Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Rabu, 7 Mei 2014

MOSTI ambil langkah penting pastikan kemapanan empurau

Empurau RM750 sekilogram
ASAJAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengambil langkah penting bagi memastikan kemapanan ‘Raja Ikan di Sungai Sarawak’, empurau.
Kerjasama rapat dengan Perbadanan Bioteknologi Malaysia Sdn Bhd, di bawah program perdana tiga tahun, memperuntukkan RM1.5 juta kepada LTT Akuakultur Sdn Bhd pada 2012 untuk menjadi penternak terbesar empurau di Malaysia.

“Kami memberi sokongan penuh dalam industri (empurau) ini kerana ia mampu meraih keuntungan yang tinggi dan menambah pendapatan ekonomi negara kita ke arah Wawasan 2020,” kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Diah kepada pemberita di LTT Akuakultur Sdn Bhd di Sungai Subi, Jalan Asajaya semalam. Empurau yang berharga RM750 sekilogram untuk saiz melebihi 2kg dan RM650 bagi berat antara 1kg dan 1.5kg menjadi hidangan makanan istimewa di restoran utama di Malaysia, Singapura, Hong Kong dan China. Beliau juga berkata LTT Akuakultur adalah perintis dalam bidang ternakan Empurau dalam tangki serta memperbaiki kaedah yang digunakan untuk mengeksport ikan segar keluar dari negara ini bagi memenuhi permintaan pembeli.

“Ini adalah jenis inovasi yang kita mahu lihat, satu inovasi dapat memastikan ikan air tawar dapat hidup dalam penerbangan 18 jam dan tidak beku,” katanya.

Satu lagi inovasi dengan LTT Akuakultur katanya, kolam konkrit untuk membiak empurau yang merupakan gabungan sistem kolam Jepun dan Inggeris yang membuat pembiakan.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Biotechnology Corporation Sdn Bhd Datuk Dr Nazlee Kamal berkata lebih banyak kajian diperlukan untuk memastikan kemapanan dan kualiti ikan.

“Kami agak bimbang kemapanan empurau kerana terlebih menangkap ikan…kerana ini boleh membawa kepada penduduk semakin kekurangan ikan di dalam sungai,” katanya. Beliau juga mendedahkan bahawa diet empurau ini terdiri daripada buah-buahan engkabang yang dicampur dengan ikan-ikan kecil lain.
Projek-projek mega lain di negeri ini adalah projek akuakultur di Tanjung Manis yang dikendalikan oleh pelabur Taiwan yang telah membelanjakan RM2 bilion bagi projek itu di hab halal utama Sarawak.

Turut hadir dalam lawatan itu Pengarah Urusan LTT Akuakultur Sdn Bhd Bill Lu Thian Tack

Read more: http://www.theborneopost.com/2014/05/06/mosti-ambil-langkah-penting-pastikan-kemapanan-empurau/#ixzz3124hdIn5

Selasa, 11 Mac 2014

7,000 peserta dijangka sertai ‘Sarawak Walk of Love’ 5 April

KUCHING: Seramai 7,000 peserta dijangka menyertai program ‘Sarawak Walk of Love – Purple Walk: Toward the Strenghtening of Families Institutions’ dengan laluan sejauh 2.7 kilometer pada 5 April depan, kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah. Menurutnya, program anjuran bersama Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga (KKPWK) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan berlangsung di Le’ Park, di sini. 
“Pelaksanaan program ini berkonsepkan karnival melibatkan penyertaan masyarakat umum seramai mungkin dan penyertaan badan bukan kerajaan (NGO) atau persatuan yang berminat mempromosikan NGO masing-masing bagi mendapatkan penyertaan keahlian sesuai dengan tema yang dianjurkan.

