Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Sabtu, 28 Mei 2011

Nasi Ayam Penyet Raja





Kat Kuching ni ada special menu dari Indonesia iaitu Nasi Ayam Penyet ataupun Nasi Lelapan. Nasi Ayam Penyet ni memang sedap. Ayam nya dipanggang/goreng dan ada sambal cecah ulam lagi.
Banyak kedai dan restoran kat Kuching yang jual nasi ni.. Memang popular lah..

Antara kedai Nasi Ayam Penyet popular adalah cawangan yang berdekatan dengan Kopi O Corner. Kat area Padungan pun ada juga (bersebelahan dengan Pejabat Air Asia). Kat sini memang rasanya sedap dan power. Cawangan Padungan ini buka setiap hari, buka seawal jam, 10 pagi dan tutup pada jam 3 pagi.

Tempat tempat lain pun ok juga seperti Nasi Ayam Penyet Ratu yang terletak di kawasan Matang. Satay Ceko Cafe. Lain kedai lainlah resipinya kan?.. Boleh cuba semua kalau nak.


Mengenai harga nya pula ada mahal lah sikit, bergantung pada saiz ayam tu.. Ada kedai yang jual RM6 dan ada juga yang sampai RM8 sepinggan. Tapi memang puas hati lah.. sedap... rugi kalau tak cuba..

Selera Asam Payak





Restoran Selera Asam Payak ni terletak di jalan Satok. Restoran berhawa dingin ni berdekatan dengan Wisma Satok Shopping Kompleks. Restoran ni ada kelainan sikit. Sesiapa yang minat makan makanan yang masam dan pedas seperti Tom Yam dan Umai bolehlah datang ke sini. harga juga berpatutan bersesuaian dengan keselesaan yang diberikan.

Pelbagai menu;
- asam (sour curry) of stingray,
- chicken curry,
- buah kendung pickle (somewhat like green mango, marinated in hot spices)
- daging masak hitam (spicy-sweet beef in dark soya sauce), and
- stir-fried vegetables.
- crunchy tempeh with ikan bilis (small fish like whitebait) and peanuts (all deep-fried with sugar),
- rendang (spicy beef cooked with coconut milk and dessicated coconut), and
- stir-fried ladies fingers (okra).

Restoran ni di buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Seri Pinang Sari Cafe






Seri Pinang Sari Cafe juga dikenali sebagai Kedai Mee Hj Salleh. Terletak dijalan satok. Terkenal dengan Mee Sapi nya yang sedap sangat. Mee Sapi ni ala-ala adik beradik Mee Kolok lah, tak jauh beza rupa. Mee yang digunakan pun sama jer. Kat sini merupakan tempat makan popular orang tempatan. Mee Sapi kat sini adalah yang paling sedap pernah saya rasa.
Buka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 5 petang.

Trivoli Garden














Satu lagi tempat makan best yang sesuai sangat kalau pegi waktu malam iaitu Trivoli Garden. Terletak di jalan Astana dikawasan Petra Jaya. Tempat menjamu selera yang bertemakan taman. Siap dengan air terjun buatan dan bunyi serangga serta katak lagi. Pemandangannya yang cantik membuatkan pengunjung tak jemu untuk bertandang kat sini. Lanskap yang cantik seolah olah anda berada didalam taman rekreasi sebenar. Dilengkapi projektor dan sistem audio yang sesuai untuk mereka mereka yang suka lepak sambil menonton tv ataupun menonton bolasepak. Pilihan menu juga amat pelbagai untuk anda pilih dari 'western food' hinggalah makan ala-ala kampung . Harga juga berpatutan bersesuaian dengan kemudahan yang ada.

Buka setiap malam bermula 6 petang hingga 1 tengahmalam.

Khamis, 19 Mei 2011

Taman Sahabat




Taman Sahabat terletak diJalan Song, kira-kira 30 minit perjalanan dari pusat bandaraya. Terdapat Replika Gergasi Laksamana Zheng He yang pada sejarahnya telah mengetuai Ekspedisi Pelayaran Pertama daripada tujuh pelayaran pada 1405~1433 ke Asia Tenggara.



Taman Sahabat dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak pada 18.5.2006. Taman unik ini adalah hasil hubungan erat diantara Bandaraya Kuching dan Kunming City of China. Dengan itu Taman Sahabat menjadi tarikkan popular dikalangan penduduk tempatan dan pelancong asing.





Dewan Suarah Kuching






Ramai pelawat yang bercuti ke Kuching berminat untuk menjejakkan kaki ke Dewan Suarah Kuching. Dewan Suarah yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuching membolehkan pengunjung naik ke menara untuk menikmati pemandangan serta kesibukan bandaraya Kuching. Terdapat juga Planetatrium di tingkat bawah yang menyediakan informasi berkaitan angkasa lepas kepada pengunjung.









Orang ramai berpeluang untuk menyaksikan sains dan rekacipta yang akan berlangsung terus dari tapak astronomi ini!  Sekiranya cuaca mengizinkan mungkin berpeluang meneropong sunspot pada matahari, bintang gergasi di alam bima sakti kita!






Civic Centre
Jalan Taman Budaya
Tel: 082 415806
Admission: RM2.00

Isnin, 25 April 2011

Gerai Gambir Sarawak


Gambir Sarawak ialah sejenis tumbuhan yang dihasilkan dari getah kayu pokok gambir yang banyak terdapat di dalam hutan Negeri Sarawak, Malaysia. Ia juga dikenali dengan nama Born, Gambier, Borneo Cat's claw, Una de Gato dan Kerangas. Ia diperolehi di dalam hutan tebal di kawasan pendalaman di bahagian Long Panai, Marudi, Sarawak. Keberkesanan Gambir Sarawak memang telah diketahui berabad lamanya khususnya bagi penduduk-penduduk di Negeri Sarawak.

