Assalammualaikum
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum tibanya bulan Ramadan. Pastinya ramai yang sedang mencari peluang untuk berniaga serta membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.
Sejak Oven Kek Lapis Sarawak menerima sambutan tempahan yang amat menggalakkan, khususnya selepas masyarakat di Semenanjung menyedari potensi besar pasaran kek lapis Sarawak, ZamTransportation terus mengorak langkah ke hadapan dengan memperkenalkan produk terbaharu kami, iaitu Pengukus Kek Lapis Sarawak.
Produk ini direka khas untuk memudahkan pengusaha kek lapis menghasilkan kek yang berkualiti, konsisten dan memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat.
Pengukus Kek Lapis Sarawak ini merupakan pengukus tiga tingkat berukuran 50cm X 50cm X 60cm. Ber-material-kan Stainless Steel yang tahan lasak dan mudah digunakan. Pengukus Kek Lapis Sarawak ini boleh memuatkan sehingga 4 loyang bersaiz 9x9inchi disetiap tingkatnya.
Kebiasaannya Pengukus Kek Lapis Sarawak digunakan untuk mengukus kek-kek popular Sarawak seperti Kek Lapis Bumi, Kek Hati Pari, Kek Belacan, Kek Lumut dan bermacam -macam lagi kek kukus. Pengukus Kek Lapis Sarawak ini juga boleh digunakan untuk mengukus pelbagai kuih-muih dan pelbagai sajian lain mengikut kreativiti masing-masing. Ianya amat menjimatkan dari segi kos dan senang disimpan.
Dijual pada harga RM800 (harga termasuk kos pos ke semenanjung)
Kepada yang berminat untuk menempah Pengukus Kek Lapis Sarawak ini bolehlah menghubungi
Mohd Zambri Bin Apen
H/P 0168620967 (boleh whatsapp)
email zambriapen@gmail.com
Terima kasih.
periuk saiz 36 ada tak nak cari yg kecil sikit
BalasPadam