Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Ahad, 8 Disember 2013

360 Xpress Hotel

360 Xpress Hotel terletak di Jalan Song Thian Cheok. Ianya merupakan sebuah hotel budget yang popular di kalangan pengunjung. Dengan kadar harga serendah RM96 (jika tempah online melalui agoda.com) ianya menjadi tarikkan utama kepada pengunjung. Terdapat sebuah restoran bernama "Chilipeppers" yang beroperasi hingga jam 10 malam bersebelahan hotel ini.

 Sila tempah dilaman web Agoda.com

Sabtu, 7 Disember 2013

Ariva Gateway

Ariva Gateway merupakan pangsapuri servis serba mewah yang terletak di Kuching, Sarawak. Jadi ianya sangat sesuai untuk didiami oleh pelancong yang ingin bercuti panjang di sini. Segala kelengkapan disediakan bagaikan berada di rumah sendiri dari ruang dapur yang luas sehinggalah ruang makan yang cukup selesa. Jika tidak mahu memasak, bolehlah memilih untuk menjamu selera di beberapa buah restoran yang berdekatan pangsapuri ini atau pun bersantai di bar-bar yang sentiasa meriah. Apabila menginap di Ariva Gateway, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi tempat menarik berdekatan seperti Muzium Sarawak, Galeri M dan juga kompleks-kompleks membeli belah. Apa yang menariknya tentang hotel ini ialah kolam renangnya yang terletak di tingkat paling atas pangsapuri ini. Bersantai di kolam renang ini pasti memberi pengalaman yang berbeza. Para tetamu yang menginap di sini pasti akan mengalami satu percutian yang sangat bermakna.



Maklumat berguna
Daftar keluar:12:00 PM
Jarak dari pusat bandar:1.00 Km
Jarak ke lapangan terbang:12.00 Km
Daftar masuk paling awal: 2:00 PM
Bilik / tingkat tidak merokok: Yes
Bilangan tingkat: 11
Bilangan bilik: 70
Masa ke lapangan terbang (minit): 20
Hotel dibina pada: 2001
Sila buat tempahan melalui Agoda.com untuk menikmati harga diskaun.

Merdeka Palace Hotel

Merdeka Palace Hotel terletak berdekatan dengan Padang Merdeka.
Lokasi yang amat strategik.
Berdekatan dengan India Street, Main Bazaar, Plaza Merdeka dan Kuching Waterfront.
Merupakan antara hotel mewah di Bandaraya Kuching. (sila beli melalui Agoda untuk menikmati harga promosi serendah RM149)

Antara kemudahan yang disediakan;
in-house gymnasium and fitness center
swimming pool.
traditional malay massage center


 Untuk menempah hotel ini sila tempah dilaman web Agoda.com

Abell Hotel


Secara peribadi saya amat menggemari lokasi Abell Hotel ini. Ianya dikelilingi bermacam tempat-tempat menarik untuk pengunjung seperti Kuching Waterfront, Kuching Statue, Perahu Tambang dan beberapa tempat menjamu selera popular seperti Top Spot Seafood dan juga Planet Sambal yang terletak betul-betul di belakang hotel. Terdapat juga KFC dan McD yang beroperasi 24 jam. Anda juga boleh berjalan kaki menuju ke beberapa Kompleks beli Belah seperti Sarawak Plaza, Tun Jugah dan juga Parkson Grand. Terdapat juga beberapa Bank-Bank ternama berhampiran hotel ini.




Sila tempah secara ONLINE untuk mendapatkan harga diskaun dilaman web Agoda.com


Jumaat, 6 Disember 2013

Dormani Hotel

Dormani Hotel ini merupakan hotel bertaraf 3 bintang yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Melayu.
Ianya berdekatan dengan Masjid Negeri Sarawak dan anda boleh berjalan kaki menuju ke Masjid. 
Tetamu boleh menikmati akses mudah kepada beberapa tempat menarik yang berdekatan seperti Muzium Islam , Muzium Sarawak, Gerbang Harmoni dan sebagainya.


