Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Ahad, 19 Disember 2010

India Street Kuching





Bandaraya Kuching juga mempunyai Lebuh India seperti di Semenanjung. Terletak berdekatan dengan Kuching Waterfront. Boleh dilawati pada waktu siang sahaja (8 pagi ~5ptg).









 Hari sabtu merupakan hari paling sibuk di India Street. Berbagai macam barang ada di sini. Anda boleh menawar harga pada harga yang lebih murah. Kedai kain/tekstil banyak di sini. harga sememangnya berpatutan dan anda semestinya berpuashati dengan pilihan yang ada.



Koleksi tudung memang menjadi perhatian banyak pengunjung. Kedai-kedai kasut, cenderamata, sandal, baju melayu dan koleksi rantai tangan serta kain kain ela menggamit perasaan.Terdapat juga gerai-gerai kecil di kaki lima menjual barang perhiasan seperti kalung kristal dan hasil kraftangan tempatan.

Terdapat sebuah Masjid India di tengah-tengah India Street. Silalah bertanya dengan orang-orang sekeliling anda jika perlu.

Jika lapar atau haus, terdapat beberapa deretan restoran Mamak tersedia menanti anda.

Ikan Terubuk Satok Market




Antara tempat menarik di Bandaraya Kuching yang popular  ialah Ikan Terubuk Masin di Satok Market. Yang ini memang tak dapat jumpa kat mana- mana tempat lain selain di Kuching. Ikan terubuk masin ni special sebab garam yg digunakan tu special. Bukan guna garam biasa yang katanya harga garam ni pun lebih mahal.




Kenapa org suggest nak beli ikan terubuk masin kat Pasar Satok ni adalah kerana kita boleh dapat harga yang jauh lebih murah dari tempat lain. Boleh dapat harga yang dia tulis RM18 seekor tu dengan harga RM9. Setiap pelanggan akan diberikan layanan istimewa dari segi cara penyimpanan atau tips berharga. Ikan yang dibeli akan dikotakkan untuk memudahkan pembeli membawa kemana sahaja.



Buka setiap hari.. malam jer takde..



masuk adalah percuma

Main Bazaar Kuching









Main Bazaar adalah tempat popular di Kuching. Terletak berdekatan Kuching Waterfront. Merupakan deretan kedai kaki lima yang menjual barang-barang perhiasan dan kraftangan buatan tempatan. Untuk anda yang hendak membeli cenderahati sebagai buah tangan dari Sarawak, Main Bazaar adalah jawapannya. Terdapat banyak pilihan jenis cenderahati yang murah dan boleh dibeli secara pukal. Barang- barang seperti Pua Kumbu, T- Shirt Sarawak, Pasu Sarawak, Kek Lapis Sarawak, Kraftangan Rotan dan Tikar yang bermacam jenis selalunya menjadi tarikan pengunjung yang datang.
Main Bazaar dibuka pada setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Pasar Batu 7




Kepada anda yang bercuti yang tidak berkesempatan berkunjung ke Pekan Serkin, Pasar Batu 7 adalah altenatifnya. Pasar Batu 7 merupakan Pekan kecil yang terletak di jalan Kuching -Serian. Pasar Batu 7 terkenal dengan produk tikar dan hasil kraftangan rotan yang diusahakan oleh penduduk tempatan (Dayak). Ada juga hasil produk dari Pekan Serkin untuk memenuhi permintaan pelanggan yang berkunjung. Walaupun pilihan produk terbatas, namun dari segi harga dan kepuasan membeli adalah terjamin. Pasar Batu 7 buka setiap hari dari 8.00 hingga 6.00 petang.

Terdapat juga deretan restoran Melayu berdekatan yang menjadi tumpuan khas pelancong.

Tua Pek Kong Temple


The ornately decorated temple is located on Jln Tunku Abdul Rahman, opposite the Waterfront, and is the oldest Chinese temple in Kuching. It is believed to have been built in 1843, although official records only recognize its existence in 1876. The Wang Kang festival commemorate the dead is held here.

Muzium Sarawak


Muzium Sarawak dikatakan Muziumyang terbesar di Malaysia and is a must visit place while in Kuching. Terdapat 2 Muzium di sini, Tun Abdul Razak Hall and the Islamic Museum. All the museum in Kuching seems to be operated at a standard time of 9am-4.30pm every day. Admission is free for all the museums in Kuching .

