Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Isnin, 25 Ogos 2014

Mom's Laksa Kopitiam



Jika bertandang ke Kuching, adalah menjadi kewajipan kepada semua untuk mencuba keenakkan Laksa Sarawak yang menjadi satu 'signature dish' di Bumi Kenyalang, Laksa Sarawak boleh ditemui di dalam buku menu mana-mana restoran ataupun gerai makan di seluruh negeri Sarawak.

Namun apabila memperkatakan mengenai Laksa Sarawak yang terbaik, nama Mom's Laksa acap kali disebut-sebut oleh penduduk tempatan, khususnya di Bandaraya Kuching.

Mom' Laksa mempunyai beberapa cawangan yang terletak dikawasan Petra Jaya. Jika berhasrat untuk melawat Muzium Kucing, Kampung Budaya Sarawak dan Pantai Damai, apa kata kita singgah sekejap ke Mom' Laksa.

Ya, memang benar masih terdapat Laksa Sarawak lain yang tidak kurang hebatnya tetapi Mom's Laksa telah berjaya meletakkan jenamanya dalam kelas tersendiri apabila menggondol tempat kedua dalam anugerah Fabulous Food 1Malaysia anjuran Kementerian Pelancongan dalam kategori laksa pada 2009.


Laksa Udang King






Jadi, tidak peliklah kenapa ruang letak kereta di deretan bangunan kedai dan pejabat yang baru disiapkan bersebelahan stesen Petronas, Jalan Astana, Kuching, dipenuhi kenderaan bermula pukul 7 pagi hingga 11 malam, walhal Mom's Laksa pada masa ini merupakan premis tunggal yang beroperasi. Memang, Mom's Laksa adalah diantara penyedia Laksa yang terbaik disekitar Kuching.




Mee Hoon Belacan
Sehingga kini terdapat beberapa cawangan baru Mom's Laksa di Kuching Antaranya adalah seperti Mom's Laksa Kopitiam Matang Jaya, Mom's Laksa Kopitiam Jalan Merdeka, Mom's Laksa Kopitiam Astana. Diantara kesemua cawangan ini hanya cawangan di Jalan Merdeka sahaja yang menyediakan Laksa Sarawak Udang King.

Selain Laksa Sarawak, rangkaian Mom's Laksa juga menyediakan beberapa menu istimewa kepada pengunjung antaranya Mee Hoon Belacan, Rojak Tambi, Mee Kolok, serta Mee Jawa.


Rojak Tambi







Sabtu, 23 Ogos 2014

Mee Udang Family Cafe


Family Cafe terletak betul-betul di tengah Bandaraya Kuching. Ianya beroperasi bermula jam 8pagi hingga lewat malam setiap hari. Terdapat sebuah gerai Mee Udang yang buka pada malam kini telah menjadi tarikkan kepada pelancong mahupun penduduk tempatan untuk singgah.




Lihat saja saiz udang King yang disediakan dan anda pastinya tidak akan kecewa.



Terdapat beberapa set menu yang dijual mengikut selera anda. Antaranya adalah;

Mee Udang Biasa RM6
Mee Udang Special RM15
Mee Udang Galah RM18
Mee Udang Galah Special RM38
Mee Udang Galah Superb RM58



Mee Udang Galah Superb berharga RM58 sepinggan.

 Terima kasih.

Isnin, 11 Ogos 2014

Pengunjung Festival Kuching 2014 berpeluang naiki belon udara panas

KUCHING: Pengunjung Festival Kuching 2014 berpeluang merasai pengalaman seumur hidup dengan menaiki belon udara panas yang dibuka kepada orang ramai sehingga 24 Ogos ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk James Chan berkata, festival pada tahun ini pastinya memberi pengalaman hebat dan tidak dapat dilupakan kepada pengunjung terutama peluang menaiki belon udara panas tersebut.

RASAI SENDIRI: James bersama beberapa kaunselor sedang mencuba pengalaman menaiki belon udara panas semasa majlis perasmian ‘An Air X-Eco Venture’ @ The Kuching Festival 2014 di Padang Jubilee, malam kelmarin.

