Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Isnin, 31 Disember 2012

Metrojaya CityONE Mega Mall yakin menembusi pasaran tempatan

KUCHING: Metrojaya yakin mampu menembusi pasaran tempatan dengan pembukaan cawangan baharu di CityONE Mega Mall.

Pengarah Operasinya, Pitri Thuraiya Megat Mohd Nor berkata, pasar raya pertama di Kuching dan yang kelapan seluruh Malaysia itu bersedia untuk mengendalikan perniagaan bermula semalam.

“Terdapat banyak potensi di Kuching untuk kita berkembang dalam pasaran seperti ini. Kita mengendalikan kajian sebelum ini terutama dari segi populasi di kawasan ini dan kuasa membeli.



“Ia sekali gus membuatkan kita positif untuk membuka cawangan baharu di sini,” katanya pada majlis prapelancarannya semalam.

Metrojaya mempunyai pengalaman 36 tahun dalam peruncitan dengan memperkenalkan suasana membeli-belah terkini.

Ruang membeli-belah yang terdapat di CityONE merangkumi tiga tingkat premis barangan pelbagai jenama termasuk jenama Metrojaya sendiri yang tidak terdapat di tempat lain.

“Antara jenama antarabangsa yang terdapat di sini (Metrojaya) termasuk Laura Ashley. Metrojaya juga akan memperkenalkan jenama pakaian terkemuka lain seperti Somerset Bay, East India Company, Passages, Emmanuelle, Cape Cod, Zona dan Living Quarters,” ujarnya.


Pitri berkata, CityONE yang terletak di lokasi strategik merupakan akan menjadi destinasi membeli belah terkemuka di Kuching kerana turut dikelilingi kawasan perumahan.





“Kami yakin ramai pelanggan akan berkunjung ke sini dan kita akan memberi perkhidmatan terbaik kepada mereka,” jelasnya.

Jambatan dari Tebingan Kuching ke kampung seberang dibina Mac 2013

KUCHING: Jambatan khas pejalan kaki yang akan menghubungkan Tebingan Kuching dengan kampung-kampung di seberang Sungai Sarawak akan dibina mulai bulan Mac tahun depan.

Menteri Muda Pelancongan Datuk Talib Zulpilip berkata, dengan terbinanya jambatan itu kelak, ia pasti merancakkan kemasukan pelancong tempatan mahupun luar negara ke bandar raya ini.

“Kerja pembinaan akan bermula tahun hadapan iaitu suku pertama kerana reka bentuk dan proses tender telahpun siap dan sekurang-kurangnya dilancar pada tahun depan sempena Ulang Tahun Ke-50 Sarawak dalam penubuhan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika ditanya mengenai perkara itu selepas majlis penyerahan sumbangan kepada ahli keluarga mendiang Marcus Kating yang merupakan kakitangan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di sini, semalam.

“Pembinaan jambatan khas pejalan kaki ini akan dibina pada bulan Mac dan dijangka memakan masa setahun untuk siap.

“Namun, kos belum dapat dipastikan kerana kita masih meneliti keperluan perbelanjaan pembinaan jambatan itu,” katanya.

Pada masa sama, Talib memberitahu pembangunan dan keamanan yang dikecapi Sarawak menjadikan setiap tempat di negeri ini selamat untuk dikunjungi orang luar.

“Kalau kita lihat pembangunan yang akan datang, Kuching akan menjadi sebuah bandar bersejarah yang selesa dan dengan adanya jambatan khas ini, ia mampu menjadi tarikan baharu untuk orang ramai datang ke sini,” ujarnya.

Ahad, 30 Disember 2012

Kubah Ria

Satu lagi tempat makan popular di Kuching iaitu Kubah Ria terletak di Jalan Matang. Berhampiran dengan Medan Niaga Satok sememangnya memerlukan pengunjung meluangkan masa berjam-jam mencuci mata.

Pengunjung dari luar kawasan Kuching jika hendak kesini bolehlah menaiki teksi untuk kesini. Saya pasti kesemua pemandu teksi sudah tahu dan sedia maklum lokasi Kubah Ria yang baru saja dirasmikan pada awal 2012 yang lalu. Kubah Ria ini berhadapan tebingan Sungai Sarawak dan sudah pasti suasana nyaman angin malam akan membuai perasaan pengunjung yang bertandang.