Hotel ini menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan . Peti deposit keselamatan , perkhidmatan bilik, tempat letak kereta, perkhidmatan dobi / cucian kering, Wi- Fi di tempat awam merupakan beberapa kemudahan yang ditetapkan Dormani Hotel Kuching selain daripada hotel-hotel lain di bandar .Suasana Dormani Hotel Kuching dicerminkan dalam setiap bilik . pembuat kopi / teh, air botol percuma , televisyen LCD / skrin plasma , pengering rambut , TV satelit / kabel hanya sebahagian daripada kemudahan yang disediakan.  

 Disamping itu, pihak hotel menawarkan aktiviti rekreasi untuk memastikan anda mempunyai aktiviti untuk dilakukan sepanjang penginapan anda. Apapun alasan anda untuk melawat Kuching, Dormani Hotel Kuching adalah tempat yang sempurna untuk percutian yang menyeronokkan dan menarik.
Pada waktu malam nya pula anda boleh berkunjung ke deretan kedai-kedai makanan Melayu yang popular yang beroperasi hingga lewat malam.  

Untuk menempah hotel ini dengan harga diskaun sila ke laman web Agoda.com

Harbour View Hotel

Harbour View Hotel merupakan hotel 3 bintang yang berdekatan dengan Kuching Waterfront dan Main Bazaar. Anda boleh berjalan kaki menuju ke Kuching Waterfront dan menaiki Perahu Tambang menuju ke Kilang Kek Lapis Sarawak dan membeli Ikan Terubuk Masin di Kampung Boyan. Hotel ini juga berdekatan dengan beberapa tempat menjamu selera yang HALAL. Kawalan keselamatan yang baik serta lokasi yang strategik, sememangnya menjadikan hotel ini antara yang popular dikalangan pengunjung dari Semenanjung Malaysia.

Untuk menempah  Hotel ini sila buat tempahan di laman web agoda.com

Selasa, 8 Oktober 2013

Teh Tarik Kafeteria

 Saya suka bersarapan di Teh Tarik Kafeteria. Ini disebabkan kesemua gerai-gerai yang menjual makanan di sini menyediakan juadah yang sedap dan harga pun berpatutan. Ianya terletak berhampiran dengan Medan Niaga Satok (kawasan Petra Jaya).

Teh Tarik Kafeteria ini buka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 11 malam. Pelbagai menu menarik menjadi kesukaan penduduk setempat. Antaranya Ayam Panggang Madu (buka pada waktu malam sahaja), Nasi Kerabu dan Nasi Dagang, Mee Kolok, Rojak Ayam, Laksa Sarawak, Roti Canai dan berbagai lagi hidangan mantap yang hebat. Tidak hairanlah jika Kafeteria ini sentiasa dipenuhi pengunjung yang datang tidak kira pagi hingga ke malam.

Jika anda mencari-cari tempat sarapan yang sedap sekitar bandaraya Kuching, silalah berkunjung ke sini.

Terima Kasih

Isnin, 7 Oktober 2013

Beemerz Cafe

Satu lagi tempat kesukaan saya pada waktu petang iaitu Beemerz Cafe. Ianya terletak dikawasan Petra Jaya. Hanya 20 minit perjalanan dari pusat bandaraya Kuching. Seperti biasa, pelbagai menu menarik untuk anda cuba disamping menu-menu Sarawak seperti Mee Kolok dan Laksa Sarawak.

Beemerz Cafe ini terdiri daripada belasan gerai-gerai kepunyaan orang Melayu dan semestinya HALAL.




 Ianya mula beroperasi bermula jam 8.00pagi hingga 11 malam setiap hari. Kemudahan Wifi ada disediakan. Pelayan restoran yang ramah serta servis yang cepat sememangnya akan membuatkan anda berasa teruja untuk makan.


