Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Jumaat, 21 Jun 2013

Serikin







Barangan Kristal






 Serikin merupakan sebuah tempat perkampungan di Daerah Bau yang berdekatan dengan sempadan Kalimantan Indonesia. Ianya terletak kira-kira 80 kilometer dari pusat bandaraya Kuching dan menjadi destinasi lawatan yang popular dikalangan masyarakat tempatan dan juga pelancong asing.

Sistem pengangkutan yang baik menjadikan Serikin sering dikunjungi pada setiap minggu untuk membeli-belah dengan harga yang murah. Malahan, Permaisuri Yang Di-Pertuan Agong turut pernah ber-shopping ke Serikin sekitar tahun 2004. 






Serikin hanya beroperasi pada hujung minggu sahaja. Buka se-awal jam 7 pagi hari Sabtu dan tutup pada pukul 3 petang pada hari Ahad. Sediakan payung dan juga air minuman kerana cuaca disini agak panas. 

Anda tidak perlu untuk menukar wang anda ke matawang Indonesia sebab kesemua peniaga di sini menerima matawang Malaysia. Anda hanya perlu untuk bijak tawar-menawar untuk mendapatkan harga murah.
Antara barang-barang popular yang menjadi kegemaran pelancong dari Semenanjung adalah barangan kristal, barangan perhiasan rumah, hasil ukiran dan anyaman rotan.

 
Memang rambang mata bagi warga surirumah jika bertandang ke sini. Deretan ratusan kedai serta gerai minuman dan makanan Indonesia pasti menggamit anda untuk singgah sebentar.
Terdapat juga puluhan kedai yang menjual pakaian lelaki dan wanita serta barangan muslimah seperti telekung, tudung, kopiah dan capal nabi. Setengah telekung tu, kalau kat semenanjung memang sebijon, harga Rm80...kat sini Rm30-40 boleh dapat, bergantung cara kita tawar-menawar. 

 
Yang pastinya, memang murah

Isnin, 3 Jun 2013

Planet Sambal




Satu lagi restoren kegemaran saya yang beroperasi 24 jam sehari iaitu Planet Sambal. Restoren yang terletak berhampiran Kucing Statue ini dimiliki orang Melayu.

Restoren ini terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu bahagian yang berhawa dingin dan bahagian untuk perokok. Sistem atur yang cantik membuatkan kita berada seolah-olah berada di rumah. Memang selesa!.

Sesuai kalau nak bawa seisi keluarga menjamu selera di sini.












 Antara tarikkan utama menu popular di Planet Sambal mestilah menu yang berasaskan sambal.

Di sini menjual pelbagai lauk-pauk ekzotik Sarawak seperti sayur Midin, Ikan Terubuk Masin, telur padi dan aneka lauk-pauk lain yang menyelerakan.








Selain daripada nasi campur, di sini juga terdapat menu popular Sarawak seperti Laksa Sarawak, Nasi Ayam Penyet, Linut (yang seperti gam dimakan bersama sambal belacan), Mee Kolok dan Mee Hoon Belacan.





 Terdapat Surau dibahagian atas restoren ini. Anda boleh menunaikan solat dengan selesa.

Berkenaan dengan harga pula, saya berpendapat amatlah berpatutan bersesuaian dengan kemudahan yang disediakan.

Para pekerjanya pula amat mesra dan sentiasa memberikan layanan dengan pantas dan cekap.

Yang paling penting 100% HALAL..

Terima kasih.

Ahad, 2 Jun 2013

Kedai Mutiara Kingston

Di Kuching juga terdapat sebuah rumah kedai yang menjual batu-batu mutiara dan jed perhiasan. Terletak di pusat bandaraya Kuching di Jalan Green ianya merupakan sebuah rumah individu milik kaum Cina yang mesra pelanggan.

Pelbagai koleksi perhiasan manik dan mutiara serta jed yang dijual disini. Dari set kerongsang kebaya, pin baju kurung dan butang baju melayu pun ada.

Koleksi cincin untuk lelaki dan wanita, serta gelang tangan dan gelang kaki yang sesuai untuk kesemua peringkat umur.

Harga yang ditawarkan cukup murah dan sangat berpatutan. Jika membeli dalam kuantiti yang banyak, diskaun istimewa akan diberikan.

Rumah kedai ini buka setiap hari dari jam 9pagi hingga 5 petang.

Terima kasih..