Ini adalah Muzium lama yang dibina pada tahun 1891. Dibina oleh Charles Brooke, the White Rajah of Sarawak, bangunan mengetengahkan senibinaan Eropah zaman Victorian.
The building permanently display local native arts and crafts as well as collections of local animals as mainly encouraged by the famous naturalist, Alfred Wallace, who was then collecting specimens in the country.

There are also a few buildings nearby the old building, such as the Art Museum. A comprehensive paintings and art work from local and foreign artists can be found here.


An interesting native's pole can be seen in front of the Art Museum

There is also a Natural History Museum nearby the old building but was always close. It was also close during my last visit in 2007. I guess it is no longer operational

Just opposite the Sarawak Museum Old Building, across Tun Abang Haji Openg Road is the Tun Abdul Razak Hall. It made up of 2 floors and was previously used as a State Legislative Assembly Hall from 1973-1975.

The ground floor is an exhibition hall while the first floor display a collection related to pre historic era such as jars, brassware, Chinese furniture, longhouse gallery and others.

Just behind the Tun Abdul Razak Hall is the Islamic Museum . It is divided into 7 galleries and I was amazed with its Islamic artifacts, costumes and history.

Surrounding the Tun Abdul Razak Hall, there are a variety of exhibits at the open garden like this Iban Warboat, which can accommodate up to 25 persons.

There is also this mysterious stone carving. This is a reproduction of the rock carving from the original one which was cut on the face of a huge sand stone boulder standing at the edge of the mangrove swamp at Sungai Jaong, near Santubong in the Sarawak River Delta, 28km from Kuching. Sungai Jaong was a trading centre as early as the 11th century.

Several other carvings were found in the same area are in the same unexplained style-spread eagled figure with weird, perhaps hornbill head dresser. Other similar rock carvings known in Borneo are only found in the Kelabit highlands, 1000m in altitude and 500km away in the far interior.

This structure actually reminds me of Stonehenge at Salisbury. This is a reproduction of a dolmen from one of the megaliths as found in the Kelabit uplands in the Miri division. A dolmen consist of 3 or more large natural stones which support a larger one as roof to protect the bones of a chief buried underneath the structure.

All the megalithic activities were directly associated with funeral rituals of important persons. The Kelabit who have lived on the uplands for centuries continued to practise active megalithics before they became Christians around 1950

This impressive double trunk Salong (burial hut) was originally erected over 100 years ago on the right hand bank of Long Segahan, above Belaga in the Kapit division. This was presented to the Sarawak Museum by the people of Belaga in 1973.

Avun Dian, a great and powerful Kayan chief, had this burial hut made to inter the bones of his beloved young daughter, Lisan. It was reported it took 5 craftsmen and many other helpers 5 years to complete the elaborate carvings on the poles.





Many years later, the bones of Kejaman chief, Taman Tipung Tului, who was a grand nephew of chief Avun Dian, were also interred in this Salong.


Also available at the garden is the less elaborated Salong..

Wind Cave





Wind Cave terletak dekat dengan daerah Bau. Sesiapa yang pegi ke Serikin boleh lah singgah ke sini untuk berehat sekejap. Kalau dari pusat bandar Kuching nak kesini makan masa hampir sejam lah..

Ada sungai untuk mandi manda. Kat Wind Cave nih ada chalet untuk sesiapa yang nak stay overnight. Kalau nak masuk gua nih pulak ada bayaran dikenakan..tapi tak mahal lah..kalau tak silap kena bayar RM3.00 seorang.. kalau nak tengok stalagtit dan stalagmit atau nak tengok kelawar boleh lah masuk.. jangan lupa ye bawa lampu suluh..

Untuk mandi manda kat sini memang sesuai bebenar untuk sekeluarga.. Air nya yang jernih yang tak lah dalam sangat sesuai untuk bebudak yang suke main air.

Khamis, 25 November 2010

Pasar Minggu Satok

Pasar Minggu Jalan Satok terletak di persimpangan Jalan Satok dan Jalan Palm berhadapan dengan Pawagam Miramar hanya beroperasi pada hujung minggu sahaja.Pasar Minggu Jalan Satok adalah destinasi beraneka warna di mana penduduk kampung dari serata daerah ini membawa hasil hutan dan buah-buahan yang tidak boleh didapati di mana-mana tempat lain.Pasar yang menarik ini menawarkan peluang melihat dan mengenali hasil herba, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang digunakan oleh penduduk Sarawak di dalam masakan dan perubatan tradisional mereka.



