Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Isnin, 23 Ogos 2010

Kedai Kek Lapis Dayang Salhah




Kek Lapis Sarawak yang mula dipopularkan pada akhir 80-an (walaupun asal usulnya lebih lama) mempunyai keunikan tersendiri berbanding kek tradisional yang lain. Ia digemari sehingga mereka yang datang berkunjung ke Sarawak tidak akan melepaskan peluang untuk membawa pulang kek lapis sarawak sebagai buah tangan.

Antara tempat menarik di Bandaraya Kuching yang popular  ialah kek lapis Mariam di Satok, Kuching dan juga kek lapis Dayang Salhah di Kampung Boyan, di seberang Sungai Sarawak (bertentangan dengan Hotel Holiday Inn Kuching). Seberang sungai ini dihubungkan dengan jambatan, tetapi pengunjung juga boleh memilih untuk menaiki sampan pada harga tambang dari 30 ke 50 sen sahaja. Ramai isteri isteri vip dan orang kenamaan yang akan singgah di sini untuk memborong kek sarawak secara pukal dari kedai Dayang Salhah
.
Salah seorang pakar dalam membuat kek lapis Sarawak, Pn. Rabiah Amit, telah menghasilkan buku Kek Lapis Sarawak yang menghimpunkan kira kira 40 jenis kek lapis pelbagai bentuk, rasa dan corak. Buku ini boleh didapati dalam 2 jilid berlainan di kedai kedai utama seperti MPH dan Popular pada harga kurang dari RM30. Kini kek lapis sarawak ini juga dihasilkan di semenanjung, dan ada diantara peminat kek ini yang menjadikannya sebagai hantaran atau cenderamata sewaktu kenduri kahwin.

dipetik dari : pesonabatik.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...