Barangan Kristal |
Serikin merupakan sebuah tempat perkampungan di Daerah Bau yang berdekatan dengan sempadan Kalimantan Indonesia. Ianya terletak kira-kira 80 kilometer dari pusat bandaraya Kuching dan menjadi destinasi lawatan yang popular dikalangan masyarakat tempatan dan juga pelancong asing.
Sistem pengangkutan yang baik menjadikan Serikin sering dikunjungi pada setiap minggu untuk membeli-belah dengan harga yang murah. Malahan, Permaisuri Yang Di-Pertuan Agong turut pernah ber-shopping ke Serikin sekitar tahun 2004.
Serikin hanya beroperasi pada hujung minggu sahaja. Buka se-awal jam 7 pagi hari Sabtu dan tutup pada pukul 3 petang pada hari Ahad. Sediakan payung dan juga air minuman kerana cuaca disini agak panas.
Anda tidak perlu untuk menukar wang anda ke matawang Indonesia sebab kesemua peniaga di sini menerima matawang Malaysia. Anda hanya perlu untuk bijak tawar-menawar untuk mendapatkan harga murah.
Antara barang-barang popular yang menjadi kegemaran pelancong dari Semenanjung adalah barangan kristal, barangan perhiasan rumah, hasil ukiran dan anyaman rotan.
Memang rambang mata bagi warga surirumah jika bertandang ke sini. Deretan ratusan kedai serta gerai minuman dan makanan Indonesia pasti menggamit anda untuk singgah sebentar.
Terdapat juga puluhan kedai yang menjual pakaian lelaki dan wanita serta barangan muslimah seperti telekung, tudung, kopiah dan capal nabi. Setengah telekung tu, kalau kat semenanjung memang sebijon, harga
Rm80...kat sini Rm30-40 boleh dapat, bergantung cara kita
tawar-menawar.
Yang pastinya, memang murah