Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Selasa, 24 Mei 2016

Pengukus Kek Lapis Sarawak

Asalamualaikum,


Tinggal beberapa hari lagi akan menjelangnya Ramadhan dan pastinya ramai yang tercari-cari peluang untuk berniaga dan persiapan menjelangnya Aidilfitri tidak lama lagi. 
Semenjak Oven Kek Lapis Sarawak menerima tempahan yang amat menggalakkan setelah warga semenanjung menyedari potensi pasaran kek lapis sarawak yang luas, maka dengan ini Zamtransportation mengorak langkah untuk memasarkan keluaran terbaru iaitu Pengukus Kek Lapis Sarawak.



Pengukus Kek Lapis Sarawak ini merupakan pengukus tiga tingkat berukuran 50cm X 50cm X 60cm. Ber-material-kan Stainless Steel yang tahan lasak dan mudah digunakan. Pengukus Kek Lapis Sarawak ini boleh memuatkan sehingga 4 loyang bersaiz 9x9inchi disetiap tingkatnya.

Kebiasaannya Pengukus Kek Lapis Sarawak digunakan untuk mengukus kek-kek popular Sarawak seperti Kek Lapis Bumi, Kek Hati Pari, Kek Belacan, Kek Lumut dan bermacam -macam lagi kek kukus. Pengukus Kek Lapis Sarawak ini juga boleh digunakan untuk mengukus pelbagai kuih-muih dan pelbagai sajian lain mengikut kreativiti masing-masing. Ianya amat menjimatkan dari segi kos dan senang disimpan.




Dijual pada harga RM800 (harga termasuk kos pos ke semenanjung)
Kepada yang berminat untuk menempah Pengukus Kek Lapis Sarawak ini bolehlah menghubungi

Mohd Zambri Bin Apen
H/P 0168620967 (boleh whatsapp)
email zambriapen@gmail.com

Terima kasih.


Selasa, 5 April 2016

Pezzo Pizza


Pezzo Pizza hanya boleh didapati di Sarawak dan Sabag sahaja. Kepada pelancong luar Sarawak yang gemar makan Pizza bolehlah berkunjung ke Pezzo Pizza yang dibuka oleh Borneo Oil Berhad (BOB) jenama milik SugarBun yang mempunyai 64 francais restoran di Sarawak.
PEZZO Pizza sangat menepati cita rasa pelanggan yang mengidam untuk menikmati sepotong piza yang menampilkan cita rasa asli dengan kepelbagaian perisa.


Pezzo Pizza menampilkan kelainan dan keunikan bukan saja dari segi menu dan perisa pizanya, malah turut menampilkan konsep kedai makan yang segar, moden dan baharu untuk pelanggan yang datang.

 Terdapat 12 jenis piza antaranya ‘Pepperoni Party’, ‘Cheesy Cheese’, ‘Hola Hawaiian’, ‘BBQ Bonanza’, ‘Sambal Ikan BIlis’, ‘Big Daddy’ dan ‘Very Veggie’ pada harga RM6.90 sepotong.





Perisa Hot Chick’, ‘Meat Muchers’, ‘Supremo’, ‘Mexican Mania’ dan ‘Fisherman’s Favourite’ dijual RM7.95 sepotong,

Pelanggan juga boleh membeli tiga potong piza pelbagai perisa pada harga RM20 dan bagi satu pizza dijual pada harga RM39.80 dan enam potong piza (pelbagai perisa) berserta dua minuman karbonat dijual pada harga RM44.

Saya jatuh cinta dengan Pezzo Pizza ni..

Isnin, 4 April 2016

Serapi Corner Batu 7

Namun, bagi mereka yang tidak pandai memasak, apatah lagi orang Sarawak yang kurang arif tentang resipi dari Malaysia Barat, boleh pening kepala memikirkan di mana ada kedai makan atau restoran yang menyajikan hidangan masakan Melayu Semenanjung yang benar-benar menepati selera.

Terbayanglah keenakan gulai kawah utara, ikan tenggiri masak lemak cili api, mi kari Ipoh, asam laksa nyonya, nasi lemak kukus, pelbagai jenis kerabu dan ulam-ulaman yang menyelerakan.

