Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Isnin, 25 April 2011

Gerai Gambir Sarawak


Gambir Sarawak ialah sejenis tumbuhan yang dihasilkan dari getah kayu pokok gambir yang banyak terdapat di dalam hutan Negeri Sarawak, Malaysia. Ia juga dikenali dengan nama Born, Gambier, Borneo Cat's claw, Una de Gato dan Kerangas. Ia diperolehi di dalam hutan tebal di kawasan pendalaman di bahagian Long Panai, Marudi, Sarawak. Keberkesanan Gambir Sarawak memang telah diketahui berabad lamanya khususnya bagi penduduk-penduduk di Negeri Sarawak.

Penggunaan Gambir Sarawak secara meluas telah menular ke semua negeri di Semenanjung Malaysia malah ke beberapa negara jiran seperti Indonesia, Brunei dan Singapura. Kesan dari penggunaan telah terbukti memberikan hasil yang luar biasa dan lebih murah berbanding ubat moden yang menelan belanja yang tinggi.

1- Gambir Sarawak sangat berkesan untuk melegakan sakit gigi. Cara penggunaan yang mudah dengan hanya menghancurkan gambir hingga menjadi habuk yang halus lalu diletakkan di dalam gigi geraham yang berlubang. Kira-kira 5 minit selepas itu gigi akan berasa berdenyut-denyut dan kesakitan gigi akan beransur hilang sedikit demi sedikit.

2- Gambir Sarawak juga boleh digunakan untuk kanak-kanak berkhatan.
Kaedah penggunaanya ialah dengan cara menghancurkan gambir tersebut sehingga halus lalu dibancuh dengan sedikit air dan disapukan pada kemaluan kanak-kanak tersebut. Kesan dari penggunaan gambir ini ia boleh menjadi kebas dan tahan sakit. Fungsinya hampir sama seperti ubat bius tetapi penggunaan gambir Sarawak ini agak memanaskan apabila terkena pada bahagian kulit.

3-Selain itu juga Gambir Sarawak ini boleh digunakan untuk melegakan sakit sementara sebelum di bawa ke hospital seperti terkena gigitan binatang yang berbisa seperti ular, kala jengking atau sengat ikan seperti ikan keli, ikan sembilang dan sebagainya. Bagi masyarakat pendalaman di negeri Borneo ini mereka menggunakan gambir Sarawak untuk menghilangkan rasa sakit ketika membuat lubang telinga (bertindik). Kaedah ini sama seperti ubat bius iaitu untuk mengurangkan rasa sakit ketika proses menindik dilakukan.

4- Populariti gambir Sarawak mula naik apabila penggunaan gambir ini amat berkesan bagi pasangan suami isteri dalam melakukan hubungan intim. Ramai kaum lelaki yang mencari gambir Sarawak ini di pasaran semata-mata untuk memberi kepuasan kepada pasangan mereka di dalam melakukan hubungan intim.

Gambir Sarawak mendapat sambutan yang hangat namun tiada penjualan secara komersil besar-besaran. Kebanyakkan peniaga kecil menjual produk ini di pasar malam, kaki lima, gerai kecil di tepi jalan. Antara lokasi utama penjaja Gambir Sarawak adalah India Street , China Street dan Main Bazaar. Oleh kerana perniagaan ini diusahakan secara kecil-kecilan maka lokasi penjaja sentiasa berubah-ubah mengikut permintaan pelanggan.





Kepada sesiapa yang mahu membeli Gambir Sarawak secara Pos, sila hubungi.

No Hp: 0168620967
email: zambriapen@gmail.com

Rabu, 13 April 2011

Pengumuman







Pelancong Malaysia yang bukan berasal dari Sarawak yang nak beli tiket kena beli harga RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun. Kadar harga tersebut adalah sama dengan pelancong luar negara.



Untuk membeli tiket, sila buat tempahan awal sebab kemasukkan penumpang adalah terhad. Jika tempahan dalam kuantiti yang banyak  saya akan cuba usaha minta diskaun dari Pihak Pengurusan

Rabu, 16 Februari 2011

Dolphin di Permai Rainforest Resort

Permai Rainforest adalah tempat terbaik untuk melihat ikan lumba-lumba, khususnya di Santubong, Salak dan muara sungai Buntal. Ikan lumba-lumba jenis Irrawaddy, atau lumba-lumba snubfin mudah ditemui dalam muara dan kawasan pantai cetek, bergantung kepada pasang surut air laut.

Perjalanan menuju ke Permai Rainforest Resort memakan masa hampir 1jam perjalanan dari pusat bandaraya dan kena naik bot ke pulau Satang. Pihak pengurusan mengenakan bayaran sebanyak RM170 untuk seorang. Trip pula start seawal jam 9 pagi hingga 1 tengahari. Untuk tempahan sila hubungi pihak pengurusan 082-846490
Maklumat lanjut mengenai aktiviti ini bolehlah menghantar e-mel ke mns.santubong@gmail.com atau dengan melayari laman web http://mnskuching.blogspot.com.

