Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Khamis, 25 November 2010

Pasar Minggu Satok

Pasar Minggu Jalan Satok terletak di persimpangan Jalan Satok dan Jalan Palm berhadapan dengan Pawagam Miramar hanya beroperasi pada hujung minggu sahaja.Pasar Minggu Jalan Satok adalah destinasi beraneka warna di mana penduduk kampung dari serata daerah ini membawa hasil hutan dan buah-buahan yang tidak boleh didapati di mana-mana tempat lain.Pasar yang menarik ini menawarkan peluang melihat dan mengenali hasil herba, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang digunakan oleh penduduk Sarawak di dalam masakan dan perubatan tradisional mereka.



Selain itu anda boleh membeli bermacam barang kraftangan dan cenderamata. Kraftangan Sarawak seperti Pua Kumbu, sumpit, hasil-hasil anyaman dan kristal banyak berderet-deret memanggil pengunjung untuk singgah.
Setiap malam terdapat gerai -gerai makanan beroperasi disini. 
Di kenali sebagai Benteng. Pelbagai pilihan menu halal dengan harga berpatutan seperti mee Kolok Sarawak, ayam panggang madu, satay sarawak dan Laksa Sarawak.

Anda juga boleh membeli ikan terubok masin pada harga murah jika anda pandai menawar dan siap di bungkus serta dikotak memudahkan anda membawanya.

Suasana meriah dan keramahan penduduk tempatan menjadikan lawatan di pasar ini sangat menyeronokkan - semuanya di tengah-tengah bandar Kuching. Setelah anda puas berjalan dan membeli-belah di pasar ini, sila tuju ke salah satu kedai kopi Cina di sini untuk sarapan pagi. Cara terbaik untuk memulakan hari anda ialah dengan secawan kopi Sarawak yang harum aromanya dan kuih pau yang berisi daging berempah.


Masa paling sesuai adalah pada hari sabtu, jam 3 hingga 10 malam dan hari ahad jam 7pagi hingga 12 tengahari..
Pengumuman : Pasar Tamu dan Pasar Minggu Satok akan berpindah ke penempatan niaga baru di Jalan Matang berdekatan Kubah Ria iaitu Medan Niaga Satok bermula 1 Jan 2013. Layari selamat tinggal pasar minggu satok

Rabu, 24 November 2010

Semenggok Wildlife

 


Semenggok terletak sejauh 1/2 jam perjalanan dengan menggunakan kereta dari Kuching.Para pelawat yang datang adalah digalakkan untuk membawa makanan sendiri.Peraturan-peraturan hendaklah diikuti untuk melindungi Taman.
 










Pelawat adalah dinasihatkan agar tidak berteriak di persekitaran taman dan mengambil gambar dengan menggunakan kamera yang mempunyai pancaran cahaya adalah tidak digalakkan bagi mengelakkan binatang- binatang di situ daripada tercedera


Waktu melawat paling sesuai adalah dari pukul 0830 pg-1200 tgh dan 1400 ptg-1600 ptg setiap hari.

Bayaran masuk;
RM3.00 seorang

Semenggok Wildlife
Tel 082618235


Jumaat, 19 November 2010

Sarawak River Cruise, Kuching

Jika anda berkunjung ke Kuching, Sarawak, antara tarikan menarik di sekitar bandaraya tersebut adalah Sarawak River Cruise, di mana anda boleh menaiki bot yang menyusuri sepanjang Sungai Sarawak sambil menikmati pemandangan menarik di sekitarnya.



Sarawak River Cruise menawarkan pakej perjalanan menyusuri sungai selama 2 jam, pada harga antara RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Jamuan minum petang disediakan sepanjang tempoh 2 jam tersebut. Pengunjung disajikan dengan aneka Kek Lapis Sarawak dan kuih muih tradisional yang lain serta free flow jus oren..Pengunjung juga akan dipersembahkan dengan tarian Suku kaum Etnik Sarawak.

Kini pihak pengurusan giat mempromosikan Set Hidangan Makan Malam di atas kapal iaitu 'Black Pepper Chicken Rice' yang berharga RM10 satu set. Set hidangan boleh dibeli ketika berada diatas kapal.







Antara pemandangan yang boleh dilihat sewaktu bot dikemudi adalah Brooke’s Dockyard, bekas masjid negeri, Astana (tempat gabenor Sarawak bertugas), Fort (Kubu) Margherita, Waterfront, gunung Santubong, Kampung Boyan dan lain lain termasuk kediaman salah seorang ahli keluarga terdekat Ketua Menteri, YAB Pehin Sri Haji Taib Mahmud yang tersergam indah seperti istana selain menikmati pemandangan di pinggir sungai serta dalam masa yang sama boleh juga merasai pengalaman melihat matahari tenggelam jauh di horizon.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...