 Salah satu menu istimewa yang menjadi kesukaan saya di Beemerz Cafe adalah Mee Kampua Special. Mee Kampua adalah adik-beradik kepada Mee Kolok namun disaluti sos ayam yang berwarna merah mampu menaikkan selera pengunjung. ianya berharga RM5.00 semangkuk dan dihidangkan dengan hirisan daging ayam yang juga disaluti sos, wantan bersama sup kosong dan juga cili padi.

Bermacam lagi menu menarik yang disediakan. Antaranya seperti Nasi Arab, Mee Jawa, Pau Ayam/Daging/Kaya/Butter,Ayam Panggang, Satey Sarawak (malam sahaja) dan lain-lain lagi.


Ahad, 6 Oktober 2013

Matang Family park

Matang Family Park terletak kira-kira 45 minit perjalanan dari pusat bandaraya Kuching. Bagi sesiapa yang suka untuk menyejukkan badan setelah penat berpanas, maka Matang Family Park ini sememangnya lokasi yang perlu anda terjah.

Usah khuatir pasal makan sebab disini terdapat beberapa deretan gerai yang menjual makanan serta minuman, juga beberapa barangan keperluan lain seperti ayang kayu sekiranya anda berhasrat untuk BBQ.



D Matang Family Park ini terdapat Waterfall tapi anda perlu untuk berjalan kaki kira-kira 20 minit. Pelbagai kemudahan disediakan untuk pengunjung seperti tempat persalinan, tempat untuk BBQ serta pondok-pondok untuk bersantai seisi keluarga.

Bekalan air paip disediakan namun jika anda memerlukan bekalan elektrik anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM5.


















Matang Family Park ini sememangnya akan dipenuhi oleh orang ramai yang berkunjung pada hujung minggu. Namun ianya tetap beroperasi pada setiap hari dari jam 8.00pagi hingga 5.00petang. Bayaran masuk pula adalah sebanyak RM3 untuk dewasa, RM2 untuk remaja dan RM1 untuk kanak-kanak.


Ahad, 29 September 2013

Harga Baru Berkuat-kuasa 1 Januari 2014

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Anda mungkin telah menerima SMS daripada Zamtransportation untuk membuat bayaran deposit sebelum 1 Oktober untuk layak menikmati harga asal servis persiaran kami, namun pihak pengurusan telah membuat keputusan untuk melanjutkan harga lama sehingga Januari 2014.

Dibawah adalah senarai Harga Baru Khidmat Persiaran Zamtransportation berkuat-kuasa pada 
1 Januari 2014.


Terima kasih atas sokongan anda semua.

Rabu, 25 September 2013

Dewan Undangan Negeri Sarawak

Bangunan sembilan tingkat ini berharga RM300 juta dengan bumbung berbentuk "terendak" . Di dalamnya terdapat dewan konvensyen dan dewan jamuan, yang masing-masing boleh memuatkan 5,000 orang dan 800 orang . Seni bina serta reka bentuk dalaman hasil kerja tangan para tukang dari Uzbekistan, yang mencerminkan kepelbagaian budaya yang wujud di Sarawak.
Ia dibina di atas bukit berhampiran Sungai Sarawak dengan panorama Astana Sarawak di sebelah kiri dan Kota Margherita di sebelah kanannya. 


Dewan ini menjadi mercu tanda unik seperti Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Eiffel Tower di Paris, Perancis dan Sydney Opera House di Australia.Luasnya 760 meter persegi dengan ketinggian 27.7 meter dan garis pusat 30.9 meter serta dikelilingi kawasan hijau seluas 50 hektar, termasuk taman orkid.

Isnin, 23 September 2013

Astana

Astana merupakan sebuah istana yang terletak di Kuching, Sarawak, Malaysia. Gedung istana ini terletak di utara tebing Sungai Sarawak, bersemuka dengan Kuching Waterfront. Ia kini merupakan kediaman rasmi bagi Yang di-Pertua Negeri Sarawak, yang mewakili Sarawak dalam Majlis Raja-raja.







