Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Ahad, 24 Mei 2009

Main Bazaar Kuching









Main Bazaar adalah tempat popular di Kuching. Terletak berdekatan Kuching Waterfront. Merupakan deretan kedai kaki lima yang menjual barang-barang perhiasan dan kraftangan buatan tempatan. Untuk anda yang hendak membeli cenderahati sebagai buah tangan dari Sarawak, Main Bazaar adalah jawapannya. Terdapat banyak pilihan jenis cenderahati yang murah dan boleh dibeli secara pukal. Barang- barang seperti Pua Kumbu, T- Shirt Sarawak, Pasu Sarawak, Kek Lapis Sarawak, Kraftangan Rotan dan Tikar yang bermacam jenis selalunya menjadi tarikan pengunjung yang datang.
Main Bazaar dibuka pada setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Sabtu, 9 Mei 2009

Ikan Terubuk Satok Market




Antara tempat menarik di Bandaraya Kuching yang popular  ialah Ikan Terubuk Masin di Satok Market. Yang ini memang tak dapat jumpa kat mana- mana tempat lain selain di Kuching. Ikan terubuk masin ni special sebab garam yg digunakan tu special. Bukan guna garam biasa yang katanya harga garam ni pun lebih mahal.
Kenapa org suggest nak beli ikan terubuk masin kat Pasar Satok ni adalah kerana kita boleh dapat harga yang jauh lebih murah dari tempat lain. Boleh dapat harga yang dia tulis RM18 seekor tu dengan harga RM9. Setiap pelanggan akan diberikan layanan istimewa dari segi cara penyimpanan atau tips berharga. Ikan yang dibeli akan dikotakkan untuk memudahkan pembeli membawa kemana sahaja.

Buka setiap hari.. malam jer takde..

masuk adalah percuma

Isnin, 4 Mei 2009

Top Spot Food Court





Top Spot terletak berhampiran Kuching Waterfront .
Beroperasi dari pukul 6 petang hingga 12 malam setiap hari. Terdapat berbagai menu istimewa di sajikan menjadi perhatian pengunjung. Anda boleh memilih jenis makanan seafood yang anda suka.

Faktor utama Top Spot terkenal kat sini adalah kerana kesegaran bahan mentahnya. Kebiasaannya pengunjung dibiarkan menimbang kuantiti bahan bahan mentah yang hendak dimasak mengikut selera pengunjung. Sayur sayuran ekzotik yang popular di Kuching seperti sayur midin memang mudah didapati disini. Anda boleh minta tukang kedai untuk masak dalam apa jua resepi popular seperti masak belacan ataupun masak cili.







Contoh harga untuk ikan bawal masak steam = jika sekilo ikan bawal dijual dengan harga RM40 sekilo dan anda hanya mahu ikan bawal yang kecil saiznya yang berat hanya 250gram, anda akan dicharge RM10 sahaja. Ianya termasuk upah dan bahan masakan. Begitu juga dengan sayur sayuran. Ianya di jual dengan harga complete dengan masakan. Dengan itu pembeli boleh berbelanja dengan bijak.







Harga yang ditawarkan juga berpatutan bersesuaian dengan kemudahan persekitaran terbuka yang segar dan nyaman.

Sabtu, 2 Mei 2009

India Street Kuching




Bandaraya Kuching juga mempunyai Lebuh India seperti di Semenanjung. Terletak berdekatan dengan Kuching Watterfront. Boleh dilawati pada waktu siang sahaja (8 pagi ~5ptg). Hari sabtu merupakan hari paling sibuk di India Street. Berbagai macam barang ada di sini. Anda boleh menawar harga pada harga yang lebih murah. Kedai kain/tekstil banyak di sini. harga sememangnya berpatutan dan anda semestinya berpuashati dengan pilihan yang ada. Koleksi tudung memang menjadi perhatian banyak pengunjung. Kedai-kedai kasut, cenderamata, sandal, baju melayu dan koleksi rantai tangan serta kain kain ela menggamit perasaan.Terdapat juga gerai-gerai kecil di kaki lima menjual barang perhiasan seperti kalung kristal dan hasil kraftangan tempatan. Jika lapar atau haus, terdapat beberapa deretan restoran Mamak tersedia menanti anda.