Ahad, 19 Mei 2013

Promosi Makan Malam PERCUMA di atas Sarawak River Cruise

 Pengumuman Promosi;

Kini pihak Sarawak River Cruise sedang giat mempromosikan pakej Makan Malam di atas Sarawak River Cruise dengan harga RM10 untuk seorang. Menu utama mereka iaitu 'Black Pepper Chicken Rice' merupakan yang popular, selain beberapa hidangan pembuka selera seperti Kek Lapis Sarawak dan kuih muih tradisional.

Jika anda merupakan pelanggan Zamtransportation, anda layak untuk menikmati set makan malam dengan PERCUMA (untuk keterangan lanjut klik disini)
Anda berminat,? silalah membuat tempahan tiket terlebih awal melalui Zamtransportation.

Terima Kasih


Ahad, 21 April 2013

Pasir Panjang

Assalamualaikum.

Lama dah tak update blog, so kali ni Zam nak buat post pasal Pantai Pasir Panjang yang terletak kira-kira 40 minit perjalananan dari Bandaraya Kuching.


Kepada pengunjung yang kesuntukkan masa untuk menikmati pemandangan sunset di Pantai Damai yang agak jauh, bolehlah datang ke Pantai Pasir Panjang ini.

Ianya terletak di jalan yang sama dan amat dekat dari pusat bandar. Di Pasir Panjang ini, pelawat bolehlah membuat pelbagai aktiviti pantai bersama keluarga dan kawan-kawan.

Jika takut untuk mandi laut, terdapat juga kolam renang untuk kanak-kanak.

Dilengkapi dengan bilik mandi serta bilik air yang bersih.
 


Terdapat juga deretan kedai makan yang beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 10 malam setiap hari. Pengunjung juga boleh melepas geram untuk berkaraoke sambil menjamu selera.

Ahad, 17 Mac 2013

Pantai Damai- Santubong



Kepada pengunjunng yang melawat ke Kampung Budaya Sarawak pastinya tidak ketinggalan untuk menjejakkan kaki ke Pantai Damai yang berhampiran dengan Gunung Santubong. Keindahan pantainya yang bersih yang menghadap Laut China Selatan menggamit pengunjung untuk mengambil gambar sebagai koleksi peribadi, terutamanya ketika senja. Mitos lagenda Puteri Santubong dan Puteri Gunung Ledang sememangnya akan menarik perhatian pengunjung. Hanya 10 minit perjalanan dari Kampung Budaya Sarawak.

Terdapat juga resort berhampiran iaitu Santubong Resort/Damai Puri. Sila layari lawam web Santubong Resort LINK untuk membuat tempahan.

Sabtu, 26 Januari 2013

Kedai Kek Lapis Mira Baru

Assalamualaikum,


Dulu, Kedai Kek Lapis Mira hanyalah sekadar sebuah gerai yang terletak di seberang Kuching Waterfront. Akan tetapi kini pengusaha kedai telah membuka satu lagi cawangan baru yang terletak berhampiran gerai mereka.

Pilihan pelbagai kek lapis sarawak sememangnya memukau pengunjung yang datang. Suasana persekitaran yang bersih dan selesa sudah tentu memberi kepuasan kepada pembeli.







Aneka jenis kek lapis yang dijual akan dikotakkan mengikut kehendak pelanggan untuk memudahkan dibawa masuk kedalam kapal terbang. Pastinya sampel-sampel kek disajikan untuk anda cuba sebelum membeli. erdapat juga aneka biskut raya serta kerepek-kerepek tempatan dijual disudut berasingan.






Kekl Lapis Mira agak berlainan dengan Kek Lapis Dayang Salhah. Tekstur kek yang agak lembap dijual dengan harga RM10 se-loaf. Anda akan diberi percuma 1 loaf jika membeli 10 loaf. 


 Kedai Kek Lapis Mira ini buka setiap hari seawal jam 8.30am hingga 12 tengahmalam.

Ahad, 20 Januari 2013

John Place Room For Rent

Hello,

Satu lagi tempat penginapan bajet berdekatan Kuching Waterfront dikenali sebagai John Place Room For Rent. Lokasinya yang strategik terletak betul-betul dibelakang Harbour View Hotel. Kadar sewa yang amat murah menjadikan tempat penginapan ini sentiasa penuh dengan pelancong dari Semenanjung bahkan dari pelancong luar negara pun ada.