Sekiranya menjejakkan kaki kesini saya syorkan anda cuci mata dahulu di kedai-kedai kraftangan dan cenderahati. Terdapat 2 tingkat deretan kedai menjual barang-barang kraftangan, Kek Lapis Sarawak, kuih kuih tempatan seperti Kuih Cincin, Tempeyek Sarawak, Kuih Jala serta Lada Hitam. Terdapat juga kedai yang menjual Biskut Raya Sarawak. Kepada peminat-peminat tekstil Sarawak disini juga terdapat beberapa Butik dari pereka fashion terkenal tempatan. Gedung beli-belah ini buka setiap hari dari jam 10pagi hingga 6 petang, malah ada diantara pengusaha kedai beroperasi sehingga lewat malam bergantung kepada permintaan pelanggan yang tak pernah sunyi.

Di bahagian bawah bangunan ini terdapat sebanyak 40 buah gerai makanan dan minuman menyajikan pelbagai menu memenuhi citarasa 1 Malaysia yang diibarat seperti syurga makanan.

Menu popular Sarawak seperti Mee Kolok, Nasi Ayam Penyet, Laksa Sarawak, Sayur Midin menjadi salah satu tarikkan pengunjung. Juga terdapat gerai makanan yang menjual beraneka jenis makanan barat seperti Pizza, Lasagna dan Spagethi disebelah kanan deretan gerai. Dihujung sebelah kiri deretan gerai terdapat pula Ayam Panggang Berempah yang amat popular dan sememangnya sedap.Dijual pada harga RM16 seekor dan anda pasti berpuashati dengan kelazatan rempah ratus yang ori. Dari segi harga pula rata-rata gerai disini memberikan harga yang amat berpatutan. Buka seawal jam 6 petang hingga 11 malam setiap hari.



 Di hadapan deretan gerai ini terdapat Pasar Malam yang menjual barang keperluan muslimah seperti tudung, selendang, batu permata, keronsang dan barangan lain seperti T-shirt, barang mainan kanak-kanak serta koleksi kerepek tempatan.

Sabtu, 29 Disember 2012

Selamat Tinggal Pasar Minggu Satok

 

Tarikh 29 hingga 30 Disember 2012 merupakan hari untuk kita mengucapkan selamat tinggal kepada Pasar Minggu Satok. Sebanyak 1400 peniaga dari Pasar Minggu Satok dan 280 peniaga dari Pasar Tamu akan dipindahkan ke penempatan baru yang terletak di Jalan Matang berdekatan dengan Kubah Ria iaitu Medan Niaga Satok.Pastinya kita akan merindui kenangan-kenangan waktu kecil seketika berada di Pasar Minggu Satok.





Medan Niaga Satok dikatakan mempunyai kemudahan asas yang lengkap dengan sistem perparitan yang bersih serta kawasan tempat letak kenderaan yang luas.Namun begitu terdapat sebilangan peniaga yang enggan berpindah kerana khuatir dengan masa depan perniagaan ditempat baru. Dengan itu, pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara telah mengambil beberapa strategi hebat untuk mempromosikan Medan Niaga Satok kepada penduduk setempat mahupun pelancong asing.

Persoalannya, mampukah Medan Niaga Satok ini menandingi hiruk-pikuk serta keunikkan membeli-belah seperti di Pasar Minggu Satok?

Sarawak River Taxi Bakal Menjadi Ikon Pelancongan di Waterfront Kuching


Berkat usaha gigih maka satu lagi produk pelancongan bakal menjadi ikon di Kuching.  Kini Sarawak River Taxi atau Teksi Sungai Sarawak telah beroperasi dengan jayanya sejak ditubuhkan dua tahun yang lalu. 

Bagi mereka yang ingin menikmati pemandangan dan keindahan tebing Sungai Sarawak dengan selesa bolehlah membawa keluarga anda berkunjung ke Waterfront untuk menaiki SRT ini.  Mereka beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang.   Mungkin suatu hari nanti mereka akan beroperasi lebih lama lagi sehingga pukul 9 malam bagi membolehkan penumpang menikmati pancaran cahaya dari perkampungan dan juga keindahan suasana di malam hari di Kuching.


    Utusan Borneo 27 Disember 2012, Khamis

    KUCHING: Teksi Sungai Sarawak (SRT) yang diperkenalkan dua tahun lepas mendapat sambutan menggalakkan daripada pelancong asing sekali gus menambah produk pelancongan bandar raya ini.

    Diusahakan Persatuan Koordinasi Pelancongan Satok (PKPS) yang beroperasi mulai jam 9 pagi hingga 5 petang itu, ia mampu membawa kira-kira 20 hingga 30 penumpang sekali perjalanan.