“Selain itu, pelaksanaan aktiviti di bawah program ini menitikberatkan penyertaan secara bekeluarga dan secara langsung akan merapatkan hubungan antara ahli keluarga dan seterusnya dapat mengukuhkan institusi keluarga selaras dengan hasrat kerajaan untuk membina keluarga yang bahagia dan cemelang,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang media program tersebut di Wisma Wanita, Biro Wanita di sini, semalam. Fatimah berkata, selain keutuhan ikatan kekeluargaan yang hendak diterapkan, acara senaman dan berjalan beramai-ramai yang akan dilaksanakan nanti merupakan suatu amalan hidup sihat. Ini kerana, jelasnya, ia amat dituntut bagi memastikan kehidupan yang lebih ceria dan aktif dalam menghadapi kehidupan harian yang semakin mencabar.

“Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk mempromosikan NGO masing-masing bagi mendapatkan penyertaan atau keahlian masyarakat umum.

“Selain dapat memperkukuhkan institusi keluarga dan mempromosi kehidupan sihat, program ini diadakan sempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun,” ujarnya.

Jelas Fatimah lagi, perjalanan ‘Sarawak Walk of Love’ tahun ini melibatkan laluan Padang Merdeka dan Tebingan Kuching. Selain itu, tambahnya, laluan kedua sejauh 1.5 kilometer turut disediakan bagi peserta yang tidak dapat berjalan jauh.

“Selain berjalan kaki ‘Sarawak Walk of Love,’ diadakan senamborik, perkelahan keluarga, persembahan pentas, sukaneka keluarga serta pameran dan jualan.

“Sehingga kini sebanyak 60 buah gerai sudah mengesahkan penyertaan di bawah 30 buah khemah,” katanya.

Kepada yang berminat sila datang ke Jabatan Kebajikan Masyarakat di Bangunan Masja 082-449140 untuk mengisi borang pendaftaran yang perlu dikembalikan sebelum 28 Mac 2014.

Terdahulu, Fatimah mengharapkan penumpang dan kru MH370 yang masih hilang sehingga kini dapat ditemui sedikit masa lagi.

“Marilah kita sama-sama mendoakan agar keselamatan mereka dan semoga Tuhan permudahkan segalanya,” katanya sebak.

Hadir sama pada sidang media tersebut ialah Menteri Muda Kebajikan Robert Lawson Chuat, Setiausaha Tetap KKPWK Rodziah Morshidi, Persatuan Tenis Sarawak Datuk Patrick Liew dan Pengarah Biro Wanita Noriah Ahmad.



Sumber dari www.theborneopost.com pada 11 Mac 2014.

Isnin, 24 Februari 2014

DBKU dan Kelab Kucing Sarawak anjur Sarawak Cat Show 2014

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bersama Kelab Kucing Sarawak akan menganjurkan ‘Sarawak Cat Show 2014’ pada 8 dan 9 Mac di Muzium Kucing di Ibu Pejabat DBKU di sini.

Majlis perasmian akan diadakan pada 8 Mac (Sabtu) dan majlis penutupan akan diadakan pada 9 Mac yang disempurnakan oleh Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.

Pertunjukan itu berkonsepkan pertandingan terbuka kepada kucing Sarawak (kuhing tempatan) yang mempunyai pelbagai jenis spesies dan mempunyai ciri-ciri tersendiri yang akan dipertandingkan.

Ia tidak mengambil kira latar belakang dan sejarah kucing tersebut di kalangan pencinta dan pemilik dari dalam mahupun luar negara.

Selain itu, pertunjukan itu juga memberi peluang kepada semua jenis kucing dipertandingkan bersama spesies kucing Sarawak selaras dengan temanya pada tahun ini ‘Sayangi dan Sanjungi Kucing Sarawak’.

Objektif penganjuran aktiviti adalah mempromosikan muzium kucing dan bandar raya Kuching sebagai tempat tarikan pelancongan di Sarawak kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

Ia juga menggalakkan warga kota menyayangi kucing sebagai haiwan peliharaan, mempromosikan kucing Sarawak dalam pertandingan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa agar setaraf dengan kucing baka baik dari dalam dan luar negara.

info dari The Borneo Post pada 20 Feb 2014.