“Kali terakhir belon udara panas dibawakan di bandar raya ini adalah pada 30 tahun lalu yang mana ia pertama kali kita bawakannya untuk dinaiki oleh orang awam.

“Tahun ini, kita sekali lagi digamit dengan kehadiran belon udara panas yang merupakan acara yang sangat hebat kepada pengunjung festival tahunan yang tidak asing lagi di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan ‘An Air X-Eco Venture’ @ The Kuching Festival 2014 di Padang Jubilee, malam kelmarin.

Tambahnya, kehadiran pihak Jude Event & Sport Management sebagai pengurus acara bersama mhZ X Projects sebagai penganjur serta Lindstrand Asia sebagai operator utama belon udara panas itu pastinya memberikan satu acara yang sangat mengujakan.

“Tidak dilupakan juga kepada 360 Hotel Group dan Nissan Motor Company atas penajaan untuk memeriahkan bandar raya Kuching ini sehingga 24 Ogos nanti,” jelasnya.

Justeru, Chan berharap orang ramai tidak melepaskan peluang mencuba sendiri pengalaman menaiki belon udara panas bersama keluarga seterusnya memeriahkan Festival Kuching 2014.

Orang ramai yang berminat boleh menaiki belon ini dari jam 5 petang hingga 11 malam sehingga 24 Ogos depan dengan bayaran RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun, manakala bagi kumpulan dewasa empat orang hanya RM200 bayaran dikenakan.

Maksimum penumpang yang boleh menaikinya adalah empat orang dewasa ditambah seorang juruterbang dan ia boleh naik sehingga 80 kaki atau 30 meter untuk tempoh 10 minit.

Bagi mereka yang ingin menikmati matahari terbit (antara jam 6 pagi hingga 8 pagi), bolehlah membuat tempahan sekurang-kurangnya 12 jam lebih awal.

Sumber dari The Borneo Post Online.

Isnin, 4 Ogos 2014

Asma Cake House



Satu lagi Kedai Kek Lapis Basah Sarawak yang popular ketika ini iaitu Asma Cake House. Ianya terletak di Taman Desa Ilmu di kawasan Kota Samarahan. Kira-kira 50 minit perjalanan dari pusat Bandaraya Kuching. Kedai Kek Lapis Sarawak ini buka pada setiap hari beroperasi seawal jam 10 pagi hingga 10 malam. Pelbagai aneka warna Kek Lapis Sarawak, Kerepek, Biskut Raya dijual di sini. 




Kek-kek yang dijual mengukit saiz, se-loaf (8inchi X 3 inchi) dijual sekitar RM10 hingga RM20 mengikut jenis. Sebelum membeli, pelanggan boleh mencuba tester-tester yang disediakan oleh pemilik kedai.

Kerepek- kerepek Sarawak seperti Tabaloi, Tempeyek, Kuih Sepit juga tersedia untuk dibeli.
Selain itu, berbagai produk hasil Tani Sarawak seperti Lada Hitam, Gula-gula Apong dan Sagu Sarawak juga ada untuk dijual.

Kedai Kek Lapis Basah Sarawaj yang lengkap berhawa dingin ini menyediakan khidmat pembungkusan didalam kotak bagi memudahkan pelanggan membawa memasuki kapal terbang.





Tokong Muara Tebas



Cantik tak? Ini adalah Tokong Muara Tebas. Ianya terletak di kawasan Bako, Petra Jaya, kira-kira 50 minit perjalanan dari pusat Bandaraya Kuching. Tokong Ching San Yen yang dibina sejak 200 tahun dahulu terletak di tapak purba. Di sini, para pengembara menzahirkan kesyukuran selepas mereka selamat menyebarangi Laut China Selatan. Muara Tebas dikenali sebagau kampung nelayan dan perdagangan berkurun lamanya.


Buddha Shakyamuni merupakan dewa tokong tersebut dan dewa laut Macho adalah salah satu daripadanya.

Tokong ini diubahsuai dalam tahun 1903 manakala pengubahsuaian besar-besaran telah dilakukan dari tahun 1994 hingga tahun 2000. Adakalanya para pemuja menyewa bot untuk melawat "Batu Singa" di Pulau L
akei berhampiran dengan Muara Tebas.


