Ianya beroperasi 9:00am - 10:30pm setiap hari..
Bayaran masuk bagi dewasa adalah rm10 seorang. Kanak-kanak atau remaja 6 tahun keatas pula rm5 seorang manakala kanak- kanak bawah 5 tahun adalah percuma.
Jangan risau dengan kadar bayaran masuk yang mahal, apa yang perlu anda lakukan adalah tukar sahaja kupon bayaran masuk itu untuk membeli makanan Ala-Carte, Steamboat ataupun bermain kayak/jet ski dan sebagainya.
Sebagai contoh; Jika anda hanya mahu cuci mata sambil menikmati makan istimewa, anda boleh menukar kupon bayaran masuk bernilai RM10 untuk menikmati hidangan Kway Teow atau Bee Hoon (goreng atau sup) yang bernilai RM6. Bukan itu sahaja anda boleh memesan Cofee O dan 1 paket Pop Corn yang masing-masingnya berharga RM2.
Pelbagai menu barat disediakan. Harga pula amatlah berpatutan bersesuaian dengan kemudahan yang telah tersedia.
Jika anda menginginkan untuk merasai kesegaran makanan laut anda bolehlah mencuba Lake Side Buffet Steamboat yang berharga RM25 seorang pada sebelah petangnya.
Gold Bar akan dibuka se awal jam 6 petang memeriahkan makan malam anda sambil didendangkan dengan hiasan nyanyian pemuzik tempatan.
Ruang duduk yang selesa sekaligus merehatkan badan dengan bunyi-bunyian semulajadi dari kicauan unggas sekeliling benar-benar membuatkan anda terlupa perkara lain.
Disini menyediakan aktiviti air yang bersesuaian dengan pelbagai peringkat umur. Terdapat beberapa kolam yang dikhaskan untuk kanak-kanak bermain dengan selamat. Ibubapa boleh memantau dari Cafe ataupun bermain sekali dengan mereka.
Terdapat 75 buah rumah Double Storey yang dijadikan sebagai Homestay bagi yang berminat untuk bermalam. Rumah dua tingkat yang mempunyai 4 buah bilik semestinya memberikan penginapan yang selesa dan kebebasan untuk melakukan aktiviti riadah lain. Kadar sewa buat masa sekarang adalah RM550 sehari. Saya difahamkan kadar sewa akan dinaikkan kepada RM750 menjelang pembukaan secara rasmi pada tahun 2013
Cuba aktiviti kayak dan jet ski. kadar sewa serendah RM20 sejam amatlah berbaloi untuk mereka ingin mencuba buat pertama kali. Disediakan beberapa buah bot dan perahu kecil sebagai option bagi mereka yang takut jatuh air.
Untuk reservation steamboat and homestay
Antonio 0138112848Ambrose 0128862014