Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Sabtu, 22 Oktober 2011

The Spring Mall


The Spring Mall adalah Pusat Beli Belah terbesar dibandaraya Kuching. Ianya terletak dibahagian Timur bandaraya. Pada mulanya keengganan untuk membuat sebarang posting mengenai Shopping Complex di Kuching akhirnya berubah kerana majority para pelawat amat berminat terutamanya pelancong dari negara jiran iaiu Brunei Darrulsalam untuk ber-shopping di dalam bangunan megah berhawa dingin ini


Mengambil masa selama 20 minit perjalanan sememangnya mudah untuk menjejakkan kaki kesana. 

Ianya tempat favourite bagi penduduk tempatan berkunjung samada untuk menjamu selera, bersantai ataupun berhibur.





Gedung Beli Belah Parkson Grand adalah outlet terbesar didalam The Spring Mall ini. Seperti yang kita telah maklum, Parkson Grand terkenal dengan jualan produk berkualiti dengan harga diskaun.

Bagi penggemar hiburan, level 3 dan 4 adalah tempat wajip untuk dijejakkan kaki kerana terdapatnya sebuah Pawagam Canggih iaitu MBO - Box Office Cinema dan Pusat Karaoke.

Terdapat pelbagai outlet menjamu selera yang disediakan. Big Apple Donuts, Starbucks, Secret Recipe, Kennie Roggers, Pizza Hut & KFC dan berbagai restoran francais ada disini. Bagi penggemar makanan-makanan menu Sarawak silalah menuju ke Food Bazaar dimana beratus menu lazat dari dalam dan luar negeri dijual dengan harga yang berpatutan.

Juga terdapat Watson dan Ta Kiong Supermarket jika mahu membeli toiletries.


kemudahan lain;
ATM dari pelbagai Bank.
Surau
Free Wifi

Sabtu, 15 Oktober 2011

Kopi O Corner

Sudah menjadi kebiasaan dan menjadi satu kemestian bagi pelawat-pelawat dari semenanjung menjamu selera di Kopi O Corner sama ada untuk bersarapan ataupun makan tengahari.
 

Restoran yang buka seawal jam 7pagi ini terletak di jalan Satok dan berhampiran dengan Balai Polis menyajikan pelbagai juadah tempatan terutamanya makan eksotik Sarawak seperti Laksa Sarawak, Mee Kolok, Mee Sapi, Mee Jawa dan macam- macam lagi.




 Beberapa menu popular untuk sarapan pagi. Antaranya adalah Mee Kolok. Mee Kolok merupakan mee yang popular di bandaraya Kuching. Selain dihidangkan secara kering namun menu mee kolok telahpun dipelbagaikan.
Antaranya adalah Mee Kolok Goreng dan Mee Sapi serta Mee Kolok Sup.

Terdapat juga satu menu lama yang telah diinovatifkan iaitu Roti Canai Golong. Digoreng bersama isi ayam atau daging yang disaluti sos lada hitam dan chili bermayonis.


Selain itu menu eksotik lain seperti Laksa Sarawak, Mee Jawa, Nasi Lemak, Satay Sarawak juga ada.
Antara menu sampingan yang lazat adalah Rojak Tambi. Rojak Tambi adalah campuran cucur sayuran serta pelbagai jenis sayuran lain seperti taugeh, mentimun dan sengkuang saerta isi ayam yang dimakan bersama kuah ubi keledek.

Menu tengahari pula adalah yang terbaik. Deretan lauk pauk kampung disajikan beserta ulam-ulaman dihidangkan menanti pelanggan untuk dinikmati.


Lauk pauk kampung seperti umai dan ayam pansuh serta sayur midin menarik perhatian sesiapa sahaja yang datang.

 
Selain daripada Nasi Campur, terdapat beberapa menu makanan tengahari  yang diperkenalkan. Antaranya Nasi Ikan Talapia dan Nasi Ayam Penyet versi Kopi O Corner.


Semestinya kelazatan serta 'Power' sambal penyet menjanjikan kepuasan dihati penggemar makanan pedas.





Sila-silalah berkunjung ke Restoran Kopi O Corner.
Keadaan persekitaran yang bersih menjanjikan kepuasan pengunjung yang datang menjamu selera.

Saya jamin menu-menu yang disediakan InsyaAllah menepati selera 1 Malaysia.

Terima Kasih kerana membaca..



