Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Isnin, 24 Februari 2014

DBKU dan Kelab Kucing Sarawak anjur Sarawak Cat Show 2014

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bersama Kelab Kucing Sarawak akan menganjurkan ‘Sarawak Cat Show 2014’ pada 8 dan 9 Mac di Muzium Kucing di Ibu Pejabat DBKU di sini.

Majlis perasmian akan diadakan pada 8 Mac (Sabtu) dan majlis penutupan akan diadakan pada 9 Mac yang disempurnakan oleh Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.

Pertunjukan itu berkonsepkan pertandingan terbuka kepada kucing Sarawak (kuhing tempatan) yang mempunyai pelbagai jenis spesies dan mempunyai ciri-ciri tersendiri yang akan dipertandingkan.

Ia tidak mengambil kira latar belakang dan sejarah kucing tersebut di kalangan pencinta dan pemilik dari dalam mahupun luar negara.

Selain itu, pertunjukan itu juga memberi peluang kepada semua jenis kucing dipertandingkan bersama spesies kucing Sarawak selaras dengan temanya pada tahun ini ‘Sayangi dan Sanjungi Kucing Sarawak’.

Objektif penganjuran aktiviti adalah mempromosikan muzium kucing dan bandar raya Kuching sebagai tempat tarikan pelancongan di Sarawak kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

Ia juga menggalakkan warga kota menyayangi kucing sebagai haiwan peliharaan, mempromosikan kucing Sarawak dalam pertandingan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa agar setaraf dengan kucing baka baik dari dalam dan luar negara.

info dari The Borneo Post pada 20 Feb 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...