    Setiausaha Kerja PKPS Nas Ismadi Khalik berkata, sejak dilancarkan pada awal 2011 sambutan orang ramai semakin menggalakkan terutama daripada pelancong.

    “Sekitar 70 peratus penumpang yang menggunakan perkhidmatan ini terdiri daripada pelancong asing,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

    Beliau berkata bilangan penumpang akan terus meningkat terutama pada musim cuti persekolahan dan hujung tahun.

    “Dalam tempoh ini bilangan penumpang meningkat kepada 50 hingga 70 orang sehari,” ujarnya.

    Dengan kadar caj RM25 untuk dewasa dan RM12 kanak-kanak, perkhidmatan itu menawarkan pengalaman mengelilingi Sungai Sarawak selama sejam.

    Nas menjelaskan, persatuan masih menunggu kelulusan daripada kerajaan agar per-khidmatan itu dapat diperluaskan dengan menambah jumlah tempat berhenti.

    “Kita telah mengenal pasti beberapa hentian sekali gus memudahkan penduduk tempatan dan pelancong asing berulang-alik tanpa perlu menggunakan kenderaan,” jelasnya.

    Antara lokasi hentian tersebut termasuk di perkampungan Melayu di sepanjang Sungai Sarawak, Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Medan Niaga Kubah Ria dan Tebingan Kuching.

    Sementara itu, Mark Cornley, 52, pelancong dari England yang menggunakan perkhidmatan tersebut berkata, kadar caj yang dikenakan untuk perkhidmatan itu amat berpatutan.

    “Memang berpuas hati dengan perkhidmatan ini kerana saya dapat melihat permandangan indah di sepanjang Sungai Sarawak termasuk perkampungan Melayu dan bangunan bersejarah (Astana Negeri).

    “Caj yang dikenakan juga murah walaupun mengelilingi Sungai Sarawak selama sejam,” katanya yang pertama kali menggunakan perkhidmatan berkenaan.

    Bagi Libby Lindsay,45, tidak banyak negara yang dilawatinya ada menyediakan perkhidmatan seperti itu yang mengenakan caj rendah dan berpatutan.

    “Kebiasaannya kalau hendak menggunakan perkhidmatan bot persiaran mungkin dikenakan caj ratusan ringgit namun caj ini amat menarik.

    “Saya memang berpuas hati dengan perkhidmatan ini. Pada masa akan datang kalau datang ke Sarawak, sudah pasti saya akan menggunakan perkhidmatan ini lagi,” tambahnya.

    Perkhidmatan teksi air di Sungai Sarawak yang menggunakan tiga buah bot memulakan operasi pada awal 2011.

    Sebelum ini, Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata perkhidmatan teksi air merupakan sebahagian daripada pendekatan untuk memberi khidmat pengangkutan awam selain jalan darat dan pada masa sama mengurangkan kesesakan lalu lintas.

    “Ia akan menjadi produk pelancongan baharu untuk menarik pelancong dan pada masa sama menjadi satu lagi pilihan pengangkutan awam bagi masyarakat tempatan,” katanya.

Rabu, 26 Disember 2012

Kuching bakal syurga beli-belah

Kuching: Kewujudan pusat beli-belah yang semakin banyak bandar raya Kuching mampu menjadikan bandar raya ini sebagai syurga beli-belah kepada negara-negara jiran.


CityOne Mall di Jalan Song
Menteri Muda Pelancongan Datuk Talib Zulpilip berkata dahulu ramai kalangan masyarakat sentiasa menjadikan Singapura sebagai tempat membeli-belah.

“Namun kini ia berbeza dengan tukaran wang antara kita dan Singapura agak tinggi, sewa kedai dan gaji pekerja di Singapura semakin tinggi yang membawa kepada barang dijual semakin mahal,” katanya.

Beliau yang juga pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) berkata demikian kepada pemberita selepas majlis SEDC meraikan penghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) di Damai Beach Resort di sini, semalam.


The Spring Mall

Talib berkata, membeli-belah merupakan perkara penting kepada pelancong dari negara luar, yang akan memilih tempat senang bagi mereka untuk membeli-belah.

“Kita merasakan di sini (Kuching), bakal menjadi tarikan pelancong dari negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Brunei selain Semenanjung Malaysia dan Sabah.