Rabu, 7 September 2011

My Village Barok Lodge

 Kepada pengunjung yang sukakan suasana semulajadi  dan sentuhan kepulauan Borneo, pemilik tempat menjamu selera Barok Bistro menyediakan pakej penginapan yang istimewa kepada pelancong yang berminat.


Terletak diperkampungan Melayu dan besebelahan dengan Surau untuk kemudahan pelanggan menunaikan solat. Selain itu Barok Homestay ini juga amat dekat dengat persisiran Kuching Waterfront. Pelancong boleh menaiki perahu tambang yang berdekatan menuju keseberang.


Kadar pakej yang berpatutan serendah RM60 untuk single bed dan RM80 untuk double bed serta RM150 untuk Family Room (2 double bed + 1 single bed)


Setiap bilik dilengkapi
1. kemudahan penghawa dingin serta dekorasi etnik.
2. bilik mandi yang lengkap dengan alat pemanas air.
3. water dispenser untuk membuat kopi dan teh.
4. sarapan pagi percuma (kuih muih traditional Sarawak , nasi lemak dan sebagainya)
5. peti keselamatan untuk simpan barangan beharga.
6. kemudahan internet.
7. satelite TV.
8. kemudahan gym
9. bicycle ride
Setiap pelanggan akan diberi 10% diskaun untuk Makan Malam di Barok Bistro.

Sila hubungi Tuan Sofian Japar 0143957576

Isnin, 29 Ogos 2011

Selamat Hari Raya 2011

Di kesempatan ini Zamtransportation mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada pelanggan-pelanggan serta pembaca-pembaca laman blog Zamtransportation. Jika ada tersalah kata terlanjur bicara, Zamtransportation sepenuh hati menyusun jari memohon ampun dan maaf. 


Zamtransportation mendoakan agar anda semua bergembira menyambut Hari Raya.!!  
Maaf Zahir Batin...

Isnin, 18 Julai 2011

Oven Kek Lapis Sarawak


Kek Lapis Sarawak merupakan Kraftangan Sarawak yang popular. Keenakkan Kek Lapis Sarawak sememangnya tiada tandingan dan tak hairan jika ramai yang berminat untuk belajar cara-cara membuat serta membuka perniagaan Kek Lapis Sarawak di Semenanjung.

Bagi mereka yang gemar untuk membuat ataupun baru menceburi perniagaan Kek Lapis Sarawak, Oven Kek Lapis Sarawak yang diimport dari Indonesia ini sememangnya wajip dimiliki. Ianya mudah digunakan dan bagus dari segi penjimatan kos. Sistem pembakaran dalaman yang sempurna menjadikan tekstur Kek tampak cantik, rata dan tahan lebih lama.

Selain daripada membakar Kek Lapis, Oven ini juga amat sesuai untuk membakar Biskut Raya, Roti, Pizza dan macam-macam lagi.

OKLSM



Terdapat 2 saiz.

OKLSM
Panjang - 24", 
Lebar - 17", Tinggi - 22"
Boleh muat 2 loyang 9" x 9" di setiap tingkat

RM750 (harga termasuk kos penghantaran seluruh Malaysia)

OKLSL








OKLSLPanjang - 28",
Lebar - 22", Tinggi - 28"
Boleh muat 4 loyang 8"x8"
di setiap tingkat

RM850 (harga termasuk kos penghantaran seluruh Malaysia)








Cara-cara menggunakan Oven Kek Lapis Sarawak.

1. Sambungkan kepala tong gas menggunakan paip getah yang sah. (SIRIM). Kepala tong gas ini boleh didapati di kedai menjual alatan dapur.
kepala tong gas (approved SIRIM)
2. Pusingkan Tombol kepala gas sedikit untuk menghidupkan api.

3.Hidupkan api menggunakan pemetik api. Terdapat berjenis pemetik api yang sesuai. Gunakan pemetik api yang berjenis panjang jika perlu.
Pemetik Api
4. Adjustkan kebesaran api mengikut kesesuaian resepi.

Nota kaki: untuk pertama kali menghidupkan api, oven ini akan mengeluarkan asap sedikit. Jangan risau kerana ini adalah normal.



Prosedur pembelian;
  1. Buat bayaran ke Akaun RHB  1111-6400-10-0420 (atas nama pemilik Mohd Zambri Bin Apen)
  2. SMS ke no hp saya iaitu 0168620967 jika sudah membuat bayaran (saya akan check secara online)
  3. SMS alamat penghantaran dan no hp penerima.
  4. Oven akan sampai selama 4 hari bekerja

Secara jujurnya, setelah saya menerima bayaran tempahan, setiap oven yang saya jual akan diperiksa  (test) terlebih dahulu untuk memastikan ianya dalam keadaan baik.  
Oleh itu 1 hari  diperlukan dan oven akan di poskan pada hari bekerja yang berikutnya dan akan sampai kedestinasi dalam masa 3 hari.