Bot Persiaran boleh ditempah dengan menghubungi
CPH Travel Agencies
Tel 082-846490

Branch at Holiday inn Resort Damai Lagoon Tel: 082-846618

Isnin, 14 Februari 2011

Pengumuman



Harga 6 jam Tour (termasuk upah pemandu dan kos petrol) akan dinaikkan berikutan faktor semasa berkuatkuasa pada hari ini 14 Feb 2011.

Kepada pelanggan yang telah membuat tempahan awal, harga adalah seperti didalam sebutharga semasa.

Terima Kasih atas sokongan anda.







* 9 pagi hingga 9 malam (12 jam Tour) = RM280
    * 9 pagi hingga 6 petang (9 jam Tour)  = RM250
    * 9 pagi hingga 3 petang (6 jam Tour) =  RM180 RM200
    * Transfer dari Airport ke Hotel (sekitar bandaraya) = RM40
    * Transfer dari Airport ke Santubong/Damai = RM120

Khamis, 30 Disember 2010

Perahu Tambang



Kepada pengunjung yang teringin menaiki perahu tambang boleh lah datang ke Tebingan Kuching.

Terdapat beberapa buah jeti berada di sepanjang tebingan. Ke semua jeti mempunyai destinasi masing-masing.  Penggunaan perahu tambang sebagai pengangkutan awam masih lagi menjadi keperluan harian penduduk sekitar.

Penduduk-penduduk kampung seberang seperti Kampung Sungai Bedil dan Kampung Lintang terutama pelajar sekolah menjadikan perahu tambang sebagai rutin perjalanan mereka.

Ianya menjimatkan masa berbanding menggunakan kereta. Hanya 15 minit masa diperlukan untuk sampai ke seberang. Kadar tambang pula adalah RM0.50 sahaja pada siang hari dan RM1.00 pada waktu malam. Jika mempunyai masa terluang pada waktu siang dan berada di sekitar Kuching Waterfront, pengunjung bolehlah menyeberangi Sungai Sarawak menuju ke Kilang Kek Lapis Sarawak yang berdekatan. Terdapat juga peniaga-peniaga kecil yang menjual produk kraftangan tempatan. Banyak juga deretan-deretan gerai makanan tersusun disini. 



Pada malamnya pula, pengunjung akan dapat menikmati suasana angin malam menuju ke tempat makan popular di Kampung Boyan iaitu Barok Bistro dan Permaidani Kampung.  Anda boleh pilih untuk menikmati juadah di tempat tertutup ataupun dibawah cahaya bulan di tepi sungai. Kawasan persisiran kampung yang telah dinaiktaraf oleh kerajaan kini menjanjikan riadah yang selesa seterusnya meningkatkan industri perlancongan dan ekonomi semua pihak.



Selain itu juga pengunjung berkesempatan menjejakkan kaki serta mengambil foto dari jarak dekat di kediaman Rasmi Yang Di Pertua Negeri Sarawak iaitu ASTANA dan Kubu Pertahanan Fort Magherita yang kini dijadikan sebagai Muzium Polis


Ahad, 26 Disember 2010

Rumah Panjang Anah Rais



Dari Kuching ke Anah Rais mengambil masa 1 jam 45 minit perjalanan. Ianya terletak kira-kira 45 kilometer dari pusat bandaraya Kuching. Rumah panjang ini merupakan yang tertua kira-kira dah lebih 200 tahun.

Kalau nak ke sini jangan lah pakai kasut tumit tinggi.Di Rumah panjang Anah Rais ni ada lebih kurang 150 buah rumah dengan penghuni lebih kurang 350-400 orang. Hidup mereka memang aman. Pelancong luar negeri suka datang ke sini untuk merasai cara hidup yang berlainan. Kehidupan disini masih lagi kekal dengan nilai-nilai tradisional. Mereka masih lagi memburu, bertani, memancing dan membuat barang kraf dan manik. Jangan tak tahu disini pun ada disediakan 'homestay'.


Menjadi kebiasaan di Rumah Panjang mereka menyambut ketibaan tetamu dengan memberi minuman tuak. Walaupun kita tak minum tetapi ada cara untuk menolaknya.

Pengunjung yang tak boleh minum hanya diminta menghormati amalan itu dengan sekadar meletakkan hujung jari di bibir cawan dan menyentuh bibir mulut. Biasaanya tetamu yang datang akan disambut dengan adat tradisi iaitu bunyi-bunyian dan persembahan tarian.


Banyak deretan rumah dan didepannya terhampar tikar Sarawak yang digunakan untuk duduk-duduk dan menjemur padi.

Teruja juga dapat melihat sendiri lada hitam yang baru dipetik. Hijau warnanya. Pokok lada yang dapat dilihat ditanam dilereng-lereng bukit adalah jenis memanjat. Bila ada pelancong yang datang, akan datanglah seorang makcik yang akan jual gelang yang dibuat daripada rotan. Cantik dan murah harga. Bolehlah beli cenderahati untuk kawan kawan.

