Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Jumaat, 23 Mei 2014

‘I Luv Kuching City’ dan Pesta Air BandarayaKU pada 24 dan 25 May 2014.

KUCHING: Warga kota dialu- alukan menyertai acara ‘I Luv Kuching City’ dan Pesta Air BandarayaKU yang akan berlangsung hujung minggu ini, 24 dan 25 Mei.

“Acara ‘I Luv Kuching City’ akan diadakan di Padang Merdeka dan pada hari acara itu juga, DBKU akan mengagihkan 200 unit Beg Sampah Kereta kepada warga kota sebagai galakan kepada mereka untuk menguruskan sampah di dalam kereta dengan betul.

“Manakala bagi acara Pesta Air BandarayaKU pula, ia akan diadakan di Esplanade Kuching Jalan Gambier dengan pelbagai pengisian program bertemakan air bagi menggantikan Regata BandarayaKU yang pernah diadakan dua tahun lalu,” tambahnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media acara ‘I Luv Kuching City’ dan Pesta Air BandarayaKU di Perpustakaan Bandaraya DBKU, Kompleks Islam Sarawak (KIS), di sini semalam.
Pelbagai aktiviti menarik menanti setiap pengunjung yang hadir ke Padang Merdeka mahupun ke Esplanade Kuching pada hujung minggu ini.

Bagi acara ‘I Luv Kuching City’, antara program yang akan diadakan ialah senamrobik, cabutan bertuah, pertandingan memasak (bapa dan anak), pertunjukan autoshow dan papan selaju, senaman zumba, ekspo pameran kraf tangan, pasar lambak serta persembahan buskers dan band tempatan.

Bagi acara Pesta Air BandarayaKU, orang ramai akan disajikan dengan pertandingan memancing udang galah, pertandingan menangkap itik, pertandingan tarik tali perahu, pertandingan kayak beregu serta pertandingan lumba perahu penambang.

Aktiviti anjuran DBKU itu juga mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Penerangan serta Jabatan Kesihatan dan Perubatan Kuching.

Untuk keterangan lanjut mengenai acara ‘I Luv Kuching City’ dan Pesta Air BandarayaKU, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Perhubungan Awam DBKU di talian 082-446688 sambungan 314 atau 317 atau 130 atau 131 atau 132.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...