Terdapat beberapa buah Restoran Makanan Laut berhampiran yang buka seawal jam 5 petang hingga 11 malam setiap hari.


Terima kasih

Salleh's Corner Cafe

Pengunjung-pengunjung dari luar Kuching sememangnya tercari-cari kedai makan yang menyajikan makanan istimewa untuk santapan di perantauan. Salleh's Corner adalah yang terbaik kerana pelbagai masakan yang disajikan menepati selera rakyat Malaysia. Cafe ini terletak di Perumahan Fasa 2, Petra Jaya. Hanya 15 minit menggunakan kereta dari pusat bandar.


Salleh's Corner Cafe ini buka dari hari Isnin hingga Sabtu dari jam 5petang hingga 1pagi. Antara menu wajib yang mesti dicuba adalah Tomyam Kingprawn. Udang Galah yang digunakan adalah hasil ternakan sendiri oleh pemilik cafe dan sudah tentu kesegarannya amatlah terjamin. Mengenai harga pula ianya amatlah berbaloi. Semangkuk Tomyam Kingprawn beharga RM30 (lebih kurang 7 ekor). Terdapat juga menu-menu sampingan seperti Butter Prwan, Sambal Petai Udang/Daging dan Ayam, Ikan Tilapia Masak Merah / Sweet&Sour, Nasi Ayam Penyet, Mee Kolok dan bermacam lagi. Dari segi rasa pula, saya tidak pernah berasa hampa dengan hidangan yang disajikan. Kesemuanya sedap dan terbaik!.

Sila hubungi Encik Salleh ditalian 012-8078733 untuk membuat tempahan awal untuk mengelakkan tiada tempat duduk.


Pesta Kuching tahun ini lebih besar, lebih meriah

KUCHING: Pesta Kuching yang dinanti-nanti, kembali pada skala lebih besar dan lagi meriah tahun ini bukan sahaja dengan kepelbagaian makanan, malah hiburan serta peluang memenangi hadiah menarik dalam dua acara utama.

Bertemakan Festival Rakyat, ia turut menandakan sambutan Ulang Tahun Ke-26 Hari Bandar Raya Kuching yang berlangsung selama tiga minggu, bermula 1 Ogos.

Pihak penganjur, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) baru-baru ini mengumumkan sambutan lebih berwarna-warni dan lebih meriah itu akan dianjurkan bersama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Pesta Kuching akan me-rangkumi Pesta Makanan, Pameran Dagangan, Pertunjukan Taman dan acara hiburan setiap malam yang akan diadakan di Dewan Masyarakat dan tasik buatan manusia, Kuching Park manakala acara menaiki kuda akan diadakan di kawasan lapang Padang Jubli.

Dua acara kemuncak pada tahun ini adalah sambutan Perarakan Jalanan Pesta Kuching 2014 pada 6 September dan Kuching Got Talent 2014 yang akan berlangsung dari 3 Ogos hingga 23 Ogos.

Penyelaras acara perarakan, Vincent Ang memberitahu, perarakan ditunggu-tunggu kini kembali diadakan dalam Pesta Kuching selepas yang terakhir pada 2008.

“Ia akan menjadi tarikan utama pada festival ini dan susulan respons memberangsangkan diterima, kami memutuskan untuk menghidupkannya kembali tahun ini,” katanya pada sidang media di pejabat MBKS di sini, baru-baru ini.

Perarakan itu dibahagikan kepada empat kategori –Kumpulan Kebudayaan, Kostum Beragam, Kostum Beragam bagi Kanak-Kanak dan Kawat, menawarkan wang tunai RM5,000 kepada setiap kategori.

MBKS mempelawa orang ramai serta sektor swasta dan sekolah, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk tampil menyertai perarakan itu dengan hanya membayar yuran kemasukan RM100.

Hadiah menarik lain iaitu untuk Kumpulan Kebudayaan, Kostum Bera-gam, Kostum Beragam bagi Kanak-Kanak, merangkumi hadiah tempat kedua RM4,000, ketiga RM3,000, keempat RM2,000 dan kelima RM1,000 selain tiga hadiah sagu hati RM300.