Bagi yang tercari-cari tempat makan menyajikan hidangan ini, datanglah ke Serapi Corner terletak di Rich Commercial Centre, Pekan Batu 7, Kota Sentosa di Kuching.

Kedai makan berkonsep terbuka yang memfokuskan kepada masakan Melayu asli Semenanjung ini dimiliki oleh anak jati Sarawak, Hashimah Edwin dan suaminya, Kapten (B) Md. Nasir Md. Zain yang merupakan bekas pegawai tentera berasal dari Baling, Kedah.

Menurut Hashimah, kedai makan yang dibuka sejak September 2003 itu menyajikan hidangan nasi campur dan juga ala carte bermula pukul 7 pagi hingga 11 malam pada setiap hari.

Dalam tempoh 13 tahun beroperasi, katanya, Serapi Corner telah berjaya menarik pelanggan tempatan dan luar daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan kenamaan (VVIP) serta artis untuk menikmati masakan Melayu Semenanjung yang disajikan di situ.

“Pelanggan yang datang berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan kerana benar-benar menepati cita rasa masakan asli dari Semenanjung walaupun hanya seorang daripada empat chef kami merupakan orang Semenanjung.

“Resepi kejayaan kami bertahan sampai ke hari ini ialah kawalan kualiti makanan yang ketat untuk memastikan masakan disajikan adalah konsisten.

“Malah, saya selaku Pengarah Serapi Corner yang mengetuai pasukan kawalan mutu makanan akan memastikan kaedah memasak dan bahan-bahan digunakan adalah benar-benar mengikut resipi asli serta dijamin enak rasanya,” kata beliau ketika ditemui di Serapi Corner baru-baru ini.

Hashimah berkata, menu utama disajikan ialah nasi campur Serapi yang menyediakan lebih 30 jenis lauk-pauk untuk makan tengah hari pada setiap hari.

Selain itu, katanya, mereka juga menyediakan menu ala carte yang menyajikan nasi ayam panggang Serapi, nasi lemak kukus, masakan berlauk, nasi goreng (18 jenis), mi kolok dan laksa Sarawak istimewa, assam laksa nyonya, mi kari Ipoh dan sup tulang.

Mengenai lauk-pauk disajikan, beliau berkata, selain masakan Melayu Semenanjung, pelanggan yang datang juga boleh menikmati masakan tempatan Sarawak seperti umai (makanan tradisional kaum Melanau) ikan, udang atau obor-obor.

Bagi peminat kerabu pula, Serapi Corner menghidangkan belasan jenis kerabu yang berbeza pada setiap hari seperti kerapu ikan bilis, pegaga, sotong, pucuk paku dan daum selom.

Paling istimewa, katanya, terdapat juga gulai kawah utara yang pastinya membuka selera.

Selain kedai makan berkonsepkan kopitiam, Hashimah berkata, mereka juga menyediakan dewan untuk tempahan majlis yang mampu memuatkan 120 pelanggan di tingkat atas Serapi Corner.

“Pelanggan yang ingin menganjurkan majlis di ruang atas restoran dinasihatkan membuat tempahan dahulu,” katanya.
PEMILIK Serapi Corner, Hashimah Edwin (kiri) bersama Pengurus Bahagian Operasi Serapi Corner, Hoo Jet Son (kanan) dan Chef Mohd. Rosli Abdullah (tengah) menunjukkan sebahagian daripada menu di Serapi Corner.

Ahad, 20 September 2015

Kampung Telaga Air

Kampung Telaga Air ini merupakan perkampungan melayu yang terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari pusat bandaraya Kuching. Ianya merupakan salah satu tempat menarik di Kuching yang hebat untuk dikunjungi.

Jika anda berada di kawasan Petra Jaya ataupun Matang, agak moleklah untuk singgah ke sini untuk cuci-cuci mata. Lokasi yang amat popular kepada kaki-kaki pancing ini memang menjadi tarikkan kepada penduduk tempatan sekitarnya untuk beriadah. Di Kampung Telaga Air ini juga anda berpeluang untuk melihat kediaman Yang di Pertua Negeri Sarawak ke-6 iaitu Tun Abang Muhammad Salahuddin.
 


