Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Rabu, 12 Ogos 2009

Bazaar Ramadhan



Semua sedia maklum bahawasanya Negeri Sarawak mempunyai suku kaum yang pelbagai dengan perpaduan rakyatnya. Malah boleh dikatakan perkahwinan campur antara kaum telah lama wujud serta kekal jitu.

Perkahwinan campur antara kaum boleh didapati disetiap institusi keluarga di Sarawak. Maka dengan itu lahirlah pelbagai masakan dan kuih muih tradisi dari segenap suku kaum yang tidak lokek berkongsi resepi. Lahirlah ribuan resepi baru yang menepati citarasa penduduk tempatan yang lazat dan semestinya HALAL.




Pada setiap tahun dalam bulan Puasa, Bazaar Ramadhan di bandaraya Kuching sememangnya menjadi tempat wajip untuk pelancong bertandang. Ini kerana kelainan juadah serta lauk-pauk yang hanya terdapat di Kuching sahaja. Maka tidak hairanlah setiap Bazaar Ramadhan yang ada sentiasa penuh dengan kedatangan pengunjung.









Antara menu tradisi yang dimaksudkan adalah seperti;
  • Ayam Pansuh yang merupakan masakan tradisi kaum Dayak, 
  • Mee Hoon Belacan, Ayam Masak Kacang Ma, Mee Kolok, Mee Sapi (masakan tradisi kaum Cina), 
  • Umai Ikan/Udang/Obor-obor, Sagu, Kuih Tabaloi (makanan tradisi kaum Melanau), 
  • Bubur Pedas Sarawak (masakan tradisi kaum Melayu), 


Antara Bazaar Ramadhan Popular adalah;

  •     Synergy Square, Taman Matang Jaya (MP Padawan)
  •     Jalan Lorong 1 Matang Jaya, Taman Matang Jaya (MP Padawan)
  •     Taman Malihah (MP Padawan)
  •     Kota Sentosa (MP Padawan)
  •     Satok (DBKU)
  •     Bandar Baru Semariang (DBKU)
  •     Semarak, Gita (DBKU)
  •     Sukma Ria (DBKU)
  •     Stutong Market (MBKS)
  •     Kem Penrissen (ATM / MP Padawan)

Jumaat, 26 Jun 2009

Sarawak Regatta









Sarawak regatta merupakan acara tahunan yang paling popular di bandaraya Kuching bersempena menyambut Hari Bandaraya. Pada tahun ini 2009 Sarawak Regatta akan diadakan di Sungai Sarawak pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2009.
Sertai kemuncak keriuhan dihujung minggu bersama pelumba-pelumba perahu bertanding dan menyaksikan pelumba -pelumba kegemaran anda berentap merebut gelaran Juara Sarawak Regatta.

Selasa, 2 Jun 2009

Muzium Kucing




Muzium Kucing ini adalah landmark di Kuching yang mudah dikenali. Lokasinya terletak di sebelah Petra Jaya (seberang sungai Sarawak) dan boleh disinggah ketika dalam perjalanan ke Pantai Damai atau Santubong. Dari jauh lagi anda boleh melihat mercu tanda yang kelihatan seperti sebuah kubah masjid di atas bukit. Malah akan ada mereka yang tersalah anggap bahawa ia adalah Masjid Negeri Sarawak yang kebetulan pula berada di daerah yang sama.











Sebelum sampai ke Muzium Kucing, kita akan menjangka akan menemukan pelbagai jenis spesies kucing hidup yang dipamerkan kepada pengunjung. Tentu mereka yang juga pencinta kucing tidak sabar untuk ke sini. Tetapi sabar dulu. Kucing kucing yang ada di muzium ini bukanlah kucing hidup atau kucing betul, tapi sekadar koleksi patung dan replika kucing sahaja. Malah tahi kucing pun tak ada.









Jadi jika anda seorang pencinta kucing hidup dan berharap akan dapat berjumpa dan bermain main dengan mereka di sini, mungkin tempat ini tidak sesuai untuk anda. Selain daripada replika dan patung, ada juga risalah, gambar, buku, karikatur, bingkisan sejarah serta jenis jenis kucing yang dipertontonkan di papan umum.










