Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Sabtu, 28 Mei 2011

Station






Kepada golongan golongan muda yang bertandang ke Kuching, Station merupakan tempat yang paling sesuai untuk beriadah pada waktu malam. Ianya terletak berdekatan Kuching Waterfront di dalam bangunan Medan Pelita..Merupakan tempat makan yang juga tempat untuk berhibur. pelanggan boleh memilih untuk duduk di halaman (untuk perokok) ataupun duduk didalam dewan berhawa dingin. Servis Wifi juga ada di sini.







Pelanggan akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Live Band jemputan dari negara seberang dan juga tempatan. Lagu lagu yang dipersembahkan adalah lagu lagu terkini dan sesuai untuk jiwa jiwa muda yang sukakan hiburan tanpa henti.






Dari segi menu pula, hidangan Western adalah menu utama di Station. Harganya pula amat bersesuaian dengan kemudahan yang diberikan.

























Jangan ketinggalan untuk menonton wayang disini sebab Star Cineplex berada di tingkat atas bangunan Medan Pelita.

Baba Ganoush






Restoran Baba Ganoush ni terletak di kawasan Pending, Kuching. restoran ni pernah dikunjungi oleh Maria Tengku Sabri yang buat liputan dalam rancangan JJCM oleh TV3,

Restoran yang berhawa dingin ni sesuai untuk mereka yang mementingkan keselesaan. Menu yang pelbagai termasuk makan laut, makanan Cina, India dan sebagainya. Midin masak belacan menjadi menu kegemaran pengunjung. Harga juga bersesuaian dengan keselesaan yang diberikan. servis ala-ala hotel.

Buka setiap hari dari jam 10pagi hingga 9 malam.

BABA GANOUSH, Kuching
Yoshi Square Parcel A2-1, A3-1, Lot 67, Section 66,
KTLD, Jalan Pending Industrial Estate, 93450 Kuching, Sarawak.
Tel :082-481121
Fax :082-481121

Benteng





Benteng ni terletak di jalan Satok. Memang terkenal dengan pilihan menu yang pelbagai. Disini terdapat puluhan gerai gerai makanan dan minuman yang menepati selera pengunjungnya. Kepada sesiapa yang nak rasa keenakan Mee Kolok Sarawak boleh lah berkunjung ke sini. Ayam Panggang Madu, Satay Sarawak, Nasi Goreng Enjin, Nasi Goreng Hailam, Sotong Bakar menjadi tarikan pengunjung. Benteng ni buka setiap malam seawal jam 6 ptg hingga12 tengahmalam. Ada juga gerai yang beroperasi hingga ke awal pagi. Harga yang ditawarkan juga amatlah berpatutan. Mee Kolok sarawak misalnya dijual dengan harga RM3.50. Ayam Panggang Madu RM14 seekor.

Perhatian.
Benteng telah dipindahkan ke tempat baru iaitu berdekatan dengan Medan Niaga Satok dan Kubah Ria.
 

Bukhari Cafe Satok




Bukhari Cafe amat terkenal dengan keenakan nasi beriani. Bukhari Cafe terletak di jalan satok berhampiran flyover. Satu satunya Restoran India Muslim yang popular di Kuching kerana keenakan nasi beriani nya. Memang dijamin lazat dan puashati. kalau nak ke restoran ni mesti pegi awal sebab selalunya nasi beriani memang akan habis menjelang petang. Menu makanan lain juga pelbagai, seperti roti canai. Kira macam restoran mamak lah.

Buka setiap hari kecuali hari Ahad dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Hartz Chicken Buffet







Kat Kuching ni ada 2 buah Hartz Chicken Restaurant. Satu terletak di jalan Satok dan satu lagi kat Sarawak Plaza Shopping Mall. Kedua-dua branch ni memang sama dari segi harga dan makanannya. Kalau kat Sarawak Plaza Shopping Mall, lepas makan kita boleh shopping sekali dalam Mall tu.. Kalau kat jalan Satok tu kira ok juga sebab tak banyak orang. Lagipun banyak tempat parking.