Perjalanan dari bandaraya Kuching untuk ke Telaga Air akan melepasi beberapa buah kampung seperti kampung Matang, Kampung Temenggong, Kampung Temedak, dan Kampung Selang Laut.

 Kampung Telaga Air kini pesat membangun sebagai kawasan tarikan pelancong dalam dan luar Negara, oleh itu pelbagai aktiviti selalunya diadakan di tebingan Telaga Air setiap hujung minggu atau setiap bulan. Disamping itu juga Pulau Satang adalah salah satu pulau yang sering menjadi tarikan pelancong untuk disinggahi, ianya terletak lebih kurang 30 minit perjalanan menaiki bot air.

    
 Di tebingan sungai Telaga Air selalunya mengadakan acara-acara seperti pertandingan karaoke, memancing, sukan air, dan pelbagai lagi. Disamping itu pelbagai hasil tangan samada makanan atau kraftangan boleh didapati di tebingan Telaga Air setiap hari dari jam 8 pagi hingga lewat petang.
Di Medan Selera Telaga Air ini terdapat banyak deretan kedai makan yang menyajikan makanan laut.




Saya juga berpeluang merasai kesegaran ketam masak cili ala-ala kampung yang berharga RM8 untuk 2 ekor. Ada pula kedai makan di sini yang akan memasak mengikut selera pelanggan.

Dihadapan Medan Selera Telaga Air terdapat sebuah taman kanak-kanak. Memang riuh mendengar hiruk-pikuk laungan keseronokkan kanak-kanak bersukaria.

Yang paling penting, di Kampung Telaga Air ini  ada percuma Wifi.



Perpustakaan


Terima kasih.

Jumaat, 24 Julai 2015

Kampung Panchor Dayak Hot Spring


Kampung Panchor Dayak terletak kira-kira 45 minit perjalanan dari Bandaraya Kuching iaitu sejauh 45 kilometer di jalan Kuching-Serian. Kolam air panas semulajadi ini pastinya telah menjadi tumpuan orang ramai setiap hari yang terdiri dari penduduk tempatan ataupun pelancong asing.

Terdapat sebuah cafe di sini yang menjual air minuman dan makanan ringan. Juga disediakan bilik persalinan dan toilet untuk kemudahan pelanggan.

Ianya beroperasi setiap hari dari jam 7pagi hingga 10malam. 

Bayaran masuk cuma RM4 seorang. 
Kanak-kanak bawah 12 tahun tiada dikenakan cas masuk.






Jumaat, 27 Mac 2015

Satok Uptown Market

Satok Uptown Market yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial ini baru saja beroperasi sejak 27 Feb. Diadakan di perkarangan Dewan Suarah Kuching bermula jam 9 malam hingga 3 pagi pada setiap hari Jumaat dan Sabtu setiap minggu merupakan salah satu tempat menarik untuk dilawati pada hujung minggu.














Kewujudan Satok Uptown Market telah memberi warna kepada penduduk tempatan serta pelancong luar untuk mengisi masa terluang bersantai dan membeli belah bersama kenalan ataupun keluarga.

Terdapat pelbagai gerai-gerai yang menjual barangan kraftangan, pakaian, makanan serta bermacam-macam lagi dengan harga yang amat berpatutan.

Saya sendiri setakat artikel ini ditulis telah 4 kali bertandang ke Satok Uptown Market dan pastinya ada sahaja barang keperluan yang dibawa balik. Hasil tinjauan saya mendapati, bilangan gerai serta bilangan pengunjung pada setiap minggu semakin bertambah, kawalan keselamatan sentiasa diawasi oleh Polis Peronda yang berkampung sepanjang operasi.




Sabtu, 28 Februari 2015

Ajun Homestay

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Jika anda sedang mencari tempat penginapan budget sekitar bandaraya Kuching, saya syorkan untuk menginap di Ajun Homestay yang terletak di kawasan perumahan Taman Surabaya Indah, Petra Jaya.
Kawasan perumahan yang selesa ini dihuni oleh 100% orang melayu.