Khamis, 16 April 2009

Kilang Kek Lapis Sarawak



Terdapat beberapa pengusaha Kek Lapis kat Kampong Boyan ni. Kilang Pengusaha Kek Lapis hanya 20 minit perjalanan menggunakan kenderaan darat. Anda juga boleh ke sini menggunakan sampan dengan menyeberangi Sungai Sarawak.Kat kilang ni ada aircond lagi untuk keselesaan kita memilih. Anda pastinya akan terkejut besar bila tengok deretan kek yang berpuluh jenis tersusun nuntuk anda pilih. Selain terkejut, anda juga mungkin blur sekejap sebab anda keliru untuk pilih kek apa yang patut anda rasa. Jangan khuathir.. kerusi disediakan untuk anda menikmati sampel kek..

Ingat! jangan gelojoh.. takde air.. nanti tercekik.. haa haa haa.


Anda akan diberikan layanan istimewa oleh pengusaha kilang dari segi nasihat dan tunjuk ajar mengenai kek. Pastinya pengunjung akan terpegun melihat deretan susunan kek yang menanti untuk dibeli. Anda juga peluang melihat cara cara bagaimana kek lapis dibuat. Waktu sesuai untuk melawat adalah pada setiap hari waktu petang.
Berpuluhbe-puluh jenis kek lapis tersedia untuk anda pilih. Tapi saya bagi 5 bintang untuk kek lapis Blueberry. Rasanya yang sedap memang pun berbaloi dibeli..











Bayaran Masuk;
Percuma

Jumaat, 10 April 2009

Kubah National Park




Kubah National Park terletak 1 jam perjalanan menggunakan kenderaan darat. Terletak di hujung jalan Matang - Kuching di puncak. Terdapat pelbagai spesis flora dan fauna untuk penggemar dan pencinta alam semulajadi. kemudahan penginapan Chalet juga ada di sediakan.
Kubah National Park berkeluasan 2230 hektar dirasmikan pada tahun 1996.
Binatang liar juga ada dipamerkan (dalam sangkar)
Animal Feeding Times:


Orang Utan: 9 am daily
Hornbills: 8.30 and 3 pm daily
Sambar deer: 9 am and 3 pm daily
Crocodiles: 2.30 pm every Sunday


Jangan lupa untuk bawa pakaian mandi. (ada waterfall)

Sabtu, 21 Mac 2009

Barok Bistro






Antara tempat best untuk makan.. JALAN JALAN CARI MAKAN (JJCM) dah terjah dah sini.. memang best giler.. ambil set RM145 for 6 pax..
Restoran Barok.. leh naik sampan jer dari waterfront. (tambang sampan RM0.30 jer)


Barok Bistro merupakan tempat menjamu selera paling pupular di Kuching. Terletak hanya di seberang Kuching Waterfront. Pelawat boleh menaiki perahu tambang untuk kesana ataupun menggunakan jalan darat jika takut menaiki perahu.
Persekitaran yang nyaman dan tenang seolah-olah meng'welcome' kan tetamu yang berkunjung.
Terdapat pelbagai menu bersesuaian dengan selera penggemar-penggemar makanan tempatan. Antara menu popular kat sini adalah;
-Mee kolok Sarawak
-Nasi Ayam Penyet
-Nasi Goreng Enjen
-Tom Yam
-Ikan Bakar
-Nasi Ayam Paprik


Bagi pengunjung yang ramai, terdapat beberapa pakej makan yang ditawarkan.
Pakej makan serendah RM145 untuk 6 orang dan RM245 untuk 10 orang


Pakej yang terdiri daripada 5 menu utama;


Sup (Tom Yam. Sup Sayur, Sup Ayam)
Ikan (Masak 3 rasa, Masak Stim, Masak Sos dan sebagainya)
Sotong (goreng tepung, masak cili, masak kicap dan sebagainya)
Udang (masak butter, masak cili, masak kicap dan sebagainya)
Sayur (midin masak belacan, sayur campur)
Dan Se-Jug Air sirap Oren ataupun Ros


Buka se-awal pukul 7 malam hingga 12 tengahmalam setiap hari
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...