Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Ahad, 29 September 2013

Harga Baru Berkuat-kuasa 1 Januari 2014

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Anda mungkin telah menerima SMS daripada Zamtransportation untuk membuat bayaran deposit sebelum 1 Oktober untuk layak menikmati harga asal servis persiaran kami, namun pihak pengurusan telah membuat keputusan untuk melanjutkan harga lama sehingga Januari 2014.

Dibawah adalah senarai Harga Baru Khidmat Persiaran Zamtransportation berkuat-kuasa pada 
1 Januari 2014.


Terima kasih atas sokongan anda semua.

Rabu, 25 September 2013

Dewan Undangan Negeri Sarawak

Bangunan sembilan tingkat ini berharga RM300 juta dengan bumbung berbentuk "terendak" . Di dalamnya terdapat dewan konvensyen dan dewan jamuan, yang masing-masing boleh memuatkan 5,000 orang dan 800 orang . Seni bina serta reka bentuk dalaman hasil kerja tangan para tukang dari Uzbekistan, yang mencerminkan kepelbagaian budaya yang wujud di Sarawak.
Ia dibina di atas bukit berhampiran Sungai Sarawak dengan panorama Astana Sarawak di sebelah kiri dan Kota Margherita di sebelah kanannya. 


Dewan ini menjadi mercu tanda unik seperti Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Eiffel Tower di Paris, Perancis dan Sydney Opera House di Australia.Luasnya 760 meter persegi dengan ketinggian 27.7 meter dan garis pusat 30.9 meter serta dikelilingi kawasan hijau seluas 50 hektar, termasuk taman orkid.

Isnin, 23 September 2013

Astana

Astana merupakan sebuah istana yang terletak di Kuching, Sarawak, Malaysia. Gedung istana ini terletak di utara tebing Sungai Sarawak, bersemuka dengan Kuching Waterfront. Ia kini merupakan kediaman rasmi bagi Yang di-Pertua Negeri Sarawak, yang mewakili Sarawak dalam Majlis Raja-raja.







Istana ini telah dibina pada tahun 1870 oleh Raja Putih Sarawak ke-2, Charles Brooke sebagai hadiah buat perkahwinannya dengan isteri baginda Margaret Alice Lili de Windt. Istana ini pada kebiasaannya dibuka untuk lawatan umum oleh pelancong, dari pinggir Kuching Waterfront pengunjung dapat melihat dengan jelas taman dan bangunan Istana, gedung istana boleh dicapai dengan menaiki bot melintasi Sungai Sarawak.




Brooke dikatakan menanam pokok pinang di belakang Astana, jadi baginda boleh memberi buah pinang segar kepada Ketua Orang Dayak yang melawatnya. Bangunan Astana telah banyak melalui proses pengubahsuaian dan penambaikkan sejak pembinaannya, disamping menjaga kualiti bangunan yang mendapat status kediaman rasmi kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Kediaman ini asalnya dibentuk pada tiga binaan bangunan yang berasingan, setiap satu dihubungkan dengan laluan pejalan kaki yang pendek dan sempit. Pada tahun 1883, sebuah menara jam telah dibina dihadapan istana bagi memperingati Charles Brooke (Raja Putih Sarawak pertama) yang mendiami istana tersebut.

Ahad, 22 September 2013

Fort Margherita

Kawasan Segitiga Raja Sarawak ini menjadi tarikkan pengunjung untuk mengabadikan gambar bersama 3 buah bangunan DiRaja. Ianya boleh dilihat dari seberang Kuching Waterfront terletak di kawasan Petra Jaya.

Walaupun ianya tidak dibuka untuk orang awam namum ianya tetap menjadi kesukaan jurukamera-jurukamera mentranformasikan hasil seni mereka. Tiga 'Landmark' Negeri Sarawak ini sememangnya mempunyai ciri-ciri binaan yang unik.




Fort Margherita adalah sebuah kubu lama dibina pada tahun 1879 oleh Charles Brooke, Raja Sarawak. Kubu ini adalah sebuah mercu tanda dan tugu dalam sejarah Sarawak yang bermula dengan Dinasti Brooke. Kubu ini, dibina dalam gaya sebuah istana kota Inggeris, direkabentuk untuk melindungi Kuching dari serangan lanun. Ia digunakan sebagai sebuah Muzium Polis dari 1971 sebelum ia diserah kepada kerajaan negeri Sarawak dan kini ia merupakan satu tarikan pelancong di Kuching.Fort Margherita dinamakan sempena isteri kesayangan Brooke, Margaret Alice Lili de Windt, yang dikahwininya di Highworth, Wiltshire pada 28 Oktober 1869; dia dilantik kepada pangkat Maharani Sarawak dengan gelaran Tuanku Permaisuri ketika perkahwinan mereka. Kubu ini dibina di atas sebuah bukit mengadap Sungai Sarawak dan terletak di tebing utara berhadapan dengan pusat bandar Kuching yang pesat berkembang. Kubu ini dilengkapi dengan baik untuk melindungi ibu negeri ini dari pencerobohan melalui sungai. Dinding bermenara tiga blok menara tingkat termasuk titik pemerhati di atas, halaman yang dikelilingi oleh dinding yang tinggi dengan bertatah serpihan kaca tajam untuk perlindungan dan dibenamkan ke dalam dinding itu sendiri adalah tingkap kayu melalui mana meriam telah dibedil melepaskan tembakan. Hukuman bunun telah dilaksanakan di halaman ini, sehingga pendudukan Jepun semasa Perang Dunia II.