Pembelian oven yang menggunakan perkhidmatan courier tidak akan diberikan sebarang jaminan gantirugi.
Jika oven yang diterima telah rosak maka secara automatiknya di bawah tanggungan pihak Network Express Courier.
 

Untuk tempahan, sila hubungi saya Mohd Zambri ditalian 0168620967  atau isi butiran anda dibawah untuk saya hubungi nanti. 

Isnin, 6 Jun 2011

Promosi Jun 2011

Kepada pelanggan -pelanggan yang dihormati, dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Zamtransportation menawarkan harga istimewa bermula 7 hingga 21 Jun 2011.

Kadar harga promosi adalah untuk Kereta Persiaran sahaja.

Sabtu, 28 Mei 2011

Station






Kepada golongan golongan muda yang bertandang ke Kuching, Station merupakan tempat yang paling sesuai untuk beriadah pada waktu malam. Ianya terletak berdekatan Kuching Waterfront di dalam bangunan Medan Pelita..Merupakan tempat makan yang juga tempat untuk berhibur. pelanggan boleh memilih untuk duduk di halaman (untuk perokok) ataupun duduk didalam dewan berhawa dingin. Servis Wifi juga ada di sini.







Pelanggan akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Live Band jemputan dari negara seberang dan juga tempatan. Lagu lagu yang dipersembahkan adalah lagu lagu terkini dan sesuai untuk jiwa jiwa muda yang sukakan hiburan tanpa henti.






Dari segi menu pula, hidangan Western adalah menu utama di Station. Harganya pula amat bersesuaian dengan kemudahan yang diberikan.

























Jangan ketinggalan untuk menonton wayang disini sebab Star Cineplex berada di tingkat atas bangunan Medan Pelita.

Baba Ganoush






Restoran Baba Ganoush ni terletak di kawasan Pending, Kuching. restoran ni pernah dikunjungi oleh Maria Tengku Sabri yang buat liputan dalam rancangan JJCM oleh TV3,

Restoran yang berhawa dingin ni sesuai untuk mereka yang mementingkan keselesaan. Menu yang pelbagai termasuk makan laut, makanan Cina, India dan sebagainya. Midin masak belacan menjadi menu kegemaran pengunjung. Harga juga bersesuaian dengan keselesaan yang diberikan. servis ala-ala hotel.

Buka setiap hari dari jam 10pagi hingga 9 malam.

BABA GANOUSH, Kuching
Yoshi Square Parcel A2-1, A3-1, Lot 67, Section 66,
KTLD, Jalan Pending Industrial Estate, 93450 Kuching, Sarawak.
Tel :082-481121
Fax :082-481121

Benteng





Benteng ni terletak di jalan Satok. Memang terkenal dengan pilihan menu yang pelbagai. Disini terdapat puluhan gerai gerai makanan dan minuman yang menepati selera pengunjungnya. Kepada sesiapa yang nak rasa keenakan Mee Kolok Sarawak boleh lah berkunjung ke sini. Ayam Panggang Madu, Satay Sarawak, Nasi Goreng Enjin, Nasi Goreng Hailam, Sotong Bakar menjadi tarikan pengunjung. Benteng ni buka setiap malam seawal jam 6 ptg hingga12 tengahmalam. Ada juga gerai yang beroperasi hingga ke awal pagi. Harga yang ditawarkan juga amatlah berpatutan. Mee Kolok sarawak misalnya dijual dengan harga RM3.50. Ayam Panggang Madu RM14 seekor.

Perhatian.
Benteng telah dipindahkan ke tempat baru iaitu berdekatan dengan Medan Niaga Satok dan Kubah Ria.
 

Bukhari Cafe Satok




Bukhari Cafe amat terkenal dengan keenakan nasi beriani. Bukhari Cafe terletak di jalan satok berhampiran flyover. Satu satunya Restoran India Muslim yang popular di Kuching kerana keenakan nasi beriani nya. Memang dijamin lazat dan puashati. kalau nak ke restoran ni mesti pegi awal sebab selalunya nasi beriani memang akan habis menjelang petang. Menu makanan lain juga pelbagai, seperti roti canai. Kira macam restoran mamak lah.

Buka setiap hari kecuali hari Ahad dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...