Mengenai harga pula, untuk orang dewasa cuma RM17.++ . Untuk kanak kanak setengah harga. Kanak kanak kecil tu free lah. harga untuk 2 jam sahaja- boleh makan sebanyak mana yang anda nak..

kat sini sesuai sangat untuk sesiapa yang minat makanan ala-ala barat nih. Boleh makan puas-puas. Daripada Ayam Goreng, Ayam Panggang, Spagethi hinggalah pencuci mulut sperti aiskrim, buah-buahan, kek dan sebagainya.. lauk pauk pun ada juga untuk sesiapa yang nak makan nasi campur ala ala barat.

Buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Kampong Boyan.


Satu lagi tempat yang menjadi perhatian pengunjung iaitu Kampong Boyan. Kampung Boyan terletak di seberang Kuching Waterfront. Di sini terdapat deretan kedai yang beroperasi pada waktu malam sahaja.


Terdapat gerai gerai makanan, gerai kraftangan serta gerai gerai Kek Lapis Sarawak bermutu (menggunakan Golden Churn). Kek Lapis kat sini amat bebaloi untuk dibeli. walaupun tidak se popular pengusaha lain, namun qualitinya memang jauh lebih bagus. Saya sempat berpeluang marasai keenakkan kek lapis basah. Murah, hanya RM10 untuk suku loyang. Banyak pilihan yang disediakan. Tester disediakan untuk pelanggan yang datang. Pengusaha Kek Lapis Basah ni memang tak kedekut dengan menggunakan bahan bahan yang ori dan betul sukatan berbanding pengusaha lain yang banyak berjimat bagi tujuan pengurangan kos. Untuk gerai kek lapis basah ni saya beri 4 bintang.!!








Deretan gerai makanan yang menyajikan menu menu lazat dari Sarawak seperti Mee Kolok, Ayam Panggang Berempah, Nasi Ayam Penyet, Laksa Sarawak dan sebagainya hingga ke menu istimewa dari Penang iaitu Nasi Kerabu. Nasi Dagang dan Laksa Penang.







Saya dan kawan kawan berkesempatan untuk merasa keaslian Laksa Penang disini. Ianya memang sedap dan kami amat berpuashati.
Dari segi harga pula juga memang tidak menjadi masalah. Murah dan sesuai dengan keselesaan yang disediakan.


Servis karaoke juga ada di sini. Bayaran sebanyak RM1 akan dikenakan untuk setiap lagu. Walaupun anda tidak gemar untuk menyanyi dikhalayak ramai anda pasti turut menyanyi bersama. kepada sesiapa yang henadak makan sambil berhibur bersama keluarga silalah berkunjung.

Nasi Ayam Penyet Raja





Kat Kuching ni ada special menu dari Indonesia iaitu Nasi Ayam Penyet ataupun Nasi Lelapan. Nasi Ayam Penyet ni memang sedap. Ayam nya dipanggang/goreng dan ada sambal cecah ulam lagi.
Banyak kedai dan restoran kat Kuching yang jual nasi ni.. Memang popular lah..

Antara kedai Nasi Ayam Penyet popular adalah cawangan yang berdekatan dengan Kopi O Corner. Kat area Padungan pun ada juga (bersebelahan dengan Pejabat Air Asia). Kat sini memang rasanya sedap dan power. Cawangan Padungan ini buka setiap hari, buka seawal jam, 10 pagi dan tutup pada jam 3 pagi.

Tempat tempat lain pun ok juga seperti Nasi Ayam Penyet Ratu yang terletak di kawasan Matang. Satay Ceko Cafe. Lain kedai lainlah resipinya kan?.. Boleh cuba semua kalau nak.


Mengenai harga nya pula ada mahal lah sikit, bergantung pada saiz ayam tu.. Ada kedai yang jual RM6 dan ada juga yang sampai RM8 sepinggan. Tapi memang puas hati lah.. sedap... rugi kalau tak cuba..