Sabtu, 21 September 2013

Orchid Park

Bunga rasmi negeri Sarawak, bunga Orkid Normah (Phalaenopsis Bellina) ialah salah satu daripada pelbagai koleksi bunga orkid Borneo yang boleh dijumpai di taman ini. Lokasinya strategik dan terletak di sebuah tapak taman seluas 15.4 ekar di dalam kawasan yang menempatkan Astana, Fort Mergherita dan Dewan Undangan Negeri bersebelahan sungai Sarawak.







 
Di dalam taman ini juga terdapat beberapa restoren untuk menjamu selera serta kedai cenderamata
Taman Orkid ini buka pada hari Selasa hingga Ahad 
(termasuk pada cuti umum) dan tutup pada setiap hari Isnin.. Waktu operasi adalah pada
jam 9.30pagi hingga 6.00petang. 

Masuk adalah PERCUMA.



Saujana Food Court

Jika anda bersiar-siar dengan berjalan kaki berdekatan dengan Padang Merdeka dan sedang mencari tempat menjamu selera yang murah dan menghidangkan lauk-pauk Melayu, silalah datang ke Saujana Food Court yang terletak dibelakang Bangunan Yayasan Sarawak. Bangunan Saujana Food Court ini merupakan tempat persinggahan bas-bas awam, dan van persiaran  sekitar bandaraya. Anda boleh naik ke aras 5 menggunakan lift berdekatan. 
 
Tempat menjamu selera ini buka seawal jam 9 pagi hingga jam 6 petang setiap hari. Terdapat puluhan deretan kedai yang menyajikan menu istimewa menepati selera orang Sarawak.

Rabu, 18 September 2013

Perarakan Kapal Berhias Malam Gemilang 50 Tahun Sarawak Merdeka meriah

KUCHING: Ribuan rakyat Sarawak termasuk pengunjung dari dalam dan luar negara membanjiri Tebingan Kuching  bagi menyaksikan Perarakan Kapal Berhias Malam Gemilang 50 Tahun Sarawak Merdeka.

Meskipun terpaksa berhujan, namun ia tidak menghalang orang ramai untuk terus setia menyaksikan perarakan tersebut bersama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Acara pada malam itu dimulakan dengan upacara simbolik pelancaran oleh Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Halim diringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.Selesai simbolik pelancaran, acara diteruskan dengan pertunjukan skrin air yang memaparkan pencapaian dan kemajuan yang telah dicapai oleh Sarawak sepanjang tempoh 50 tahun merdeka dalam Malaysia diikuti pertunjukan bunyi dan lampu.

Cuaca dingin di sekitar Tebingan Kuching kemudiannya dihangatkan dengan acara yang dinanti-nantikan iaitu perarakan kapal berhias melibatkan 42 peserta terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan serta badan-badan korporat. Mendahului peserta berarakan ialah kapal Kerajaan Negeri Sarawak yang menggambarkan pembangunan serta kemajuan yang telah dicapai di Sarawak sepanjang 50 tahun merdeka dalam Malaysia.

Tumpuan kemudiannya diberikan kepada kemunculan kapal-kapal badan korporat seperti RECODA, SALCRA, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Perbadanan Pembangunan Industri Perkayuan Sarawak (PUSAKA), Cahya Mata Sarawak, Naim Holding Berhad dan Ibraco Pelita Sdn Bhd.


 

Lain-lain peserta termasuklah Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sarawak, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Tanah dan Survei, Kumpulan Yayasan Sarawak, Lembaga Air Kuching, Lembaga Pelabuhan Kuching, Perbadanan Urusan Kejuruteraan dan Limbungan Brooke, Sarawak Energy Berhad dan Markas Briged Ketiga Infantri Malaysia.

 

Samling Group, Boulevard Shopping Mall & Shin Yang Shipping, Electra House Sdn Bhd, Lan Berambeh, Persatu Kayu-kayan Sarawak (STA), Lembaga Sungai-sungai Sarawak bersama-sama 11 Pejabat Residen di seluruh Sarawak turut menyertai perarakan.

Dalam pada itu sebelum keberangkatan Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah meninggalkan majlis sekitar jam 10.30 malam, tetamu dan semua pengunjung di Tebingan Kuching disajikan dengan pertunjukan bunga api berirama.

Turut menyertai perarakan tersebut ialah enam kementerian kerajaan yang lain iaitu Kementerian Pelancongan Sarawak, Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan, Kementerian Pembangunan Sosial, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pembangunan Perindustrian Sarawak dan Kementerian Permodenan Pertanian dan Jabatan Pertanian Sarawak.

Sumber daripada The BorneoPost Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...