Penggunaan Gambir Sarawak secara meluas telah menular ke semua negeri di Semenanjung Malaysia malah ke beberapa negara jiran seperti Indonesia, Brunei dan Singapura. Kesan dari penggunaan telah terbukti memberikan hasil yang luar biasa dan lebih murah berbanding ubat moden yang menelan belanja yang tinggi.

1- Gambir Sarawak sangat berkesan untuk melegakan sakit gigi. Cara penggunaan yang mudah dengan hanya menghancurkan gambir hingga menjadi habuk yang halus lalu diletakkan di dalam gigi geraham yang berlubang. Kira-kira 5 minit selepas itu gigi akan berasa berdenyut-denyut dan kesakitan gigi akan beransur hilang sedikit demi sedikit.

2- Gambir Sarawak juga boleh digunakan untuk kanak-kanak berkhatan.
Kaedah penggunaanya ialah dengan cara menghancurkan gambir tersebut sehingga halus lalu dibancuh dengan sedikit air dan disapukan pada kemaluan kanak-kanak tersebut. Kesan dari penggunaan gambir ini ia boleh menjadi kebas dan tahan sakit. Fungsinya hampir sama seperti ubat bius tetapi penggunaan gambir Sarawak ini agak memanaskan apabila terkena pada bahagian kulit.

3-Selain itu juga Gambir Sarawak ini boleh digunakan untuk melegakan sakit sementara sebelum di bawa ke hospital seperti terkena gigitan binatang yang berbisa seperti ular, kala jengking atau sengat ikan seperti ikan keli, ikan sembilang dan sebagainya. Bagi masyarakat pendalaman di negeri Borneo ini mereka menggunakan gambir Sarawak untuk menghilangkan rasa sakit ketika membuat lubang telinga (bertindik). Kaedah ini sama seperti ubat bius iaitu untuk mengurangkan rasa sakit ketika proses menindik dilakukan.

4- Populariti gambir Sarawak mula naik apabila penggunaan gambir ini amat berkesan bagi pasangan suami isteri dalam melakukan hubungan intim. Ramai kaum lelaki yang mencari gambir Sarawak ini di pasaran semata-mata untuk memberi kepuasan kepada pasangan mereka di dalam melakukan hubungan intim.

Gambir Sarawak mendapat sambutan yang hangat namun tiada penjualan secara komersil besar-besaran. Kebanyakkan peniaga kecil menjual produk ini di pasar malam, kaki lima, gerai kecil di tepi jalan. Antara lokasi utama penjaja Gambir Sarawak adalah India Street , China Street dan Main Bazaar. Oleh kerana perniagaan ini diusahakan secara kecil-kecilan maka lokasi penjaja sentiasa berubah-ubah mengikut permintaan pelanggan.





Kepada sesiapa yang mahu membeli Gambir Sarawak secara Pos, sila hubungi.

No Hp: 0168620967
email: zambriapen@gmail.com

Rabu, 13 April 2011

Pengumuman







Pelancong Malaysia yang bukan berasal dari Sarawak yang nak beli tiket kena beli harga RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun. Kadar harga tersebut adalah sama dengan pelancong luar negara.



Untuk membeli tiket, sila buat tempahan awal sebab kemasukkan penumpang adalah terhad. Jika tempahan dalam kuantiti yang banyak  saya akan cuba usaha minta diskaun dari Pihak Pengurusan

Rabu, 16 Februari 2011

Dolphin di Permai Rainforest Resort

Permai Rainforest adalah tempat terbaik untuk melihat ikan lumba-lumba, khususnya di Santubong, Salak dan muara sungai Buntal. Ikan lumba-lumba jenis Irrawaddy, atau lumba-lumba snubfin mudah ditemui dalam muara dan kawasan pantai cetek, bergantung kepada pasang surut air laut.

Perjalanan menuju ke Permai Rainforest Resort memakan masa hampir 1jam perjalanan dari pusat bandaraya dan kena naik bot ke pulau Satang. Pihak pengurusan mengenakan bayaran sebanyak RM170 untuk seorang. Trip pula start seawal jam 9 pagi hingga 1 tengahari. Untuk tempahan sila hubungi pihak pengurusan 082-846490
Maklumat lanjut mengenai aktiviti ini bolehlah menghantar e-mel ke mns.santubong@gmail.com atau dengan melayari laman web http://mnskuching.blogspot.com.

Bot Persiaran boleh ditempah dengan menghubungi
CPH Travel Agencies
Tel 082-846490

Branch at Holiday inn Resort Damai Lagoon Tel: 082-846618

Isnin, 14 Februari 2011

Pengumuman



Harga 6 jam Tour (termasuk upah pemandu dan kos petrol) akan dinaikkan berikutan faktor semasa berkuatkuasa pada hari ini 14 Feb 2011.

Kepada pelanggan yang telah membuat tempahan awal, harga adalah seperti didalam sebutharga semasa.

Terima Kasih atas sokongan anda.







* 9 pagi hingga 9 malam (12 jam Tour) = RM280
    * 9 pagi hingga 6 petang (9 jam Tour)  = RM250
    * 9 pagi hingga 3 petang (6 jam Tour) =  RM180 RM200
    * Transfer dari Airport ke Hotel (sekitar bandaraya) = RM40
    * Transfer dari Airport ke Santubong/Damai = RM120
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...