Kadar sewa serendah RM65 nett semalam untuk Queen Bedroom dan RM85 nett untuk family room (1 queen bed + 1 single bed). Dibahagian bawah Bajet Hotel ini terdapat sebuah cafe yang menyediakan makanan ala-barat dan tempatan. No Pork served tapi minuman keras dijual di sini memandangkan terdapat banyak pelancong luar negara. John Place ini hanya beroperasi pada waktu malam sahaja.








Terdapat pula beberapa Restoran Melayu yang beroperasi seawal jam 7 pagi dan deretan kedai-kedai menjual barangan kraftangan yang menuju ke Main Bazaar. Ya.!!. hanya 5 minit berjalan kaki menuju ke Main Bazaar dan Kuching Waterfront.
Untuk reservation, sila tempah terlebih awal dengan menghubungi no berikut
082258329
019-8861466


Terima kasih

Isnin, 31 Disember 2012

Metrojaya CityONE Mega Mall yakin menembusi pasaran tempatan

KUCHING: Metrojaya yakin mampu menembusi pasaran tempatan dengan pembukaan cawangan baharu di CityONE Mega Mall.

Pengarah Operasinya, Pitri Thuraiya Megat Mohd Nor berkata, pasar raya pertama di Kuching dan yang kelapan seluruh Malaysia itu bersedia untuk mengendalikan perniagaan bermula semalam.

“Terdapat banyak potensi di Kuching untuk kita berkembang dalam pasaran seperti ini. Kita mengendalikan kajian sebelum ini terutama dari segi populasi di kawasan ini dan kuasa membeli.



“Ia sekali gus membuatkan kita positif untuk membuka cawangan baharu di sini,” katanya pada majlis prapelancarannya semalam.

Metrojaya mempunyai pengalaman 36 tahun dalam peruncitan dengan memperkenalkan suasana membeli-belah terkini.

Ruang membeli-belah yang terdapat di CityONE merangkumi tiga tingkat premis barangan pelbagai jenama termasuk jenama Metrojaya sendiri yang tidak terdapat di tempat lain.

“Antara jenama antarabangsa yang terdapat di sini (Metrojaya) termasuk Laura Ashley. Metrojaya juga akan memperkenalkan jenama pakaian terkemuka lain seperti Somerset Bay, East India Company, Passages, Emmanuelle, Cape Cod, Zona dan Living Quarters,” ujarnya.


Pitri berkata, CityONE yang terletak di lokasi strategik merupakan akan menjadi destinasi membeli belah terkemuka di Kuching kerana turut dikelilingi kawasan perumahan.





“Kami yakin ramai pelanggan akan berkunjung ke sini dan kita akan memberi perkhidmatan terbaik kepada mereka,” jelasnya.

Jambatan dari Tebingan Kuching ke kampung seberang dibina Mac 2013

KUCHING: Jambatan khas pejalan kaki yang akan menghubungkan Tebingan Kuching dengan kampung-kampung di seberang Sungai Sarawak akan dibina mulai bulan Mac tahun depan.

Menteri Muda Pelancongan Datuk Talib Zulpilip berkata, dengan terbinanya jambatan itu kelak, ia pasti merancakkan kemasukan pelancong tempatan mahupun luar negara ke bandar raya ini.

“Kerja pembinaan akan bermula tahun hadapan iaitu suku pertama kerana reka bentuk dan proses tender telahpun siap dan sekurang-kurangnya dilancar pada tahun depan sempena Ulang Tahun Ke-50 Sarawak dalam penubuhan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika ditanya mengenai perkara itu selepas majlis penyerahan sumbangan kepada ahli keluarga mendiang Marcus Kating yang merupakan kakitangan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di sini, semalam.

“Pembinaan jambatan khas pejalan kaki ini akan dibina pada bulan Mac dan dijangka memakan masa setahun untuk siap.

“Namun, kos belum dapat dipastikan kerana kita masih meneliti keperluan perbelanjaan pembinaan jambatan itu,” katanya.

Pada masa sama, Talib memberitahu pembangunan dan keamanan yang dikecapi Sarawak menjadikan setiap tempat di negeri ini selamat untuk dikunjungi orang luar.

“Kalau kita lihat pembangunan yang akan datang, Kuching akan menjadi sebuah bandar bersejarah yang selesa dan dengan adanya jambatan khas ini, ia mampu menjadi tarikan baharu untuk orang ramai datang ke sini,” ujarnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...