Bayaran Masuk;
RM8.00 dewasa
RM4.00 kanak-kanak

Kuching Waterfront



Kuching Waterfront adalah destinasi wajip lawat sekiranya anda melancong ke Kuching. Di sini pelancong boleh berjalan-jalan menyusuri tebingan Sungai Sarawak. Kuching Waterfront boleh dilawati seawal jam 10 pagi hingga 12 malam setiap hari. Pada waktu siang terdapat banyak gerai cenderamata dan aktiviti rekreasi yang disediakan. Pada waktu malam nya pula tepat jam 8 malam akan diadakan pertunjukkan air pancut yang berwarna warni diiringi alunan muzik moden dan tradisional seolah-olah menikmati tarian air.





Perahu-perahu kecil juga boleh di-carter di sini. Sememangnya Kuching Waterfront adalah tempat wajip lawat bagi semua pelancong pada waktu siang mahupun malam.









Terdapat sebuah cafe bernama James Brooke Bistro Cafe yang buka seawal petang hingga jam 11 malam yang menyediakan pelbagai jenis makanan delicacy tempatan dan juga Barat. Namun harga di sini agak mahal berbanding tempat tempat lain kerana ia kawasan tumpuan pelancong asing.





Di sekitar Waterfront ini juga ada terjual barang kraftangan dan cenderamata seperti pua kumbu, tikar rotan dan macam- macam lagi. Anda juga boleh membeli beranika Kek Lapis Sarawak dan bermacam lagi kerepek tradisional.

Mengabadikan kenangan indah bergambar dengan Maskot bandaraya Kuching..

Jumaat, 24 Disember 2010

Kucing Statue






Kebiasaannya, pelawat-pelawat amat suka untuk mengabadikan kenangan bergambar bersama Kucing Statue. Terdapat 2 lokasi Kuching Statue di tengah bandaraya Kuching. Tidak kira siang atau malam ada saja pelawat yang datang memotretkan kenangan mereka.


Pemandangan waktu malam adalah yang terbaik kerana di hiasi dengan suluhan spotlight menerangi dari sudut yang berbeza. Berlatar belakangkan 3 penjuru Shopping Kompleks utama serta beberapa bangunan pencakar langit kebanggaan penduduk bandaraya Kuching.

Tidak perlu risau tentang traffik yang sibuk kerana disediakan 3 lintasan pejalan kaki berlampu isyarat yang menghubungkan pengguna dari arah yang berbeza. Syabas untuk DBKU (Dewan Bandaraya Kuching Utara) di atas keperihatinan menjaga keselamatan semua pihak.

Kuching Siam Statue ini di bina oleh MBKS ( Majlis Bandaraya Kuching Selatan) tidak kurang hebatnya. Walaupun cuma seekor namun tetap menjadi tarikkan pengunjung untuk datang.

Ahad, 19 Disember 2010

Kubah National Park




Kubah National Park terletak 1 jam perjalanan menggunakan kenderaan darat. Terletak di hujung jalan Matang - Kuching di puncak. Terdapat pelbagai spesis flora dan fauna untuk penggemar dan pencinta alam semulajadi. kemudahan penginapan Chalet juga ada di sediakan.Kubah National Park berkeluasan 2230 hektar dirasmikan pada tahun 1996.Binatang liar juga ada dipamerkan (dalam sangkar)


Animal Feeding Times:

Orang Utan: 9 am daily
Hornbills: 8.30 and 3 pm daily
Sambar deer: 9 am and 3 pm daily
Crocodiles: 2.30 pm every Sunday

Jangan lupa untuk bawa pakaian mandi. (ada waterfall)

India Street Kuching





Bandaraya Kuching juga mempunyai Lebuh India seperti di Semenanjung. Terletak berdekatan dengan Kuching Waterfront. Boleh dilawati pada waktu siang sahaja (8 pagi ~5ptg).









 Hari sabtu merupakan hari paling sibuk di India Street. Berbagai macam barang ada di sini. Anda boleh menawar harga pada harga yang lebih murah. Kedai kain/tekstil banyak di sini. harga sememangnya berpatutan dan anda semestinya berpuashati dengan pilihan yang ada.



Koleksi tudung memang menjadi perhatian banyak pengunjung. Kedai-kedai kasut, cenderamata, sandal, baju melayu dan koleksi rantai tangan serta kain kain ela menggamit perasaan.Terdapat juga gerai-gerai kecil di kaki lima menjual barang perhiasan seperti kalung kristal dan hasil kraftangan tempatan.

Terdapat sebuah Masjid India di tengah-tengah India Street. Silalah bertanya dengan orang-orang sekeliling anda jika perlu.

Jika lapar atau haus, terdapat beberapa deretan restoran Mamak tersedia menanti anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...