Walaubagaimanapun, lokasi bangunan Muzium Kucing ini yang terletak di atas bukit (yang diberi nama Bukit Siol) membolehkan pengunjung melihat bandar Kuching dari puncak bukit. Bukit Siol adalah satu antara dua tempat yang sesuai untuk melihat bandar Kuching selain dari menara di Wisma Budaya Kuching. Di atas bukit ini juga taman mini yang sesuai dijadikan tempat bersiar siar atau melepak sambil makan kuih batang buruk (kuih dijual berasingan).







Bayaran masuk ke dalam muzium adalah percuma, tetapi jika anda berhasrat untuk mengambil gambar, caj sebanyak RM3 dikenakan.






















Muzium ini mempunyai sejarah yang tersendiri. Ilham untuk melahirkan sebuah muzium kucing lahir dari ketua menteri Sarawak oleh kerana sejarah bandaraya Kuching itu sendiri berkaitan dengan keunikan kehidupan kucing.
Muzium Kucing diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang mempunyai pejabat operasi di bangunan yang sama.

Muzium Sarawak


Muzium Sarawak dikatakan Muziumyang terbesar di Malaysia and is a must visit place while in Kuching. Terdapat 2 Muzium di sini, Tun Abdul Razak Hall and the Islamic Museum. All the museum in Kuching seems to be operated at a standard time of 9am-4.30pm every day. Admission is free for all the museums in Kuching .

Ini adalah Muzium lama yang dibina pada tahun 1891. Dibina oleh Charles Brooke, the White Rajah of Sarawak, bangunan mengetengahkan senibinaan Eropah zaman Victorian.
The building permanently display local native arts and crafts as well as collections of local animals as mainly encouraged by the famous naturalist, Alfred Wallace, who was then collecting specimens in the country.

There are also a few buildings nearby the old building, such as the Art Museum. A comprehensive paintings and art work from local and foreign artists can be found here.


An interesting native's pole can be seen in front of the Art Museum


There is also a Natural History Museum nearby the old building but was always close. It was also close during my last visit in 2007. I guess it is no longer operational


Just opposite the Sarawak Museum Old Building, across Tun Abang Haji Openg Road is the Tun Abdul Razak Hall. It made up of 2 floors and was previously used as a State Legislative Assembly Hall from 1973-1975.


The ground floor is an exhibition hall while the first floor display a collection related to pre historic era such as jars, brassware, Chinese furniture, longhouse gallery and others.


Just behind the Tun Abdul Razak Hall is the Islamic Museum . It is divided into 7 galleries and I was amazed with its Islamic artifacts, costumes and history.



Surrounding the Tun Abdul Razak Hall, there are a variety of exhibits at the open garden like this Iban Warboat, which can accommodate up to 25 persons.


There is also this mysterious stone carving. This is a reproduction of the rock carving from the original one which was cut on the face of a huge sand stone boulder standing at the edge of the mangrove swamp at Sungai Jaong, near Santubong in the Sarawak River Delta, 28km from Kuching. Sungai Jaong was a trading centre as early as the 11th century.


Several other carvings were found in the same area are in the same unexplained style-spread eagled figure with weird, perhaps hornbill head dresser. Other similar rock carvings known in Borneo are only found in the Kelabit highlands, 1000m in altitude and 500km away in the far interior.


This structure actually reminds me of Stonehenge at Salisbury. This is a reproduction of a dolmen from one of the megaliths as found in the Kelabit uplands in the Miri division. A dolmen consist of 3 or more large natural stones which support a larger one as roof to protect the bones of a chief buried underneath the structure.


All the megalithic activities were directly associated with funeral rituals of important persons. The Kelabit who have lived on the uplands for centuries continued to practise active megalithics before they became Christians around 1950


This impressive double trunk Salong (burial hut) was originally erected over 100 years ago on the right hand bank of Long Segahan, above Belaga in the Kapit division. This was presented to the Sarawak Museum by the people of Belaga in 1973.


Avun Dian, a great and powerful Kayan chief, had this burial hut made to inter the bones of his beloved young daughter, Lisan. It was reported it took 5 craftsmen and many other helpers 5 years to complete the elaborate carvings on the poles.


Many years later, the bones of Kejaman chief, Taman Tipung Tului, who was a grand nephew of chief Avun Dian, were also interred in this Salong.


Also available at the garden is the less elaborated Salong.






Padang Merdeka can also be seen from Tun Abdul Razak Hall.