Ajun Homestay ini merupakan rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 2 bilik tidur yang lengkap berhawa dingin di aras bawahnya. Manakala ditingkat atasnya pula adalah ruang santai / sembahyang berjemaah yang juga turut dilengkapi dengan alat penghawa dingin.




ruang dapur yang lengkap


Kemudahan yang disediakan:

Set kelengkapan dapur yang lengkap seperti peti sejuk, cerek elektrik dan pinggan mangkuk.
Washing Machine.
Water Heater.
Tempat parking kenderaan yang luas.




ruang santai / sembahyang berjemaah yang berhawa dingin



Harga cukup murah iaitu RM160 sehari.

Pemilik Ajun Homestay adalah kawan saya sendiri iaitu Saudara Hamdani Fauzi. Beliau merupakan seorang Usahawan Muda yang peramah, senang diajak berunding serta baik-hati. Jika anda bijak membuat tawaran, pasti anda akan diberikan harga murah.

Kepada sesiapa yang berhasrat untuk menginap di Ajun Homestay sama ada untuk party dan BBQ bolehlah menghubungi Mohd Zambri ditalian 0168620967 ataupun melalui email zambriapen@gmail.com serta whatsapp.


set bilik tidur berhawa dingin










 



Isnin, 26 Januari 2015

Warisan Layered Cake And Bakery

Salam sejahtera.

Kali ini saya nak promote sebuah lagi kedai Kek Lapis Sarawak yang kini menjadi salah satu tempat menarik untuk di terjah dan merupakan kedai faveret saya. 
Kedai kek lapis yang saya maksudkan adalah Warisan Layered Cake and Bakery yang terletak di Kampung Boyan. Berdekatan dengan surau dan tempat menjamu selera. Kedainya berwarna hijau serta berhawa dingin. Setiap pelanggan yang nak masuk kenalah buka kasut/selipar/sandal untuk menjaga kebersihan kedai.


Masuk sahaja ke dalam kedai, pelanggan akan disajikan dengan pelbagai jenis kek lapis. Kesemua kek lapis di kedai ini menggunakan butter yang bermutu tinggi untuk mengekal kan keaslian rasa setiap kek yang dijual. Usah risau, saya dah cuba semuanya, memang ternyata sedap. Dari segi harga pula memang berbaloi. Tak sangka pula kedai kek Warisan ini menjual kek dengan harga yang begitu berpatutan. 

Banyak jenis kek lapis yang dijual. Kesemuanya terdiri daripada kek lapis popular yang laris dipasaran.
Nama-nama yang gah seperti Kek Lapis India hanya dijual dengan harga RM20 se-loaf. Kek lapis popular yang lain seperti Kek Lapis Masam Manis, Kek Lapis Sisik Ikan, Kek Lapis Jasmine, Kek Lapis Idola hanya dijual dengan harga RM10 se-loaf. Selain kek lapis, Kedai Kek Warisan juga ada menjual beberapa produk makannan lain seperti Tart Nenas, Kuih Cincin, Kuih Tabaloi (sagu) dan bermacam-macam lagi. Saya pun dah cuba Tart Nenas nya, memang enak, sedap dan hancur didalam mulut. 






Swiss Roll juga ada dijual. Hanya RM10 sebiji dengan corak-corak cantik yang menyelerakan.


Kedai Kek Warisan ini juga menyediakan khidmat pembungkusan. Anda pilih saya kek yang anda suka dan pekerja disini akan membantu mengkotakkan untuk kemudahan pelanggan.


Di hadapan Kedai Kek Warisan ini terdapat beberapa gerai yang menjual ikan terubuk masin. Jadi tidak ada masalah lah bagi pengunjung yang kesuntukkan masa untuk memborong.

 Kedai Kek Warisan buka seawal jam 8.30pagi hingga 11.00malam setiap hari.

Selasa, 25 November 2014

Homestay Petrajaya



Salam 1 Malaysia,
Pengunjung yang berhasrat untuk mencari tempat penginapan yang jimat dan selesa di Kuching bolehlah mencuba Homestay Petrajaya yang berkonsepkan rumah keluarga. Ianya fully furnished dan dilengkapi Wifi dengan percuma (wifi kan penting untuk orang yang berjaya!)

Di sekitar Homestay terdapat beberapa supermarket dan pasaraya, kedai runcit, stesen minyak, masjid, surau, kedai makan seperti Salleh Corner Cafe, KFC, McD, kedai dobi, klinik dan mesin ATM
  Homestay Petrajaya merupakan rumah Semi-D 2 tingkat. Mempunyai 3 bilik tidur dan 3 bilik mandi.

