Servis Tour di Bandaraya Kuching. Menjual Oven Kek Lapis Sarawak dan Gambir Sarawak
Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak
Ahad, 24 Mei 2009
Main Bazaar Kuching
Main Bazaar adalah tempat popular di Kuching. Terletak berdekatan Kuching Waterfront. Merupakan deretan kedai kaki lima yang menjual barang-barang perhiasan dan kraftangan buatan tempatan. Untuk anda yang hendak membeli cenderahati sebagai buah tangan dari Sarawak, Main Bazaar adalah jawapannya. Terdapat banyak pilihan jenis cenderahati yang murah dan boleh dibeli secara pukal. Barang- barang seperti Pua Kumbu, T- Shirt Sarawak, Pasu Sarawak, Kek Lapis Sarawak, Kraftangan Rotan dan Tikar yang bermacam jenis selalunya menjadi tarikan pengunjung yang datang.
Main Bazaar dibuka pada setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
Sabtu, 9 Mei 2009
Ikan Terubuk Satok Market
Antara tempat menarik di Bandaraya Kuching yang popular ialah Ikan Terubuk Masin di Satok Market. Yang ini memang tak dapat jumpa kat mana- mana tempat lain selain di Kuching. Ikan terubuk masin ni special sebab garam yg digunakan tu special. Bukan guna garam biasa yang katanya harga garam ni pun lebih mahal.
Kenapa org suggest nak beli ikan terubuk masin kat Pasar Satok ni adalah kerana kita boleh dapat harga yang jauh lebih murah dari tempat lain. Boleh dapat harga yang dia tulis RM18 seekor tu dengan harga RM9. Setiap pelanggan akan diberikan layanan istimewa dari segi cara penyimpanan atau tips berharga. Ikan yang dibeli akan dikotakkan untuk memudahkan pembeli membawa kemana sahaja.
Buka setiap hari.. malam jer takde..
masuk adalah percuma
Isnin, 4 Mei 2009
Top Spot Food Court
Top Spot terletak berhampiran Kuching Waterfront .
Beroperasi dari pukul 6 petang hingga 12 malam setiap hari. Terdapat berbagai menu istimewa di sajikan menjadi perhatian pengunjung. Anda boleh memilih jenis makanan seafood yang anda suka.Faktor utama Top Spot terkenal kat sini adalah kerana kesegaran bahan mentahnya. Kebiasaannya pengunjung dibiarkan menimbang kuantiti bahan bahan mentah yang hendak dimasak mengikut selera pengunjung. Sayur sayuran ekzotik yang popular di Kuching seperti sayur midin memang mudah didapati disini. Anda boleh minta tukang kedai untuk masak dalam apa jua resepi popular seperti masak belacan ataupun masak cili.
Contoh harga untuk ikan bawal masak steam = jika sekilo ikan bawal dijual dengan harga RM40 sekilo dan anda hanya mahu ikan bawal yang kecil saiznya yang berat hanya 250gram, anda akan dicharge RM10 sahaja. Ianya termasuk upah dan bahan masakan. Begitu juga dengan sayur sayuran. Ianya di jual dengan harga complete dengan masakan. Dengan itu pembeli boleh berbelanja dengan bijak.
Harga yang ditawarkan juga berpatutan bersesuaian dengan kemudahan persekitaran terbuka yang segar dan nyaman.
Sabtu, 2 Mei 2009
India Street Kuching
Bandaraya Kuching juga mempunyai Lebuh India seperti di Semenanjung. Terletak berdekatan dengan Kuching Watterfront. Boleh dilawati pada waktu siang sahaja (8 pagi ~5ptg). Hari sabtu merupakan hari paling sibuk di India Street. Berbagai macam barang ada di sini. Anda boleh menawar harga pada harga yang lebih murah. Kedai kain/tekstil banyak di sini. harga sememangnya berpatutan dan anda semestinya berpuashati dengan pilihan yang ada. Koleksi tudung memang menjadi perhatian banyak pengunjung. Kedai-kedai kasut, cenderamata, sandal, baju melayu dan koleksi rantai tangan serta kain kain ela menggamit perasaan.Terdapat juga gerai-gerai kecil di kaki lima menjual barang perhiasan seperti kalung kristal dan hasil kraftangan tempatan. Jika lapar atau haus, terdapat beberapa deretan restoran Mamak tersedia menanti anda.
Langgan:
Catatan (Atom)