Selera Asam Payak





Restoran Selera Asam Payak ni terletak di jalan Satok. Restoran berhawa dingin ni berdekatan dengan Wisma Satok Shopping Kompleks. Restoran ni ada kelainan sikit. Sesiapa yang minat makan makanan yang masam dan pedas seperti Tom Yam dan Umai bolehlah datang ke sini. harga juga berpatutan bersesuaian dengan keselesaan yang diberikan.

Pelbagai menu;
- asam (sour curry) of stingray,
- chicken curry,
- buah kendung pickle (somewhat like green mango, marinated in hot spices)
- daging masak hitam (spicy-sweet beef in dark soya sauce), and
- stir-fried vegetables.
- crunchy tempeh with ikan bilis (small fish like whitebait) and peanuts (all deep-fried with sugar),
- rendang (spicy beef cooked with coconut milk and dessicated coconut), and
- stir-fried ladies fingers (okra).

Restoran ni di buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Seri Pinang Sari Cafe






Seri Pinang Sari Cafe juga dikenali sebagai Kedai Mee Hj Salleh. Terletak dijalan satok. Terkenal dengan Mee Sapi nya yang sedap sangat. Mee Sapi ni ala-ala adik beradik Mee Kolok lah, tak jauh beza rupa. Mee yang digunakan pun sama jer. Kat sini merupakan tempat makan popular orang tempatan. Mee Sapi kat sini adalah yang paling sedap pernah saya rasa.
Buka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 5 petang.

Trivoli Garden














Satu lagi tempat makan best yang sesuai sangat kalau pegi waktu malam iaitu Trivoli Garden. Terletak di jalan Astana dikawasan Petra Jaya. Tempat menjamu selera yang bertemakan taman. Siap dengan air terjun buatan dan bunyi serangga serta katak lagi. Pemandangannya yang cantik membuatkan pengunjung tak jemu untuk bertandang kat sini. Lanskap yang cantik seolah olah anda berada didalam taman rekreasi sebenar. Dilengkapi projektor dan sistem audio yang sesuai untuk mereka mereka yang suka lepak sambil menonton tv ataupun menonton bolasepak. Pilihan menu juga amat pelbagai untuk anda pilih dari 'western food' hinggalah makan ala-ala kampung . Harga juga berpatutan bersesuaian dengan kemudahan yang ada.

Buka setiap malam bermula 6 petang hingga 1 tengahmalam.

Khamis, 19 Mei 2011

Taman Sahabat




Taman Sahabat terletak diJalan Song, kira-kira 30 minit perjalanan dari pusat bandaraya. Terdapat Replika Gergasi Laksamana Zheng He yang pada sejarahnya telah mengetuai Ekspedisi Pelayaran Pertama daripada tujuh pelayaran pada 1405~1433 ke Asia Tenggara.



Taman Sahabat dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak pada 18.5.2006. Taman unik ini adalah hasil hubungan erat diantara Bandaraya Kuching dan Kunming City of China. Dengan itu Taman Sahabat menjadi tarikkan popular dikalangan penduduk tempatan dan pelancong asing.





Dewan Suarah Kuching






Ramai pelawat yang bercuti ke Kuching berminat untuk menjejakkan kaki ke Dewan Suarah Kuching. Dewan Suarah yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuching membolehkan pengunjung naik ke menara untuk menikmati pemandangan serta kesibukan bandaraya Kuching. Terdapat juga Planetatrium di tingkat bawah yang menyediakan informasi berkaitan angkasa lepas kepada pengunjung.









Orang ramai berpeluang untuk menyaksikan sains dan rekacipta yang akan berlangsung terus dari tapak astronomi ini!  Sekiranya cuaca mengizinkan mungkin berpeluang meneropong sunspot pada matahari, bintang gergasi di alam bima sakti kita!






Civic Centre
Jalan Taman Budaya
Tel: 082 415806
Admission: RM2.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...