Kesemua bilik tidur termasuk ruang tamu dilengkapi alat penghawa dingin dan kipas dinding (untuk pengunjung yang tak tahan sejuk-terutamanya warga emas)



 
Kemudahan yang disediakan adalah:

3 buah ruang tamu yang mempunyai 20 tempat duduk yang selesa
50" Flat Screen TV,
Kemudahan Astro,
Pemain DVD.
Set Karaoke.


Ruang Dapur yang luas.

Kemudahan memasak yang dilengkapi barangan elektrik seperti blender, toaster, rice cooker, cerek elektrik dan kelengkapan memasak lain seperti lesung batu, periuk, kuali serta pinggan mangkuk.

Dilengkapi dengan peti ais 2 pintu dan mesin basuh automatik.
Ruang Makan
Meja marble dengan 6 tempat duduk
Set Hi-Fi     



Kemudahan lain;
  • Kemudahan solat seperti tikar sejadah, telekung, kain pelikat, tasbih, senaskah surah Yassin dan senaskah Al-Quran.
  • 3 bilik mandi dan tandas dilengkapi water heater, shower, pili wudhu serta baldi.
  • Tempat menyidai pakaian.
  • Iron board serta seterika,
  • Pemadan api dan first aid kit untuk kecemasan.





Syarat-syarat:
Hanya makanan dan minuman HALAL sahaja dibenarkan masuk ke dalam premis Homestay.

Harga cuma RM230 sehari.

Sila hubungi terus pemilik Homestay Petrajaya iaitu 
Tuan Dzolkarnain Saad seperti berikut;

Handphone : 0109697171 (Whatsapp/Wechat/Line dan Viber user)
Email ke : homestaypetrajaya132@gmail.com
Website: www.homestaypetrajaya.blogspot.com

Isnin, 24 November 2014

Medan Niaga Satok



 Selepas dibuka pada 1 Januari 2013, Medan Niaga Satok yang dibangunkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), kini menjadi sebahagian daripada kehidupan harian para peniaga di bandar raya Kuching, Sarawak. Berkonsepkan pasar terbuka yang merangkumi zon basah, kering, benteng, pasar minggu dan borong.Lebih menarik,





Medan Niaga Satok kini semakin digemari orang ramai bukan sahaja penduduk setempat, bahkan pelancong asing yang tertarik dengan persekitarannya yang bersih dan susun atur gerai-gerai yang kemas, selain dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk sistem pembuangan sisa dapur yang lebih sistematik.







Sebanyak 1,444 ruang niaga tetap yang disediakan diberi keutamaan kepada peniaga sedia ada di Pasar Tamu Satok, termasuk 600 ruang untuk peniaga hasil hutan yang sebelum ini berniaga di Pasar Minggu Satok.

Medan Niaga Satok dibahagi kepada lima blok dengan blok pertama dikhaskan untuk menempatkan pusat khidmat sokongan FAMA. Blok B pula menempatkan pasar tani kekal, Blok C menempatkan pasar tani separa basah dan kering, Blok D pula menempatkan plaza dan kafeteria manakala Blok E menempatkan gerai makanan.

Kalau dah sampai di Medan Niaga Satok, jangan lupa beli ikan terubuk. Kalau beli kat sini, nak bawak pulang ke Semenanjung, suruh peniaga bungkus dalam kotak siap-siap. Memang mereka dah ready untuk membantu. Pilih lah ikan yang segar-segar, ikut saiz yang kena dengan selera dan citarasa. Udang galah yang besar-besar lengan pun banyak dijual di sini. Hanya pilih dan minta peniaga kotakkan untuk dibawa balik ke Semenanjung.



Apa lagi yang menarik di Medan Niaga Satok? Hah, kat sini juga ada bermacam-macam makanan. Ada yang biasa, ada yang luar biasa. Ada jugak yang tak pernah jumpa kat tempat-tempat lain. Antaranya, lemang Bertawi dan Popia Canai. Kalau nak diikutkan, banyak lagi makanan-makanan lain.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...