Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Menu Popular


Kepelbagaian kaum dan etnik di Sarawak menjanjikan keunikkan adat resam serta budaya kaum masing-masing. Kepelbagaian makanan tradisi setiap kaum di Sarawak terserlah menerusi perpaduan kaum yang berbilang  bangsa. Penduduk Sarawak sememangnya gah berkongsi ratusan makanan tradisi tidak mengira bangsa dan budaya, asalkan HALAL di sisi Agama Islam.

Pernah makan Umai? Ada beberapa jenis umai. 3 yang utama ialah ikan, udang dan obor obor.
Yang menariknya, bahan-bahan yang digunakan untuk membuat umai tidak dimasak, sebaliknya dipotong potong halus, digaul dengan bahan bahan lain seperti hirisan cili, bawang dan hirisan limau. Kemasaman limau akan menjadikan ikan/udang dan obor-obor tersebut masak.

Terdapat banyak juga restoran sekitar Kuching yang menyajikan Umai pada waktu makan tengahari.




Ayam Pansuh merupakan makanan eksotik kaum Iban di Sarawak.Disediakan pada hari-hari perayaan sahaja seperti Gawai Dayak dan Krismas. Ayam bersama bahan bahan lain seperti pucuk ubi kayu dan kentang yang dimasak didalam buluh ini mempunyai aroma yang memikat. Cara pembuatannya yang unik menyebabkan Ayam Pansuh agak sukar diperolehi dimana -mana restoran sekitar Kuching. Terdapat juga penduduk berbangsa Melayu yang menjual Ayam Pansuh atas permintaan pelanggan pada Hari Raya.

Harga sebatang buluh adalah sekitar RM25~RM30


Buah dabai adalah buah hutan yang hanya boleh didapati dari Bandar Sibu sahaja. Namun begitu, buah dabai boleh dibeli di Pasar Tamu DBKU Satok. Harga pula mengikut musim. Kebiasaannya buah dabai direndam bersama air panas selama 30 min dan ditoskan. Setelah masak buah dabai digaulkan bersama secubit garam dan dimakan bersama nasi serta lauk pauk lain.




Buah Dabai yang dimasinkan juga sangat lazat jika digorengkan bersama nasi putih. Nasi Goreng Dabai mudah didapati malahan hampir setiap gerai dan restoran menyediakan menu eksotik ini. Harga pula sekitar RM4 hingga RM5 sepinggan. Silalah berkunjung ke Benteng Satok Kuching untuk merasai kelazatan Nasi Goreng Dabai.


Mee Jawa merupakan menu enak yang perlu dicuba oleh pengunjung yang bertandang ke Kuching. Mee kuning berkuahkan kuah kari yang dimasak menggunakan ubi keledek sememangnya amat lazat. Harga sekitar RM4 hingga RM5 sepinggan. Mee Jawa amat mudah didapati di cafe-cafe dan restoran berdekatan namun saya sarankan untuk bertandang ke Noni Chicken Rice Shop yang terletak di Matang Jaya. Kelazatan Mee Jawa di Noni Chicken Rice semestinya yang terbaik dari dulu hingga kini.

Mee Kolok adalah menu wajip yang mesti dicuba jika bertandang ke Kuching.  Terdapat 2 jenis iaitu Mee Kolok dan Mee Sapi. Secara kesimpulannya adalah sama cuma Mee Kolok disajikan bersama daging ayam sementara Mee Sapi disajikan bersama daging lembu. Dihidangkan secara kering bersama taugeh dan sup serta sambal berasingan. Silalah berkunjung ke Kopi O Corner, Benteng Satok, Barok Bistro dan Seri Pinang Sari Cafe untuk merasa keenakkan Mee Kolok Sarawak.

Harga dari RM4 hingga RM6 semangkuk


Nasi Ayam Penyet merupakan hidangan eksotik yang berasal dari Indonesia. Ayam yang dipanggang / goreng berempah + tempe disajikan bersama nasi putih dan sambal tomato pedas beserta ulam ulaman seperti daun pegaga dan daun ulam raja.  Menu ini mudah didapati disekitar Kuching. Harga pula sekitar RM6 hingga RM8 sepinggan. Selain ayam, terdapat juga menu Nasi Penyet yang popular dan sedap. Antaranya ialah Nasi Udang Penyet, Nasi Sotong Penyet dan Ikan Keli Penyet/ Pecel Lili. Silalah berkunjung ke Nasi Ayam Penyet Raja yang terletak di Jalan satok dan satu lagi terletak Padungan (berdekatan dengan Kuching Statue).

Laksa Sarawak adalah yang popular. Dibuat daripada ramuan rempah ratus yang dikisar dan direneh bersama santan. Disajikan bersama sambal belacan yang ditumbuk bersama cili kering dan limau nipis. Kebiasaannya Laksa Sarawak dimakan pada waktu sarapan dan minum petang serta makan lewat malam (supper). Mengenai harga pula tidaklah terlalu mahal hanya sekitar RM4 hingga RM6 semangkuk.
Untuk tujuan rekomentasi, Kopi O Corner dan Mom Laksa adalah yang terbaik jika anda ingin merasa Laksa Sarawak yang sebenar.



Negeri Sarawak terkenal dengan kepelbagaian menu makanannya yang popular. Antaranya ialah Sayur Midin. Sayur Midin ini kira macam adik beradik kepada Sayur Paku yang mudah didapati di hutan. Kebiasaannya penduduk tempatan akan membeli sahaja sayur ini di Pasar Tamu Satok sebab senang dan tak perlu masuk hutan.
Cara masakkan pula amat mudah iaitu ditumis dengan sambal belacan. Kalau nak rasa keenakkan Sayur Midin ni terdapat beberapa restoran berdekatan seperti Baba Ganoush Restoran dan Top Spot Seafood.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...