Selain itu anda boleh membeli bermacam barang kraftangan dan cenderamata. Kraftangan Sarawak seperti Pua Kumbu, sumpit, hasil-hasil anyaman dan kristal banyak berderet-deret memanggil pengunjung untuk singgah.
Setiap malam terdapat gerai -gerai makanan beroperasi disini. 
Di kenali sebagai Benteng. Pelbagai pilihan menu halal dengan harga berpatutan seperti mee Kolok Sarawak, ayam panggang madu, satay sarawak dan Laksa Sarawak.

Anda juga boleh membeli ikan terubok masin pada harga murah jika anda pandai menawar dan siap di bungkus serta dikotak memudahkan anda membawanya.

Suasana meriah dan keramahan penduduk tempatan menjadikan lawatan di pasar ini sangat menyeronokkan - semuanya di tengah-tengah bandar Kuching. Setelah anda puas berjalan dan membeli-belah di pasar ini, sila tuju ke salah satu kedai kopi Cina di sini untuk sarapan pagi. Cara terbaik untuk memulakan hari anda ialah dengan secawan kopi Sarawak yang harum aromanya dan kuih pau yang berisi daging berempah.


Masa paling sesuai adalah pada hari sabtu, jam 3 hingga 10 malam dan hari ahad jam 7pagi hingga 12 tengahari..
Pengumuman : Pasar Tamu dan Pasar Minggu Satok akan berpindah ke penempatan niaga baru di Jalan Matang berdekatan Kubah Ria iaitu Medan Niaga Satok bermula 1 Jan 2013. Layari selamat tinggal pasar minggu satok

Rabu, 24 November 2010

Semenggok Wildlife

 


Semenggok terletak sejauh 1/2 jam perjalanan dengan menggunakan kereta dari Kuching.Para pelawat yang datang adalah digalakkan untuk membawa makanan sendiri.Peraturan-peraturan hendaklah diikuti untuk melindungi Taman.
 










Pelawat adalah dinasihatkan agar tidak berteriak di persekitaran taman dan mengambil gambar dengan menggunakan kamera yang mempunyai pancaran cahaya adalah tidak digalakkan bagi mengelakkan binatang- binatang di situ daripada tercedera


Waktu melawat paling sesuai adalah dari pukul 0830 pg-1200 tgh dan 1400 ptg-1600 ptg setiap hari.

Bayaran masuk;
RM3.00 seorang

Semenggok Wildlife
Tel 082618235


Jumaat, 19 November 2010

Sarawak River Cruise, Kuching

Jika anda berkunjung ke Kuching, Sarawak, antara tarikan menarik di sekitar bandaraya tersebut adalah Sarawak River Cruise, di mana anda boleh menaiki bot yang menyusuri sepanjang Sungai Sarawak sambil menikmati pemandangan menarik di sekitarnya.



Sarawak River Cruise menawarkan pakej perjalanan menyusuri sungai selama 2 jam, pada harga antara RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Jamuan minum petang disediakan sepanjang tempoh 2 jam tersebut. Pengunjung disajikan dengan aneka Kek Lapis Sarawak dan kuih muih tradisional yang lain serta free flow jus oren..Pengunjung juga akan dipersembahkan dengan tarian Suku kaum Etnik Sarawak.

Kini pihak pengurusan giat mempromosikan Set Hidangan Makan Malam di atas kapal iaitu 'Black Pepper Chicken Rice' yang berharga RM10 satu set. Set hidangan boleh dibeli ketika berada diatas kapal.







Antara pemandangan yang boleh dilihat sewaktu bot dikemudi adalah Brooke’s Dockyard, bekas masjid negeri, Astana (tempat gabenor Sarawak bertugas), Fort (Kubu) Margherita, Waterfront, gunung Santubong, Kampung Boyan dan lain lain termasuk kediaman salah seorang ahli keluarga terdekat Ketua Menteri, YAB Pehin Sri Haji Taib Mahmud yang tersergam indah seperti istana selain menikmati pemandangan di pinggir sungai serta dalam masa yang sama boleh juga merasai pengalaman melihat matahari tenggelam jauh di horizon.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...