Merdeka sahaja yang menyediakan Laksa Sarawak Udang King.

Selain Laksa Sarawak, rangkaian Mom's Laksa juga menyediakan beberapa menu istimewa kepada pengunjung antaranya Mee Hoon Belacan, Rojak Tambi, Mee Kolok, serta Mee Jawa.


Rojak Tambi







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...