Sabtu, 22 Februari 2014

Masjid India akan dibina di atas Sungai Sarawak


CANTIK: Rekaan Masjid India baharu yang terletak di atas Sungai Sarawak, Esplanade Kuching.
KUCHING: Masjid Bandar Kuching atau lebih dikenali sebagai Masjid India yang merupakan masjid tertua di Sarawak bakal dibina baharu tahun ini.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata, masjid baharu itu akan dibina pada Jun tahun ini di tapak baharu di atas Sungai Sarawak di Esplanade Kuching.

Menurutnya, pembinaan Masjid India baharu itu dianggarkan menelan kos sebanyak RM6 juta dan kini proses penyiapan pelan sedang dijalankan.

“Kami telah meluluskan cadangan untuk membina Masjid India baharu ini dan kami akan bina di atas Sungai Sarawak, Esplanade Kuching berdekatan dengan jeti seolah-olah terapung.

“Kerja-kerja membina masjid baharu ini dijangka akan bermula Jun tahun ini dengan anggaran kos sebanyak RM6 juta dan proses tender pula sekitar April selepas pelan siap sepenuhnya,” katanya ketika mengulas mengenai cadangan membina baharu Masjid India semasa dihubungi semalam.

Namun, Masjid India yang dibina sejak tahun 1834 itu tidak akan diroboh untuk dikekalkan sebagai tapak warisan bagi tarikan pelancong ke bandar raya Kuching.

Malah, masjid lama juga akan dibaik pulih bagi mengekalkan dan menjaga struktur asasnya supaya warisan berharga bandar raya Kuching itu dapat dikekalkan.

Daud yang juga Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur memberitahu Masjid India baharu itu direka bentuk seakan-akan Masjid Istanbul, namun mempunyai kelainan dan tarikan tersendiri.

“Masjid India baharu ini terapung seperti masjid di Istanbul tetapi kita tidak mengikut seratus peratus masjid itu…  ia mempunyai kelainan dan tarikan tersendiri,” tambahnya.

Mengulas lanjut mengenai masjid baharu itu, beliau menjelaskan bahawa ia akan memuatkan maksimum seramai 1,200 jemaah bagi ruangan dalam dan luar.

“Kerja-kerja pembinaan masjid ini akan mengambil masa selama 18 bulan dan sekiranya pelan dapat disiapkan awal mungkin proses pembinaan dapat diawalkan,” ujarnya.

Info dari The Borneo Post pada 21 Feb 2014.



Ahad, 8 Disember 2013

360 Xpress Hotel

360 Xpress Hotel terletak di Jalan Song Thian Cheok. Ianya merupakan sebuah hotel budget yang popular di kalangan pengunjung. Dengan kadar harga serendah RM96 (jika tempah online melalui agoda.com) ianya menjadi tarikkan utama kepada pengunjung. Terdapat sebuah restoran bernama "Chilipeppers" yang beroperasi hingga jam 10 malam bersebelahan hotel ini.

 Sila tempah dilaman web Agoda.com

Sabtu, 7 Disember 2013

Ariva Gateway

Ariva Gateway merupakan pangsapuri servis serba mewah yang terletak di Kuching, Sarawak. Jadi ianya sangat sesuai untuk didiami oleh pelancong yang ingin bercuti panjang di sini. Segala kelengkapan disediakan bagaikan berada di rumah sendiri dari ruang dapur yang luas sehinggalah ruang makan yang cukup selesa. Jika tidak mahu memasak, bolehlah memilih untuk menjamu selera di beberapa buah restoran yang berdekatan pangsapuri ini atau pun bersantai di bar-bar yang sentiasa meriah. Apabila menginap di Ariva Gateway, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi tempat menarik berdekatan seperti Muzium Sarawak, Galeri M dan juga kompleks-kompleks membeli belah. Apa yang menariknya tentang hotel ini ialah kolam renangnya yang terletak di tingkat paling atas pangsapuri ini. Bersantai di kolam renang ini pasti memberi pengalaman yang berbeza. Para tetamu yang menginap di sini pasti akan mengalami satu percutian yang sangat bermakna.



