Puteri Santubong merupakan ceritera sastera rakyat negeri Sarawak yang meniti dari bibir ke bibir. Ia diperturunkan dari generasi ke generasi kerana ada unsur-unsur pengajarannya di dalamnya. Selain itu untuk memberi 'logik' kisah kejadian dan kemunculan sesuatu perkara. Oleh kerana ia merupakan cerita lisan iaitu cerita mulut yang diceritakan dari nenek, ibu bapa kepada kepada cucu dan anak-anak kecil, ceritanya sentiasa berubah, berkurang atau bertambah untuk menyedapkan lagi cerita.
Konon ceritanya pada zaman dahulu kala di sebuah negeri Sarawak terdapat dua buah kampung yang berjiran tetapi sentiasa bermusuhan. Kampung Pasir Kuning dan Kampung Pasir Putih.
Bagi menamatkan permusuhan tersebut, Dewata Mulia Raja mengutuskan dua orang puteri kayangan bersaudara pupu turun ke bumi dan memimpin penduduk kampung berusaha menuju kearah kemakmuran.
Puteri Santubong memimpin Pasir Kuning, Puteri Sejinjang pula Kampung Pasir Putih. Mereka sendiri telah bersumpah tidak akan bermusuhan sesama sendiri dengan terikut-ikut dengan perangai penduduk yang dipimpin. Kedua-dua kampung mulai mengecap kemakmuran. Kain tenunan Puteri Santubong begitu unik dan dapat dijual dengan harga yang mahal. Sementara tanaman padi di Kampung jiran begitu subur dan menjadi.
Kemasyuran Kampung Pasir Kuning memikat kehadiran orang dagang, termasuklah Putera Serapi dari Matang yang segak dan tampan yang akhirnya bercinta dengan Puteri Santubong sementara Panglima Putih sakit hati kerana pinangannya ditolak.
Kampung Pasir Putih dibakar oleh Sang Bualang kerana kecewa cinta ditolak Puteri Sejinjang.
Puteri itu lari ke istana Puteri Santubong, bersua Putera Serapi lalu jatuh cinta.
Akibat permusuhan lantaran cemburu telah membawa kepada perkelahian kedua mereka. Sejinjang memukul pipi Santubong lalu Santubong membalas dengan menikam dengan batang belida lalu Sejinjang bertukar menjadi Pulau Kera dan Santubong menjadi Gunung Santubong.

Gunung Santubong yang terletak di Sarawak, Malaysia merupakan sebuah daripada gunung legenda yang terkenal di Sarawak. Ia terletak 35 km di utara Bandar Kuching. Setinggi sekitar 810 meter, gunung ini terletak di sebuah semenanjung kecil yang dinamakan semenanjung Buntal yang popular kerana aktiviti-aktiviti pelancongannya.
Mengikut sejarahnya, pada abad ke-14 Masihi pusat komersial pentadbiran negeri Sarawak ialah Santubong d mana kuala Santubong menjadi pusat kunjungan para saudagar dari Timur dan Barat untuk berniaga. Penemuan pelbagai artifak di kawasan sekitarnya menguatkan lagi dakwaan bahawa terdapat kesan langsung perdagangan di Santubong kepada penyebaran Islam dan Hindu di Sarawak.