Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Selasa, 25 November 2014

Homestay Petrajaya



Salam 1 Malaysia,
Pengunjung yang berhasrat untuk mencari tempat penginapan yang jimat dan selesa di Kuching bolehlah mencuba Homestay Petrajaya yang berkonsepkan rumah keluarga. Ianya fully furnished dan dilengkapi Wifi dengan percuma (wifi kan penting untuk orang yang berjaya!)

Di sekitar Homestay terdapat beberapa supermarket dan pasaraya, kedai runcit, stesen minyak, masjid, surau, kedai makan seperti Salleh Corner Cafe, KFC, McD, kedai dobi, klinik dan mesin ATM
  Homestay Petrajaya merupakan rumah Semi-D 2 tingkat. Mempunyai 3 bilik tidur dan 3 bilik mandi.

Kesemua bilik tidur termasuk ruang tamu dilengkapi alat penghawa dingin dan kipas dinding (untuk pengunjung yang tak tahan sejuk-terutamanya warga emas)



 
Kemudahan yang disediakan adalah:

3 buah ruang tamu yang mempunyai 20 tempat duduk yang selesa
50" Flat Screen TV,
Kemudahan Astro,
Pemain DVD.
Set Karaoke.


Ruang Dapur yang luas.

Kemudahan memasak yang dilengkapi barangan elektrik seperti blender, toaster, rice cooker, cerek elektrik dan kelengkapan memasak lain seperti lesung batu, periuk, kuali serta pinggan mangkuk.

Dilengkapi dengan peti ais 2 pintu dan mesin basuh automatik.
Ruang Makan
Meja marble dengan 6 tempat duduk
Set Hi-Fi     



Kemudahan lain;
  • Kemudahan solat seperti tikar sejadah, telekung, kain pelikat, tasbih, senaskah surah Yassin dan senaskah Al-Quran.
  • 3 bilik mandi dan tandas dilengkapi water heater, shower, pili wudhu serta baldi.
  • Tempat menyidai pakaian.
  • Iron board serta seterika,
  • Pemadan api dan first aid kit untuk kecemasan.





Syarat-syarat:
Hanya makanan dan minuman HALAL sahaja dibenarkan masuk ke dalam premis Homestay.

Harga cuma RM230 sehari.

Sila hubungi terus pemilik Homestay Petrajaya iaitu 
Tuan Dzolkarnain Saad seperti berikut;

Handphone : 0109697171 (Whatsapp/Wechat/Line dan Viber user)
Email ke : homestaypetrajaya132@gmail.com
Website: www.homestaypetrajaya.blogspot.com

Isnin, 24 November 2014

Medan Niaga Satok



 Selepas dibuka pada 1 Januari 2013, Medan Niaga Satok yang dibangunkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), kini menjadi sebahagian daripada kehidupan harian para peniaga di bandar raya Kuching, Sarawak. Berkonsepkan pasar terbuka yang merangkumi zon basah, kering, benteng, pasar minggu dan borong.Lebih menarik,





Medan Niaga Satok kini semakin digemari orang ramai bukan sahaja penduduk setempat, bahkan pelancong asing yang tertarik dengan persekitarannya yang bersih dan susun atur gerai-gerai yang kemas, selain dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk sistem pembuangan sisa dapur yang lebih sistematik.







Sebanyak 1,444 ruang niaga tetap yang disediakan diberi keutamaan kepada peniaga sedia ada di Pasar Tamu Satok, termasuk 600 ruang untuk peniaga hasil hutan yang sebelum ini berniaga di Pasar Minggu Satok.

Medan Niaga Satok dibahagi kepada lima blok dengan blok pertama dikhaskan untuk menempatkan pusat khidmat sokongan FAMA. Blok B pula menempatkan pasar tani kekal, Blok C menempatkan pasar tani separa basah dan kering, Blok D pula menempatkan plaza dan kafeteria manakala Blok E menempatkan gerai makanan.

Kalau dah sampai di Medan Niaga Satok, jangan lupa beli ikan terubuk. Kalau beli kat sini, nak bawak pulang ke Semenanjung, suruh peniaga bungkus dalam kotak siap-siap. Memang mereka dah ready untuk membantu. Pilih lah ikan yang segar-segar, ikut saiz yang kena dengan selera dan citarasa. Udang galah yang besar-besar lengan pun banyak dijual di sini. Hanya pilih dan minta peniaga kotakkan untuk dibawa balik ke Semenanjung.



Apa lagi yang menarik di Medan Niaga Satok? Hah, kat sini juga ada bermacam-macam makanan. Ada yang biasa, ada yang luar biasa. Ada jugak yang tak pernah jumpa kat tempat-tempat lain. Antaranya, lemang Bertawi dan Popia Canai. Kalau nak diikutkan, banyak lagi makanan-makanan lain.




Isnin, 10 November 2014

Kuching Adventure Cruise

Selain daripada Sarawak River Cruise, anda juga boleh menaiki Kuching Adventure Cruise untuk menyusuri Sungai Sarawak. Kuching Adventure Cruise ini akan berhenti berdekatan tempat-tempat menarik di Kuching seperti Astana dan Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk mengambil gambar dari jarak dekat. 

Tempoh penyusuran Sungai Sarawak adalah selama 1 jam dari Kuching Waterfornt menuju ke Medan Niaga Satok kemudian membuat pusingan U-turn ke Jambatan Tol Salahuddin dan balik ke Kuching Waterfront. 

Waktu operasi Kuching Adventure Cruise bermula jam 10 pagi hingga 8 malam setiap hari. 

Bayaran masuk Kuching Adventure Cruise adalah seperti berikut;
Dewasa :RM35
Kanak-kanak: RM25

Kuching Adventure Cruise boleh memuatkan sehingga 22 orang penumpang dewasa dan minimum penumpang adalah seramai 4 orang.

Terima Kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...