“Kita berharap Kuching mampu juga menjadi syurga membeli-belah kepada orang ramai. Jika semakin ramai pelancong membeli barang ia menjana pendapatan,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai Halaman Warisan yang bakal dilaksanakan di negeri ini seperti yang dinyatakan Ketua Menteri semasa majlis perasmian kompleks beli-belah Plaza Merdeka 12 Disember lepas, Talib berkata ia akan dilaksanakan pada tahun depan.

Merdeka Plaza

Bagaimanapun kos untuk pelaksanaan laman berkena-an masih belum diluluskan kerajaan negeri.

Halaman Warisan itu me-rangkumi kawasan kira-kira setengah kilometer persegi mengelilingi Plaza Merdeka termasuk Lebuh Carpenter dan Jalan Tun Haji Openg.

Talib menjelaskan, keba-nyakan kawasan yang dikelilingi rumah serta Padang Merdeka merupakan tempat bersejarah kerana ia merupakan tinggalan keluarga Brooke selain membabitkan banyak program merdeka diadakan di padang itu.

“Ia menjadi tempat menarik jika di sekelilingnya dijadikan Halaman Warisan atau Jejak Warisan atau Segi Tiga Warisan di tengah bandar raya ini,” katanya.

Sumber dari Borneo Post. 20/12/2012

Ahad, 9 Disember 2012

Ikan Terubuk Masin

Zamtransportation kini mengorak langkah berjinak-jinak menceburi perniagaan Ikan Terubuk Masin memandangkan terdapat banyak permintaan dari dalam mahupun luar Malaysia.

Garam yang digunakan bermutu tinggi bagi mengekalkan keaslian keenakkan Ikan Terubuk yang hanya boleh didapati di Sarawak.

 Terdapat beberapa pakej mampu beli;

Pakej RM50: 6 ekor gred D.
Pakej RM80: 6 ekor gred C
Pakej RM100: 6 ekor gred A
 

 Untuk pembelian biasa Ikan Terubuk Masin / Telur Ikan Terubuk dijual pada harga seperti berikut;


Harga termasuk kos penghantaran keseluruh Malaysia.

Kepada yang berminat, sila hubungi Zamtransportation melalui;

Email:
zambriapen@gmail.com

Handphone/sms:
016-8620967


Terma dan syarat-syarat;
1.Minimum pembelian adalah sebanyak 5 ekor.
2.Harga termasuk kos pembungkusan + kos pos seluruh Malaysia melalui Pos Berdaftar.
3.Jika pelanggan mahu menggunakan khidmat Courrier lain, kos penghantaran ditanggung oleh pelanggan sepenuhnya.
4.Untuk penghantaran diluar Malaysia, kos Pos ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan.
5.Sila pastikan butiran seperti alamat dan no hp yang diberikan adalah betul. Kami tidak akan bertanggungjawap jika alamat yang diberi tidak tepat atau salah.


Terima Kasih

Isnin, 26 November 2012

20,000 pas Anugerah Carta Borneo 2012, dicetuskan oleh Xpax diagihkan!

Anugerah Carta Borneo Era (ACBE) 2012 yang dicetuskan oleh Xpax kini semakin dekat pada tarikh kemuncaknya iaitu 1 Disember 2012. Anugerah yang manampilkan artis dan band indie tempatan Sarawak, dengan bertemakan “Inspirasi Borneo” ini diadakan di Kuching Intergrated Recreational Centre (KIRC).

ACBE tahun in mengetengahkan lima kategori yang akan dipertandingkan dan senarainy adalah seperti berikut:
1. Lirik Paling Perghh!
2. Susunan Muzik Paling Cun
3. Media Sosial Paling Kaw
4. Imej Artis Terbaik
5. Artis Borneo Paling Popular 2012 Xpax

Seperti yang disedia maklum, undian untuk “Artis Borneo Paling Popular 2012 Xpax” boleh dilakukan sekarang di www.era.fm/kuching. Seramai 41 pencalonan telah disenarai dan peminat-peminat digalakkan untuk mengundi sebelum 25 November 2012. Manakala pemenang-pemenang empat kategori selain ini akan dipilih oleh para juri. Pemenang-pemenang akan membawa pulang trofi setiap seorang dan sebahagian wang tunai berjumlah RM6,000.

ACBE 2012 dicetuskan dengan penyertaan peneraju industri telekomunikasi iaitu Celcom Axiata Berhad sebagai penaja utama yang sememangnya dinanti-nantikan oleh penggiat muzik tempatan dan peminat-peminat muzik dar Borneo.