Istana ini telah dibina pada tahun 1870 oleh Raja Putih Sarawak ke-2, Charles Brooke sebagai hadiah buat perkahwinannya dengan isteri baginda Margaret Alice Lili de Windt. Istana ini pada kebiasaannya dibuka untuk lawatan umum oleh pelancong, dari pinggir Kuching Waterfront pengunjung dapat melihat dengan jelas taman dan bangunan Istana, gedung istana boleh dicapai dengan menaiki bot melintasi Sungai Sarawak.




Brooke dikatakan menanam pokok pinang di belakang Astana, jadi baginda boleh memberi buah pinang segar kepada Ketua Orang Dayak yang melawatnya. Bangunan Astana telah banyak melalui proses pengubahsuaian dan penambaikkan sejak pembinaannya, disamping menjaga kualiti bangunan yang mendapat status kediaman rasmi kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Kediaman ini asalnya dibentuk pada tiga binaan bangunan yang berasingan, setiap satu dihubungkan dengan laluan pejalan kaki yang pendek dan sempit. Pada tahun 1883, sebuah menara jam telah dibina dihadapan istana bagi memperingati Charles Brooke (Raja Putih Sarawak pertama) yang mendiami istana tersebut.

Ahad, 22 September 2013

Fort Margherita

Kawasan Segitiga Raja Sarawak ini menjadi tarikkan pengunjung untuk mengabadikan gambar bersama 3 buah bangunan DiRaja. Ianya boleh dilihat dari seberang Kuching Waterfront terletak di kawasan Petra Jaya.

Walaupun ianya tidak dibuka untuk orang awam namum ianya tetap menjadi kesukaan jurukamera-jurukamera mentranformasikan hasil seni mereka. Tiga 'Landmark' Negeri Sarawak ini sememangnya mempunyai ciri-ciri binaan yang unik.




Fort Margherita adalah sebuah kubu lama dibina pada tahun 1879 oleh Charles Brooke, Raja Sarawak. Kubu ini adalah sebuah mercu tanda dan tugu dalam sejarah Sarawak yang bermula dengan Dinasti Brooke. Kubu ini, dibina dalam gaya sebuah istana kota Inggeris, direkabentuk untuk melindungi Kuching dari serangan lanun. Ia digunakan sebagai sebuah Muzium Polis dari 1971 sebelum ia diserah kepada kerajaan negeri Sarawak dan kini ia merupakan satu tarikan pelancong di Kuching.Fort Margherita dinamakan sempena isteri kesayangan Brooke, Margaret Alice Lili de Windt, yang dikahwininya di Highworth, Wiltshire pada 28 Oktober 1869; dia dilantik kepada pangkat Maharani Sarawak dengan gelaran Tuanku Permaisuri ketika perkahwinan mereka. Kubu ini dibina di atas sebuah bukit mengadap Sungai Sarawak dan terletak di tebing utara berhadapan dengan pusat bandar Kuching yang pesat berkembang. Kubu ini dilengkapi dengan baik untuk melindungi ibu negeri ini dari pencerobohan melalui sungai. Dinding bermenara tiga blok menara tingkat termasuk titik pemerhati di atas, halaman yang dikelilingi oleh dinding yang tinggi dengan bertatah serpihan kaca tajam untuk perlindungan dan dibenamkan ke dalam dinding itu sendiri adalah tingkap kayu melalui mana meriam telah dibedil melepaskan tembakan. Hukuman bunun telah dilaksanakan di halaman ini, sehingga pendudukan Jepun semasa Perang Dunia II.

Sabtu, 21 September 2013

Orchid Park

Bunga rasmi negeri Sarawak, bunga Orkid Normah (Phalaenopsis Bellina) ialah salah satu daripada pelbagai koleksi bunga orkid Borneo yang boleh dijumpai di taman ini. Lokasinya strategik dan terletak di sebuah tapak taman seluas 15.4 ekar di dalam kawasan yang menempatkan Astana, Fort Mergherita dan Dewan Undangan Negeri bersebelahan sungai Sarawak.