Tua Pek Kong Temple


The ornately decorated temple is located on Jln Tunku Abdul Rahman, opposite the Waterfront, and is the oldest Chinese temple in Kuching. It is believed to have been built in 1843, although official records only recognize its existence in 1876. The Wang Kang festival commemorate the dead is held here.

Ahad, 24 Mei 2009

Main Bazaar Kuching









Main Bazaar adalah tempat popular di Kuching. Terletak berdekatan Kuching Waterfront. Merupakan deretan kedai kaki lima yang menjual barang-barang perhiasan dan kraftangan buatan tempatan. Untuk anda yang hendak membeli cenderahati sebagai buah tangan dari Sarawak, Main Bazaar adalah jawapannya. Terdapat banyak pilihan jenis cenderahati yang murah dan boleh dibeli secara pukal. Barang- barang seperti Pua Kumbu, T- Shirt Sarawak, Pasu Sarawak, Kek Lapis Sarawak, Kraftangan Rotan dan Tikar yang bermacam jenis selalunya menjadi tarikan pengunjung yang datang.
Main Bazaar dibuka pada setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Sabtu, 9 Mei 2009

Ikan Terubuk Satok Market




Antara tempat menarik di Bandaraya Kuching yang popular  ialah Ikan Terubuk Masin di Satok Market. Yang ini memang tak dapat jumpa kat mana- mana tempat lain selain di Kuching. Ikan terubuk masin ni special sebab garam yg digunakan tu special. Bukan guna garam biasa yang katanya harga garam ni pun lebih mahal.
Kenapa org suggest nak beli ikan terubuk masin kat Pasar Satok ni adalah kerana kita boleh dapat harga yang jauh lebih murah dari tempat lain. Boleh dapat harga yang dia tulis RM18 seekor tu dengan harga RM9. Setiap pelanggan akan diberikan layanan istimewa dari segi cara penyimpanan atau tips berharga. Ikan yang dibeli akan dikotakkan untuk memudahkan pembeli membawa kemana sahaja.

Buka setiap hari.. malam jer takde..

masuk adalah percuma

Isnin, 4 Mei 2009

Top Spot Food Court





Top Spot terletak berhampiran Kuching Waterfront .
Beroperasi dari pukul 6 petang hingga 12 malam setiap hari. Terdapat berbagai menu istimewa di sajikan menjadi perhatian pengunjung. Anda boleh memilih jenis makanan seafood yang anda suka.

Faktor utama Top Spot terkenal kat sini adalah kerana kesegaran bahan mentahnya. Kebiasaannya pengunjung dibiarkan menimbang kuantiti bahan bahan mentah yang hendak dimasak mengikut selera pengunjung. Sayur sayuran ekzotik yang popular di Kuching seperti sayur midin memang mudah didapati disini. Anda boleh minta tukang kedai untuk masak dalam apa jua resepi popular seperti masak belacan ataupun masak cili.







Contoh harga untuk ikan bawal masak steam = jika sekilo ikan bawal dijual dengan harga RM40 sekilo dan anda hanya mahu ikan bawal yang kecil saiznya yang berat hanya 250gram, anda akan dicharge RM10 sahaja. Ianya termasuk upah dan bahan masakan. Begitu juga dengan sayur sayuran. Ianya di jual dengan harga complete dengan masakan. Dengan itu pembeli boleh berbelanja dengan bijak.







Harga yang ditawarkan juga berpatutan bersesuaian dengan kemudahan persekitaran terbuka yang segar dan nyaman.

Sabtu, 2 Mei 2009

India Street Kuching




Bandaraya Kuching juga mempunyai Lebuh India seperti di Semenanjung. Terletak berdekatan dengan Kuching Watterfront. Boleh dilawati pada waktu siang sahaja (8 pagi ~5ptg). Hari sabtu merupakan hari paling sibuk di India Street. Berbagai macam barang ada di sini. Anda boleh menawar harga pada harga yang lebih murah. Kedai kain/tekstil banyak di sini. harga sememangnya berpatutan dan anda semestinya berpuashati dengan pilihan yang ada. Koleksi tudung memang menjadi perhatian banyak pengunjung. Kedai-kedai kasut, cenderamata, sandal, baju melayu dan koleksi rantai tangan serta kain kain ela menggamit perasaan.Terdapat juga gerai-gerai kecil di kaki lima menjual barang perhiasan seperti kalung kristal dan hasil kraftangan tempatan. Jika lapar atau haus, terdapat beberapa deretan restoran Mamak tersedia menanti anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...