Mengulas mengenai penajaan ini, En. Choo Meng Chung, Pengarah Jualan Negeri Sabah & Sarawak, Celcom Axiata Berhad berkata, “Xpax, jenama utama prabayar Celcom, amat berbangga dan berbesar hati dapat mencetuskan Anugerah Carta Borneo Era 2012 buat julung kalinya. Kami sentiasa menyokong seta mengiktiraf artis dan komposer dari Borneo untuk terus maju dalam industri muzik tempatan. Sekaligus mencetuskan nadi jiwa muda menerusi siri “Time to Muxic” Xpax yang menjanjikan pengalaman muzik unik khusus untuk para pelanggan Xpax kami.
Tahun ini, ERA fm Kuching akan mengagihkan 20,000 ribu pas ACBE dan pas berkenaan boleh didapati dari setiap lintasan Skuad Era Perodua & Era fm Kuching juga akan memberikan pas XZONE melalui “on-air contest” di Muzik ERAthon dan Petang ERA dengan menjawab soalan mudah.

Kali ini, tumpuan orang ramai bukan sahaja pada undian pencalonan yang terdiri daripada artis dan band tempatan, tetapi kepada persembahan hebat ACBE 2012! Penampilan persembahan ACBE tahun ini lebih mantap dengan barisan artis-artis hebat seperti Klangit, Sharifah Zarina, Ir Radzi, RDZ, Polar, dan Noenaki. Tanda tanya dan teka teki persembahan artis jemputan UNGU yang popular dengan lagu “Kekasih Gelapku” dan yang terbaru “Sayang”, dibawa pertama kali ke Kuching dan ke pentas ACBE bagi menggegarkan peminat dengan persembahan mereka.

Selain Xpax sebagai penaja utama Anugerah Carta Borneo ERA 2012 yang dicetuskan oleh Xpax, acara gilang-gemilang ini turut dijana oleh Sarawak Energy “Menjana Kemajuan”, dengan kerjasama KUCHING INTEGRATED RECREATIONAL CENTRE (KIRC), ouryouth.my, CCK Fresh Mart, Leema “Drink the Music”, Lee Ming Press, Alvin Leong Photography, orgkampong.com production, Ray’s Salon, Jungle Fashion, Button Up, Pullman Kuching dan Volkswagen Kuching.

Selasa, 30 Oktober 2012

Rumah Hijau Cafe

Satu lagi tempat menjamu selera paling popular di Kuching iaitu Rumah Hijau Cafe. Ianya terletak di tengah-tengah pusat bandaraya Kuching, iaitu di Jalan Rubber. Bagi pengunjung yang pergi ke Pasar Minggu Satok ataupun Kedai Ikan Terubuk Masin, Rumah Hijau Cafe ini adalah destinasi wajip yang perlu dikunjungi.

Suasana nyaman kehijauan pokok-pokok membuatkan anda berasa selesa ditengah kesibukkan kota.


Tempat menjamu selera terbahagi kepada 2 iaitu parsekitaran taman mini dan juga yang berhawa dingin.

Dekorasi dalaman yang santai seolah-olah anda berasa seperti dikediaman sendiri. Susun atur tempat duduk yang agak jauh menjanjikan privacy kepada pengunjung. Sistem pencahayaan yang kreatif menyerlahkan suasana segar ketika menjamu selera.




Dari segi menu pula, terdapat pelbagai sajian yang enak hasil kepakaran pemilik Rumah Hijau Cafe sendiri. Originality rempah ratus yang digunakan sememangnya jauh berbeza dari tempat menjamu selera seumpamanya di Kuching. Lihat sahaja gambar-gambar sajian popular dibawah, semestinya enak dan memang berbaloi.
Inilah kepakaran Rumah Hijau Cafe.. Menyediakan Ayam Penyet yang sedap, garing diluar dan lembut didalam dan ditabur dengan kepingan kepingan rempah sekaligus mewujudkan rasa yang LUAR BIASA hasil gabungan rempah ratus yang dipilih khas oleh pakar masakan , hanya yang terbaik dari RUMAH HIJAU CAFE KUCHING.
Bryani Ayam Penyet
laksa sarawak
NASI ULAM AYAM PERCIK- a must try menu
laksa peranakan nyonya
mee kari
Muglay Ayam
roti canai O
Roti Bom Ayam
Nasi Ulam Ayam Percik
Terdapat juga beraneka jenis kek-kek/ dessert yang disediakan.
"Horlick cheese cake" ....ciptaan khas daripada pakar pembuat cake Rumah Hijau Cafe.. Nikmatilah rasa gabungan horlick dan cheese yang terbaik.. Hanya di ( rumah hijau cafe ) ... cepat!!! tak rasa RUGI..
"Roti Pisang Cheese Chocolate" @ rumah hijau cafe.
Chocolate Cheese Cake @ Rumah Hijau
Roti Pisang Cheese Chocolate
Salt Cheese Cake-Yummylicious
Chocolate Brownies
Creampuff with custard
 "French Thosei".