 
Di dalam taman ini juga terdapat beberapa restoren untuk menjamu selera serta kedai cenderamata
Taman Orkid ini buka pada hari Selasa hingga Ahad 
(termasuk pada cuti umum) dan tutup pada setiap hari Isnin.. Waktu operasi adalah pada
jam 9.30pagi hingga 6.00petang. 

Masuk adalah PERCUMA.



Saujana Food Court

Jika anda bersiar-siar dengan berjalan kaki berdekatan dengan Padang Merdeka dan sedang mencari tempat menjamu selera yang murah dan menghidangkan lauk-pauk Melayu, silalah datang ke Saujana Food Court yang terletak dibelakang Bangunan Yayasan Sarawak. Bangunan Saujana Food Court ini merupakan tempat persinggahan bas-bas awam, dan van persiaran  sekitar bandaraya. Anda boleh naik ke aras 5 menggunakan lift berdekatan. 
 
Tempat menjamu selera ini buka seawal jam 9 pagi hingga jam 6 petang setiap hari. Terdapat puluhan deretan kedai yang menyajikan menu istimewa menepati selera orang Sarawak.

Rabu, 18 September 2013

Perarakan Kapal Berhias Malam Gemilang 50 Tahun Sarawak Merdeka meriah

KUCHING: Ribuan rakyat Sarawak termasuk pengunjung dari dalam dan luar negara membanjiri Tebingan Kuching  bagi menyaksikan Perarakan Kapal Berhias Malam Gemilang 50 Tahun Sarawak Merdeka.

Meskipun terpaksa berhujan, namun ia tidak menghalang orang ramai untuk terus setia menyaksikan perarakan tersebut bersama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Acara pada malam itu dimulakan dengan upacara simbolik pelancaran oleh Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Halim diringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.Selesai simbolik pelancaran, acara diteruskan dengan pertunjukan skrin air yang memaparkan pencapaian dan kemajuan yang telah dicapai oleh Sarawak sepanjang tempoh 50 tahun merdeka dalam Malaysia diikuti pertunjukan bunyi dan lampu.

Cuaca dingin di sekitar Tebingan Kuching kemudiannya dihangatkan dengan acara yang dinanti-nantikan iaitu perarakan kapal berhias melibatkan 42 peserta terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan serta badan-badan korporat. Mendahului peserta berarakan ialah kapal Kerajaan Negeri Sarawak yang menggambarkan pembangunan serta kemajuan yang telah dicapai di Sarawak sepanjang 50 tahun merdeka dalam Malaysia.

Tumpuan kemudiannya diberikan kepada kemunculan kapal-kapal badan korporat seperti RECODA, SALCRA, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Perbadanan Pembangunan Industri Perkayuan Sarawak (PUSAKA), Cahya Mata Sarawak, Naim Holding Berhad dan Ibraco Pelita Sdn Bhd.


 

Lain-lain peserta termasuklah Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sarawak, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Tanah dan Survei, Kumpulan Yayasan Sarawak, Lembaga Air Kuching, Lembaga Pelabuhan Kuching, Perbadanan Urusan Kejuruteraan dan Limbungan Brooke, Sarawak Energy Berhad dan Markas Briged Ketiga Infantri Malaysia.

 

Samling Group, Boulevard Shopping Mall & Shin Yang Shipping, Electra House Sdn Bhd, Lan Berambeh, Persatu Kayu-kayan Sarawak (STA), Lembaga Sungai-sungai Sarawak bersama-sama 11 Pejabat Residen di seluruh Sarawak turut menyertai perarakan.

