Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Isnin, 26 Januari 2015

Warisan Layered Cake And Bakery

Salam sejahtera.

Kali ini saya nak promote sebuah lagi kedai Kek Lapis Sarawak yang kini menjadi salah satu tempat menarik untuk di terjah dan merupakan kedai faveret saya. 
Kedai kek lapis yang saya maksudkan adalah Warisan Layered Cake and Bakery yang terletak di Kampung Boyan. Berdekatan dengan surau dan tempat menjamu selera. Kedainya berwarna hijau serta berhawa dingin. Setiap pelanggan yang nak masuk kenalah buka kasut/selipar/sandal untuk menjaga kebersihan kedai.


Masuk sahaja ke dalam kedai, pelanggan akan disajikan dengan pelbagai jenis kek lapis. Kesemua kek lapis di kedai ini menggunakan butter yang bermutu tinggi untuk mengekal kan keaslian rasa setiap kek yang dijual. Usah risau, saya dah cuba semuanya, memang ternyata sedap. Dari segi harga pula memang berbaloi. Tak sangka pula kedai kek Warisan ini menjual kek dengan harga yang begitu berpatutan. 

Banyak jenis kek lapis yang dijual. Kesemuanya terdiri daripada kek lapis popular yang laris dipasaran.
Nama-nama yang gah seperti Kek Lapis India hanya dijual dengan harga RM20 se-loaf. Kek lapis popular yang lain seperti Kek Lapis Masam Manis, Kek Lapis Sisik Ikan, Kek Lapis Jasmine, Kek Lapis Idola hanya dijual dengan harga RM10 se-loaf. Selain kek lapis, Kedai Kek Warisan juga ada menjual beberapa produk makannan lain seperti Tart Nenas, Kuih Cincin, Kuih Tabaloi (sagu) dan bermacam-macam lagi. Saya pun dah cuba Tart Nenas nya, memang enak, sedap dan hancur didalam mulut. 






Swiss Roll juga ada dijual. Hanya RM10 sebiji dengan corak-corak cantik yang menyelerakan.


Kedai Kek Warisan ini juga menyediakan khidmat pembungkusan. Anda pilih saya kek yang anda suka dan pekerja disini akan membantu mengkotakkan untuk kemudahan pelanggan.


Di hadapan Kedai Kek Warisan ini terdapat beberapa gerai yang menjual ikan terubuk masin. Jadi tidak ada masalah lah bagi pengunjung yang kesuntukkan masa untuk memborong.

 Kedai Kek Warisan buka seawal jam 8.30pagi hingga 11.00malam setiap hari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...