Harga sajian pula amatlah berpatutan, lihat sahaja senarai harga dibawah.



Anda juga boleh membuat tempahan awal jika berhasrat untuk mengadakan Party HariJadi dan sebagainya.

Silalah berhubung dengan:
Tuan Jamal ditalian  016 5891947
atau menerusi email rumahhijaucafe@gmail.com

Buka seawal jam 8 pagi dan tutup pada jam 12 tengahmalam setiap hari. Tutup setiap hari Selasa.

 

Isnin, 3 September 2012

Kedai Kek Lapis Mira


Kedai Kek Lapis Mira berdekatan dengan Kilang Kek Lapis Dayang Salhah. Hanya 5 minit berjalan kaki. Walaupun berdekatan kek lapis yang dijual bukanlah daripada Kilang Kek Lapis Dayang Salhah. Ianya adalah originality daripada Kek Lapis Mira itu sendiri.

Ianya merupakan Kedai Kek Lapis kegemaran penduduk setempat. Keadaan tekstur kek yang basah menjadikan Kedai Kek Lapis Mira menjadi persinggahan peminatnya setianya.



Di kedai ini tiada proses pembuatan/pembakaran kek dilakukan. Hanya proses pemotongan serta pembungkusan. Harga setiap kek juga amat berpatutan. Selain membeli secara 'loaf', pembeli juga boleh membeli kek lapis kesukaan mereka seloyang (bersaiz 8 inchi X 8 inchi) dengan harga RM35 sahaja. Ataupun membeli secara 'loaf' dengan harga RM10 setiap satu. Malahan, Kedai Kek Lapis Mira akan memberi percuma 1 loaf kek lapis dengan setiap pembelian sebanyak 10 loaf. Memang berbaloi.

Pengunjung akan disajikan dengan sampel-sampel kek lapis sebelum membuat pembelian. Pihak kedai akan membantu mengkotakkan kek yang anda beli dengan PERCUMA.

Buka seawal jam 9 pagi hingga 11 malam setiap hari.

Selasa, 7 Ogos 2012

Jambatan Pejalan Kaki Rentas Sungai Sarawak

TEBINGAN Sungai Sarawak di Kuching bakal mempunyai tarikan terbaharu jika cadangan membina jambatan pejalan kaki dan basikal dilaksanakan kelak. - Gambar hiasan

KUCHING - Sebuah jambatan pejalan kaki dan basikal dirancang dibina merentasi Sungai Sarawak di bandaraya Kuching, kata Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) telah diminta melakukan kajian kemungkinan pembinaan jambatan tersebut dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).



Berucap pada pelancaran serentak sambutan ulang tahun ke-24  bandaraya  Kuching dan Pesta Kuching di sini, Taib berkata, jambatan tersebut akan menjadi satu lagi tarikan perlancongan di  bandaraya  itu.

"Kemungkinan beberapa gerai termasuk gerai makanan ringan boleh dibina di atas jambatan itu bagi kemudahan orang ramai menikmati suasana," katanya.

Menurutnya, sebuah muzium dan taman botani juga boleh dibangunkan di bahagian utara tebing Sungai Sarawak yang di bawah bidang kuasa DBKU. - Bernama

Sabtu, 21 Julai 2012

Power Saver

Kegunaan:Men-Stabilkan perjalanan/peredaran Arus Elektrik di rumah anda. Dengan cara ini, mampu menjimatkan kos elektrik bulanan anda daripada 15% pada bulan pertama, 20% pada bulan kedua dan 30% atau lebih selepas 3 bulan keatas. Hanya pastikan POWER SAVER sentiasa ON 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Pasti Jimat!!.

Kaedah pemasangan adalah begitu mudah:
1- Hanya pasangkan (plug 3 pin) kepada plug rumah anda yang paling hampir dengan suiz utama.
2- Pastikan plug yang digunakan tidak berkongsi dengan plug yang lain.
3- Pastikan ianya dibiarkan ON 24 jam setiap hari.