Maklumat berguna
Daftar keluar:12:00 PM
Jarak dari pusat bandar:1.00 Km
Jarak ke lapangan terbang:12.00 Km
Daftar masuk paling awal: 2:00 PM
Bilik / tingkat tidak merokok: Yes
Bilangan tingkat: 11
Bilangan bilik: 70
Masa ke lapangan terbang (minit): 20
Hotel dibina pada: 2001
Sila buat tempahan melalui Agoda.com untuk menikmati harga diskaun.

Merdeka Palace Hotel

Merdeka Palace Hotel terletak berdekatan dengan Padang Merdeka.
Lokasi yang amat strategik.
Berdekatan dengan India Street, Main Bazaar, Plaza Merdeka dan Kuching Waterfront.
Merupakan antara hotel mewah di Bandaraya Kuching. (sila beli melalui Agoda untuk menikmati harga promosi serendah RM149)

Antara kemudahan yang disediakan;
in-house gymnasium and fitness center
swimming pool.
traditional malay massage center


 Untuk menempah hotel ini sila tempah dilaman web Agoda.com

Abell Hotel


Secara peribadi saya amat menggemari lokasi Abell Hotel ini. Ianya dikelilingi bermacam tempat-tempat menarik untuk pengunjung seperti Kuching Waterfront, Kuching Statue, Perahu Tambang dan beberapa tempat menjamu selera popular seperti Top Spot Seafood dan juga Planet Sambal yang terletak betul-betul di belakang hotel. Terdapat juga KFC dan McD yang beroperasi 24 jam. Anda juga boleh berjalan kaki menuju ke beberapa Kompleks beli Belah seperti Sarawak Plaza, Tun Jugah dan juga Parkson Grand. Terdapat juga beberapa Bank-Bank ternama berhampiran hotel ini.




Sila tempah secara ONLINE untuk mendapatkan harga diskaun dilaman web Agoda.com


Jumaat, 6 Disember 2013

Dormani Hotel

Dormani Hotel ini merupakan hotel bertaraf 3 bintang yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Melayu.
Ianya berdekatan dengan Masjid Negeri Sarawak dan anda boleh berjalan kaki menuju ke Masjid. 
Tetamu boleh menikmati akses mudah kepada beberapa tempat menarik yang berdekatan seperti Muzium Islam , Muzium Sarawak, Gerbang Harmoni dan sebagainya.


Hotel ini menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan . Peti deposit keselamatan , perkhidmatan bilik, tempat letak kereta, perkhidmatan dobi / cucian kering, Wi- Fi di tempat awam merupakan beberapa kemudahan yang ditetapkan Dormani Hotel Kuching selain daripada hotel-hotel lain di bandar .Suasana Dormani Hotel Kuching dicerminkan dalam setiap bilik . pembuat kopi / teh, air botol percuma , televisyen LCD / skrin plasma , pengering rambut , TV satelit / kabel hanya sebahagian daripada kemudahan yang disediakan.  

 Disamping itu, pihak hotel menawarkan aktiviti rekreasi untuk memastikan anda mempunyai aktiviti untuk dilakukan sepanjang penginapan anda. Apapun alasan anda untuk melawat Kuching, Dormani Hotel Kuching adalah tempat yang sempurna untuk percutian yang menyeronokkan dan menarik.
Pada waktu malam nya pula anda boleh berkunjung ke deretan kedai-kedai makanan Melayu yang popular yang beroperasi hingga lewat malam.  

Untuk menempah hotel ini dengan harga diskaun sila ke laman web Agoda.com

Harbour View Hotel

Harbour View Hotel merupakan hotel 3 bintang yang berdekatan dengan Kuching Waterfront dan Main Bazaar. Anda boleh berjalan kaki menuju ke Kuching Waterfront dan menaiki Perahu Tambang menuju ke Kilang Kek Lapis Sarawak dan membeli Ikan Terubuk Masin di Kampung Boyan. Hotel ini juga berdekatan dengan beberapa tempat menjamu selera yang HALAL. Kawalan keselamatan yang baik serta lokasi yang strategik, sememangnya menjadikan hotel ini antara yang popular dikalangan pengunjung dari Semenanjung Malaysia.

Untuk menempah  Hotel ini sila buat tempahan di laman web agoda.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...