Bagi kategori kumpulan kawat, hadiah tempat kedua adalah RM3,000, ketiga (RM1,000) dan tiga hadiah sagu hati RM300.

Perarakan tahun ini menampung sehingga 700 kontinjen di mana setiap kontinjen perlu dianggotai tidak kurang daripada 20 orang dan tidak lebih daripada 100 orang.

Acara itu akan dimulakan di Padang Jubli, melalui Jalan Tan Sri Datuk William Tan dan akan berakhir di Padang Sentral yang akan dilengkapi pentas utama.

Kriteria penilaian katanya, ia akan merangkumi teknikal, nilai-nilai estetika, aspirasi material, konsep (tema) dan penamat.

Setiap kontinjen perlu melantik ahli-ahli yang akan bertindak sebagai marsyal bagi mengawal pasukan, mengekalkan pelepasan laluan bagi memastikan per-arakan berjalan lancar.

“Majlis akan menyediakan 100 orang marsyal daripada RELA untuk membimbing perarakan itu,” katanya.

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dijangka hadir untuk menyempurnakan perarakan tersebut.

Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada Penyelaras Perarakan Jalanan Pesta Kuching, Tingkat Satu, Bahagian Kejuruteraan, MBKS di Jalan Padungan sebelum atau selewat-lewatnya jam 4.30 petang, 21 Julai.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Eva Marrisa di talian 082-354520.

Manakala bagi acara Ku-ching Got Talent, pengerusi penganjur Fong Yee Chee menggalakkan orang ramai tanpa mengira umur untuk tampil menyertai dan mempamerkan bakat mereka dalam nyanyian, tarian, mu-zik, akrobatik, seni mempertahankan diri atau mana-mana seni persembahan unik lagi kreatif.

Kembali buat tahun ketiga, Fong mendedahkan pertunjukan bakat itu dibahagikan kepada tiga kategori – nyanyian, tarian dan bakat lain.

Juara akan membawa pulang RM1,500, RM1,000 (tempat kedua), RM500 (tempat ketiga) dan dua hadiah sagu hati (RM100) untuk setiap kategori.

Sebagai tambahan, acara tahun ini turut menampilkan anugerah Facebook Most-Liked di mana peserta menerusi pusingan separuh akhir dan pusingan akhir yang mempunyai ‘like’ terbanyak akan menerima anugerah istimewa itu.

Kriteria memberi markah merangkumi empat komponen, iaitu kemahiran/bakat (30 peratus), nilai hiburan (20 peratus), kreativiti/keunikan (30 peratus) dan persembahan pentas ke-seluruhan (20 peratus).

Pusingan Saringan akan diadakan pada 3 Ogos depan di Auditorium MBKS dengan tiga sesi bermula 10 pagi hingga 2 petang bagi tarian, 2.30 petang hingga 5 petang bagi bakat lain dan 7 petang hingga 10 petang bagi nyanyian.

Pusingan separuh akhir akan diadakan paa 9 Ogos dengan dua sesi bermula 7 petang hingga 9 malam bagi nyanyian dan 9 malam bagi tarian dan bakat lain.

Finalis ketiga-tiga kategori itu akan memasuki pusingan akhir pada 23 Ogos bermula 7 petang hingga 11 malam.

Kedua-dua pusingan separuh akhir dan akhir itu akan diadakan di Pentas Terbuka Pesta Kuching.

Para peserta perlu menghantar borang permohonan ke Kuching Got Talent, Tingkat Tiga, Unit Hubungan Awam MBKS atau hantarkan mene-rusi faks 082-421851 sebelum atau pada 25 Julai selewat-        lewatnya pada 4.30 petang.

Untuk keterangan lanjut, hubungi Andrew Tiong  (019-8282095) atau Chu (017-8611800).

Borang penyertaan untuk kedua-dua acara itu boleh diambil dari kaunter keselamatan MBKS atau boleh dimuat turun dari www.mbks.gov.my yang akan turut merangkumi peraturan dan syarat-syarat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...