Harga
RM120 per-unit

Sesiapa yang berminat sila hubungi; 
Mohd Zambri 0168620967 
atau email ke 
zambriapen@gmail.com

Ahad, 17 Jun 2012

Euro 2012 hangat di Emmillie Cafe

SUASANA di Emmillie Cafe, Kuching yang sentiasa dipenuhi peminat bola sepak sepanjang Euro 2012 berlangsung.




KEJOHANAN Bola Sepak Eropah (Euro) 2012 yang telah seminggu berlangsung sejak 8 Jun lalu semakin hangat dan meriah.

Kemeriahannya bukan sekadar dirasai oleh negara tuan rumah Poland dan Ukraine serta di Eropah tetapi ia turut dirasai di beberapa premis makanan serta minuman di seluruh Malaysia.

Di Kuching, Sarawak premis makanan sentiasa dipenuhi peminat bola pada setiap hari bermula lewat tengah malam hingga ke awal pagi.

Pusat tumpuan peminat Euro 2012 di Kuching ialah di Emmillie Cafe yang sememangnya popular dalam kalangan peminat bola sepak untuk bersantai menikmati juadah malam sambil menonton perlawanan Euro 2012 mahupun Liga Perdana England dan Liga Super.

Pengusaha Emmillie Cafe, Ahmed Eli Firdaus, 24, berkata, kali ini pihaknya menyediakan enam skrin besar dan lima televisyen bersaiz 42 inci untuk para peminat menyaksikan Euro 2012.

“Premis Emmillie Cafe mampu menampung antara 300 hingga 500 orang pada satu-satu masa.

“Sudah pastinya Emmillie Cafe ada menyediakan pelbagai juadah makanan sama ada masakan tempatan atau ala barat untuk dinikmati oleh para peminat bola sepak yang berkunjung ke kafe ini untuk menyaksikan perlawanan Euro 2012,” katanya kepada Kosmo! di Kuching semalam.

Emmillie Cafe yang beroperasi sejak dua tahun lalu terletak di Lot 811, Sec. 65 Shoplot KTLD, Jalan Dahlia di Laruh Skim Petra Jaya, Sarawak. Ia memulakan operasi pada pukul 3 petang hingga 6 pagi setiap hari sepanjang Euro 2012.

Tinjauan Kosmo! di Emmillie Cafe mendapati premis berkenaan menyediakan suasana yang kondusif dan terkini kepada para pelanggan dan ia bersesuaian dengan cita rasa semua lapisan masyarakat.

Apa yang menarik, Ahmed memberitahu, pihaknya turut memasang bendera-bendera pasukan yang bersaing pada Euro 2012 bagi memeriahkan lagi suasana kejohanan tersebut di kafe berkenaan.

“Pekerja di kafe ini turut memakai jersi pasukan-pasukan yang bertanding malah ada yang mengecat wajah masing-masing dengan bendera negara-negara yang bersaing itu sebagai tanda sokongan terhadap Euro 2012.

“Kita berharap peminat bola sepak dapat sama-sama memeriahkan Euro 2012 di Emmillie Cafe dan kita jangka suasana akan lebih meriah dan rancak apabila perlawanan masuk ke pusingan kalah mati dan final,” ujar Ahmad penuh yakin.

Oleh SOPI SAMAILE
sopi.samalie@kosmo.com.my

Khamis, 17 Mei 2012

Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang - Warisan Budaya Sarawak

Puteri Santubong merupakan ceritera sastera rakyat negeri Sarawak yang meniti dari bibir ke bibir. Ia diperturunkan dari generasi ke generasi kerana ada unsur-unsur pengajarannya di dalamnya. Selain itu untuk memberi 'logik' kisah kejadian dan kemunculan sesuatu perkara. Oleh kerana ia merupakan cerita lisan iaitu cerita mulut yang diceritakan dari nenek, ibu bapa kepada kepada cucu dan anak-anak kecil, ceritanya sentiasa berubah, berkurang atau bertambah untuk menyedapkan lagi cerita.

Konon ceritanya pada zaman dahulu kala di sebuah negeri Sarawak terdapat dua buah kampung yang berjiran tetapi sentiasa bermusuhan. Kampung Pasir Kuning dan Kampung Pasir Putih.