Dalam pada itu sebelum keberangkatan Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah meninggalkan majlis sekitar jam 10.30 malam, tetamu dan semua pengunjung di Tebingan Kuching disajikan dengan pertunjukan bunga api berirama.

Turut menyertai perarakan tersebut ialah enam kementerian kerajaan yang lain iaitu Kementerian Pelancongan Sarawak, Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan, Kementerian Pembangunan Sosial, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pembangunan Perindustrian Sarawak dan Kementerian Permodenan Pertanian dan Jabatan Pertanian Sarawak.

Sumber daripada The BorneoPost Online

Jumaat, 21 Jun 2013

Serikin







Barangan Kristal






 Serikin merupakan sebuah tempat perkampungan di Daerah Bau yang berdekatan dengan sempadan Kalimantan Indonesia. Ianya terletak kira-kira 80 kilometer dari pusat bandaraya Kuching dan menjadi destinasi lawatan yang popular dikalangan masyarakat tempatan dan juga pelancong asing.

Sistem pengangkutan yang baik menjadikan Serikin sering dikunjungi pada setiap minggu untuk membeli-belah dengan harga yang murah. Malahan, Permaisuri Yang Di-Pertuan Agong turut pernah ber-shopping ke Serikin sekitar tahun 2004. 






Serikin hanya beroperasi pada hujung minggu sahaja. Buka se-awal jam 7 pagi hari Sabtu dan tutup pada pukul 3 petang pada hari Ahad. Sediakan payung dan juga air minuman kerana cuaca disini agak panas. 

Anda tidak perlu untuk menukar wang anda ke matawang Indonesia sebab kesemua peniaga di sini menerima matawang Malaysia. Anda hanya perlu untuk bijak tawar-menawar untuk mendapatkan harga murah.
Antara barang-barang popular yang menjadi kegemaran pelancong dari Semenanjung adalah barangan kristal, barangan perhiasan rumah, hasil ukiran dan anyaman rotan.

 
Memang rambang mata bagi warga surirumah jika bertandang ke sini. Deretan ratusan kedai serta gerai minuman dan makanan Indonesia pasti menggamit anda untuk singgah sebentar.
Terdapat juga puluhan kedai yang menjual pakaian lelaki dan wanita serta barangan muslimah seperti telekung, tudung, kopiah dan capal nabi. Setengah telekung tu, kalau kat semenanjung memang sebijon, harga Rm80...kat sini Rm30-40 boleh dapat, bergantung cara kita tawar-menawar. 

 
Yang pastinya, memang murah

Isnin, 3 Jun 2013

Planet Sambal




Satu lagi restoren kegemaran saya yang beroperasi 24 jam sehari iaitu Planet Sambal. Restoren yang terletak berhampiran Kucing Statue ini dimiliki orang Melayu.

Restoren ini terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu bahagian yang berhawa dingin dan bahagian untuk perokok. Sistem atur yang cantik membuatkan kita berada seolah-olah berada di rumah. Memang selesa!.

Sesuai kalau nak bawa seisi keluarga menjamu selera di sini.












 Antara tarikkan utama menu popular di Planet Sambal mestilah menu yang berasaskan sambal.

Di sini menjual pelbagai lauk-pauk ekzotik Sarawak seperti sayur Midin, Ikan Terubuk Masin, telur padi dan aneka lauk-pauk lain yang menyelerakan.








Selain daripada nasi campur, di sini juga terdapat menu popular Sarawak seperti Laksa Sarawak, Nasi Ayam Penyet, Linut (yang seperti gam dimakan bersama sambal belacan), Mee Kolok dan Mee Hoon Belacan.





 Terdapat Surau dibahagian atas restoren ini. Anda boleh menunaikan solat dengan selesa.

Berkenaan dengan harga pula, saya berpendapat amatlah berpatutan bersesuaian dengan kemudahan yang disediakan.

Para pekerjanya pula amat mesra dan sentiasa memberikan layanan dengan pantas dan cekap.

Yang paling penting 100% HALAL..

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...