Bagi menamatkan permusuhan tersebut, Dewata Mulia Raja mengutuskan dua orang puteri kayangan bersaudara pupu turun ke bumi dan memimpin penduduk kampung berusaha menuju kearah kemakmuran.
Puteri Santubong memimpin Pasir Kuning, Puteri Sejinjang pula Kampung Pasir Putih. Mereka sendiri telah bersumpah tidak akan bermusuhan sesama sendiri dengan terikut-ikut dengan perangai penduduk yang dipimpin. Kedua-dua kampung mulai mengecap kemakmuran. Kain tenunan Puteri Santubong begitu unik dan dapat dijual dengan harga yang mahal. Sementara tanaman padi di Kampung jiran begitu subur dan menjadi.

Kemasyuran Kampung Pasir Kuning memikat kehadiran orang dagang, termasuklah Putera Serapi dari Matang yang segak dan tampan yang akhirnya bercinta dengan Puteri Santubong sementara Panglima Putih sakit hati kerana pinangannya ditolak.
Kampung Pasir Putih dibakar oleh Sang Bualang kerana kecewa cinta ditolak Puteri Sejinjang.
Puteri itu lari ke istana Puteri Santubong, bersua Putera Serapi lalu jatuh cinta.
Akibat permusuhan lantaran cemburu telah membawa kepada perkelahian kedua mereka. Sejinjang memukul pipi Santubong lalu Santubong membalas dengan menikam dengan batang belida lalu Sejinjang bertukar menjadi Pulau Kera dan Santubong menjadi Gunung Santubong.



Gunung Santubong yang terletak di Sarawak, Malaysia merupakan sebuah daripada gunung legenda yang terkenal di Sarawak. Ia terletak 35 km di utara Bandar Kuching. Setinggi sekitar 810 meter, gunung ini terletak di sebuah semenanjung kecil yang dinamakan semenanjung Buntal yang popular kerana aktiviti-aktiviti pelancongannya.

Mengikut sejarahnya, pada abad ke-14 Masihi pusat komersial pentadbiran negeri Sarawak ialah Santubong d mana kuala Santubong menjadi pusat kunjungan para saudagar dari Timur dan Barat untuk berniaga. Penemuan pelbagai artifak di kawasan sekitarnya menguatkan lagi dakwaan bahawa terdapat kesan langsung perdagangan di Santubong kepada penyebaran Islam dan Hindu di Sarawak.

Sabtu, 24 Mac 2012

Emmilie Cafe dan Feelhard Fitness & Gym

Satu lagi destinasi menarik untuk menjamu selera terletak di Jalan Dahlia, Laruh Skim. Tempatnya agak terpencil dari kesibukan kota dan dikelilingi pokok-pokok besar mendinginkan suasana yang nyaman dan tenteram. Walaupun pertama kali menjejakkan kaki kesini, Zam dapat merasakan kelainan layanan dengan aura yang tersendiri.

Bagi pengunjung yang 'menjaga badan' yang terlepas rutin harian di Gym, silalah berkunjung ke sini. Dengan harga RM4 sahaja per walk-in, pengunjung boleh melakukan rutin anda sementara menunggu makanan dihidangkan.

 Untuk makcik-makcik yang kepenatan usah risau, banyak kemudahan lain disediakan seperti Wifi dan Projector/ TV/Astro. Terdapat juga Taman Mini berserta kolam di bahagian belakang. Pendek kata, tempat menjamu selera ini amatlah sesuai untuk semua peringkat umur.









Jika ada diantara pengunjung yang inginkan 'privacy', tempat menjamu selera ini juga menyediakan bilik khas berhawa dingin yang memuatkan sehingga 20 orang tetamu dilengkapi sistem karaoke. Amat sesuai jika berhajat untuk mengadakan Parti Hari Jadi untuk orang tersayang. Anda boleh menempah bilik tersebut secara percuma dengan menghubungi Tuan Ahmed Eli Firdaus 012-8051988.



Dari segi kepelbagaian menu pula amatlah banyak. Western Food, masakan tempatan dan India ada disini dengan harga yang amat berpatutan bersesuaian dengan kemudahan yang disediakan. Sebagai contoh, Nasi Goreng Dabai/ Kerang/ Seafood/ dijual dengan harga RM5 hingga RM6 sepinggan dan Oren Jus dengan harga RM5 serta minuman lain dibawah harga RM2.50 segelas. Masakan popular Sarawak seperti Mee Kolok dan Laksa Sarawak masing-masing berharga dibawah RM5 mengikut saiz.Zam pun dah cuba beberapa menu dan ternyata ianya tidak mengecewakan. Memang sedap dan lazat.




Emmilie Cafe ini buka seawal jam 4petang hingga jam 3 pagi manakala Feelhard Fitness & Gym bermula jam 9 pagi hingga 11 malam setiap hari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...